Wednesday, August 24, 2011

Teething experience

Or shall I say, Mommy's experience in dealing with teething baby?  First and foremost what I can say is it did involve a lot of patience, and tears! 

Amani started teething when she was four months old.  It was difficult.  It involved a lot of crying, sleepless night with endless crying, high fever, diarhea and drooling with rashes on her face.  I must be honest - as mentally prepared as I was for other things, I forgot teething.  For some reason?  How could I have forgotten that some day my baby will have teeth *smile*.  Mommy's getting old I guess. 


Photo courtesy of photostock
www.digitalfreephotos.net
Some information on teething...What is teething - exactly? 
As defined by Wikipedia - "Teething is the process by which an infant's teeth sequentially appear by breaking through the gums."

When do babies start teething?
As early as 3 months.  Yes, and could be as late as 12 months.  Every baby's or child's development is different so you need not worry :-).  Mine, now at the age of 11 months she already has six. 

Symptoms?
Well like I said every baby is different.  Let me tell you mine.  First of all, know that some baby doesn't even show any symptom!  Amazing, right?  Ayesha Amani became really really fussy especially at night.  Nothing could ever be right.  No teether could do her good except for biting her hands.  Believe you me, I had bought 5 kind of teethers and only the last one (which i bought at Ovo, The Curve for RM19.90) which she liked and worked for a while.  Yes only for a while.  She also had very high fever (39 degree celcius) and developed rashes near her mouth where she drools.  Due to the high fever she also had diarrhea for days!

How did I deal with it?
I couldn't, at first!  It was very emotional because this girl is the type that can't be consoled just like that!  I mean you can never tell her "it's ok honey mommy is here", and then hold her in your arms, feel your warmth and everything.  She is the type that needed effort!  The first night that she cried non- stop I couldn't handle it.  I broke down and cried and left her to cry in my arm, tried patting her back- didn't work.  People said try Gripe Water but my baby just won't swallow the thing!  She finally stopped on her own.  This was when I decided to prepare myself better.

The next day I looked up information on teething - simply trying to understand how my baby must have felt!  I needed to get the feel of it in order for me to manage the pain.  Apparently it is very painful.  Imagine even us adults can't really handle toothache.  These babies, even worse.  They can only communicate their discomfort through crying. 

I put her teether in the chiller so that when her gum feels uneasy and she starts biting, she has a cold teether (the fifth one I bought, remember) and it will stop her from crying.  But this doesn't always work.  Sometimes she just prefers biting on me, and I'd just let her if it stops her from crying - because crying leads to bloating! 

She also prefers hard stuff rather than rubbery staff.  For example if she found a hair comb, daddy's watch, it will be much consolation to her. 

At times when she had reached 6 months, I gave her cold fruit (not bite size but bigger because I needed assurance that she can't bite to cut and swallow the fruits).  Apples and pears worked for her.  Sometimes I intentionally gave her cold avocado.  Even though she cringed when eating, it stopped her from getting cranky. 

Other methods, suggested on the net didn't work on my baby.  She's a tough one this one.  Though I now understood her pain sometimes I still can't console her midnight crying.  I know I am comforting to her now though, that I can't leave her side when teething gets too painful and fever gets too high. 

Just to share on some methods found on the internet, among others, i)infants' acetaminophen (by prescription) , ii)Rubbing baby's gum , iii)Cold carrot , iv) Cold washcloth and so many more.  Look 'em up on Mr Google.

I think what's important is your patience dealing with fussy teething child like mine.  If you are impatience like me, patience will gradually grow when you try to understand their pain.  Besides, watching a fussy teething baby ain't that fun :-)

How did you deal with yours?  Mind to share?

DianaAbdulMolok



Monday, August 22, 2011

Breastfeeding in public

I am, proud to say a breastfeeding mother.  Yes, my child is breastfed and I feed her wherever I can, whener she's hungry.  Satu acara berlaku related to breastfeeding recently membuatkan saya nak share sikit pendapat dan information. 



Do you dare to stand out?
 The First Malaysia Breastfeeding Flashmob
Tertarik dengan perkara berlaku kat Malaysia baru- baru ni, benda yang aku tau dah memang famous kalo kat oversea ni.  Kat Malaysia ni tak sangka, sungguh hamba tak sangka ada juga orang yang discriminate pada breastfeeding mom.  Hilang akal kot dorang ni, it is the most natural thing to do, feeding your child with love.  Agaknye orang- orang yang discriminate ni tak ter'educate' tentang baiknya susu ibu ni, tak diberi kesedaran sepenuhnya tentang breastfeeding.  Tapi, c'mon la, orang Malaysia?  Atau orang yang mendiskriminasi dalam kes ni bukan orang Malaysia - maklum le kita ni kan famous dengan hiring outsiders.

Alkesah aku dimaklumkan ada ibu yang menyusukan anak di dalam KLCC dan dihalau keluar oleh pak guard kat situ.  Eh pak guard KLCC yang gah ni orang Malaysia ke ek?  Lupa la sebab dah lama tak pegi sana, tak suka sebab KLCC sentiasa dibanjiri kanak-kanak 'wannabe' dan tiket mahal nak mampos... Heheh sorry KLCC!  Pastu terlalu besar dan tak silap aku nursing room dia pon nun kat ground floor area KFC sana ke mana tah.  Jauh k, tak sesuai dengan akak dik non... Apa ke bangang sangat pak guard tu?  Agaknye dia tak pernah tau kot orang pompuan ni bole menghasilkan susu dan dia anggap benda tu obscene?  Teringin gak nak tau, betoi ke KLCC ada policy takleh breastfeed anak sesuka hati?  Atau pak guard tu memang bangang. 

Pastuh berikutan perkara yang berlaku ni, ibu-ibu di Malaysia bangkit dengan breastfeeding flash mob di KLCC pada 7 August hari tuh.  Gempak tak, sempena Ramadhan yang mulia ni ibu-ibu juga bangkit untuk memperjuangkan hak menyusu anak mereka.  Isk rugi tau aku tak tau pasal menda ni, kalo tak harus aku heret Amani sekali.  Hehehe biar vocal Amani menguruskan segalanye.  Pasal flashmob ni kawan aku ada share link di sini untuk korang baca lebih lanjut lagi:-http://cintahati.com/malaysian-epic-the-tremendous-klcc-breastfeeding-flashmob/.  Apparently Dynas Mokhtar pun turung padang.  Anyway bangga le sesangat sebab ramai ibu- ibu di Malaysia sudi berjuang untuk breastfeeding ni!  Ada juga a few recordings dekat you tube kalau korang nak tengok.  Sila google yer. 

Public breastfeeding - apa pendapat korang? 
Sebelum berlakunya breastfeeding flash mob KLCC tu aku ada baca gak blog dekat babycenter.com tentang manusia- manusia kat oversea ni yang discriminate tahap melampau pada ibu yang breastfeed.  Dunia oh dunia. 

Aku merupakan seorang ibu, a breastfeeding mother yang kekadang disebabkan hebatnye vocal anak, tak dan nak pergi nursing room maka terpaksa la breastfeed anak kat tengah- tengah orang.  Kekadang tempat yang takde nursing room pulak, ermmm layan jer kat tengah-2 ni hehehe.

Apa yang aku kadang- kadang tak faham ialah setengah orang bangga sangat dengan formula milk apa yang diorang bagi anak diorang.  No offence to non- breastfeeding mom, I understand some of the reasons to NOT breastfeed, of course.  Tapi ada ibu yang sengaja taknak breastfeed walau susu melimpah ruah sebab taknak leceh kena selak baju, atau nanti tak dapat kerjasama suami untuk bangun berjaga tengah malam.  Yela, kalau anak bangun menyusu badan, mana ada campurtangan ayah nye ye tak?  So takleh la kejut suami bangun buat susu. 

Bagi aku menyusu badan ni seperti kembali ke fitrah.  Rasulullah SAW juga di beri susu badan.  Baginda siap ada ibu susuan lagi.  It is not against Islam, No?  Jangan kita deny hak anak kita dari mendapat yang terbaik!  Menyusu badan tu hak anak.  Aku pernah terbaca yang penyusuan merupakan hak anak sepertimana hak nafkah seorang suami terhadap isterinya.  Cool, huh? 

Cuma pendapat tentang menyusukan anak di tempat awam ni mungkin berbeza.  Iyelah, maybe ada ibu yang tak breastfeed secara discreet,  maybe openly that it causes discomfort to some.  Tapi bagi aku, biarpun ibu ni tak pakai nursing cover pun, ianya bukan sesuatu yang lucah!  Oooo kalau tengok pompuan pakai baju low cut tu tak lucah, tengok breastfeeding mom adalah lucah?  C'mon man, otak ko letak kat mana?  Mana?  Tapak kaki?  Isk isk.  Tengok majalah playboy tu ok, tengok pompuan bermini skirt berbaju low cut ok, tengok benda- benda lain yang sama lucahnya tu ok, tapi menengok seorang wanita menyusukan anak tu tak ok?  WTF???

Habis tu, kalau nursing room tu ada 10 bilik menyusu ok lah.  Biasa pergi nursing room tak?  Kalau singgah nursing room the curve tu contohnya, bilik ada 3 je.  Setiap kali ko pegi pon kak Bedah, akan kena queue.  Punye la ramai makhluk Allah ni menyusukan badan rupanya.  Muslim, non Muslim, hitam putih semua ada.  Wa tak tipu punya.  Pastu nak kata privacy sangat kekadang ada gak bapak orang kat dalam tu. 

Pastu kalau dalam satu shopping mall tu ada 3 ke 4 area untuk nursing takpelah juga.  Ce ko bayangkan, dah nature nye wanita ni suke shopping, letak lah nursing room di setiap ceruk dan penjuru.  Ko ingat best ke dukung anak yang gebu yang takmo duduk dalam stroller jauh- jauh?  Sambil tu pulak selagi tak dapat menyusu suara nye seperti tertelan microfon.  Perghh kuat kak ooiii. 

Ada pulak yang berani suggest kalau dah takde tempat menyusu, sila lah menyusukan anak di dalam tandas.  Eeeee geli geli geli.  Best ke nyahhh makan dalam tandas?  Ko nak ke, kalo aku bagi makan kat tandas?  Kalau nak meh le datang rumah aku suapkan ko dalam tandas.  Amacam, setuju?  Tandas kan kotor, ada najis, ada asap rokok bagi mereka yang tak paham bahase merokok dalam tandas.  Lagi mau makan dalam tu ka?  Orang yang suggest tu mesti seorang yang sangat pengotor!

Jadi sebelum aku membebel tahap takleh nak baca dah, aku terus buat kesimpulan pendapat aku kat sini.  Bagi aku selagi seorang ibu tu maintain the decency in breastfeeding, takde masalahnye.  Sekarang ni ada nursing wear, ada nursing bra, ada nursing cover dan bermacam nursing gear kat dunia ni.  So public feeding is possiible.  Google jerr u'olllssss.  Dan kalau ibu tu takmo cover line menyusukan anak, by all means...

Diana Abdul Molok

Baju oh baju...

Buat kesekian kalinye baju kurung sutera merah saya telah dibasuh menggunakan washing machine dan sabun, sehingga keras sutera tersebut. Sob sobbbbbbb.

Dulu zaman hubby basuh baju, hubby yang tibai kot machine- sebab tak diberitahu katanye.  Sekarang bila Cik Siti in charge, dia tertibai mesin- sebab tak perasan ada baju kurung dalam tu katanya.

Kesimpulan nya- menurut suami saya jika terlalu banyak rules and regulation baju anda, yang ni kena basuh tangan, yang ni celup dalam softener je takyah sabun, sila lah basuh sendiri.

*Perasaan seperti hendak meraung ketika menulis post ini*

Thursday, August 18, 2011

Sharing: Ciri2 lelaki dan wanita idaman Syurga

Tadi baru dapat email tazkirah dari bos aku kepada staff di department kami.  Nak share sikit apa yang dia hantar sempena bulan mulia ni, ok...


Summary tazkirah khas hari ini oleh Ustazah Maznah Daud.

Ada hadis yang diriwayatkan bahawa  ‘Rasullulah saw mengimpikan agar Surah Al-Mulk berada di dalam dada setiap Muslim’ kerana surah ini akan menjadi pelindung dari azab kubur.  Jadi, berusahalan untuk menghafal surah sambil bertadarus di bulan Ramadhan ini.  

Ciri-ciri lelaki dan wanita idaman Syurga

Ciri-ciri ini diperincikan oleh Allah dalam Surah Adz-Dzaariyaat (ayat 15 – 19) dan surah A-li Imraan (ayat 133 – 136) yang terjemahannya adalah seperti berikut:

Surah Addzaariyat (15 – 19)

[15]  Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
[16]  (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
[17]  Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
[18]  Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
[19]  Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

Surah Ali Imran (133)

[133]  Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
[134Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
[135Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
[136]  Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
Kesimpulannya:  Puasa adalah latihan 30 hari yang disediakan oleh Allah agar hamba-hambaNya terdidik dalam melakukan kebaikan, berjaga malam, beristighfar pada masa sahur, banyak besedekah dan menahan kemarahan dalam usaha mereka untuk mendapatkan Syurga Allah.  Menurut kajian sains, untuk menjadikan sesuatu perkara itu habitual, ianya hendaklah dilakukan selama 21 hari berturut-turut.  Jadi, latihan 30 hari di bulan Ramadhan adalah untuk membantu kita membentuk habit yang disenaraikan oleh Allah sebagai ciri2 ahli Syurga. 

Breastfeeding is easy... or is it?

Picture courtesy of freedigitalphotos.net.  Gambar ini tidak bermaksud lucah
dan sama sekali tak bermaksud merendahkan wanita

Seriously, how easy or successful breastfeeding is, varies for individuals.  Setiap individu mengalami pengalaman dan pandangan berbeza tentang breastfeeding.  Pengalaman aku sendiri breastfeeding adalah sesuatu yang pahit dan penuh air mata pada mulanya.  But look now, hasil dari kegigigahan aku nak bagi anak yang terbaik dah semakin berhasil.  Sekarang kalau Amani tak dapat breastfeed, dia yang berair mata.  

If I can share some information with new mothers out there, I mean I am no expert.  Tapi kadang- kadang sedih bila tengok ibu- ibu baru yang terdiri dari kawan- kawan dan tak tahu kat mana nak refer to, atau tak sure if they got it right the first time.  Nobody is perfect the first time, but how hard we try to make it work after that is what matters most.  Breastfeeding technique is not a gift you earned from birth, it comes with experience and practices.  So here goes some information,

1.  What every new mother or any mother who decided to breastfeed the first time should do is to read, read and read.  Read about the benefit of breastmilk, problems associated with breastfeeding, nutritions required to breastfeed.  These are so that you are mentally prepared for the challenges, and will be able to support your decision soon.  For some, it went really well.  Tapi ada ibu- ibu yang dilanda masalah seperti inverted nipples, tersalah teknik sampai terluka dan terkena jangkitan mastitis.  

2.  Get support from your husband, parents, mother in law.  Aku walaupun dapat approval dari suami tapi tak dapat support sepenuhnya.  Contohnya, husband tak suka aku breastfeed dalam kereta kalau berhenti kat traffic light, atau di restaurant.  Unfair, right?  But I am doing my best to make him understand.  

I definitely didn't get support from my own mother because she 'pitied' my baby for crying while I struggled to establish breastfeeding.  

3. Invest in a good breastpump.  There is a breastpump that suits every need.  A workaholic, a busy mother, a stay home mother, any type of mother.  There's Medela, Spectra, Avent and many more.  Google them.  Read reviews on these breastpump.  If possible, visit stores that sell them and get professional advice.  

4.  One thing a new mother should know - not everyone is blessed with milk from the beginning.  It is a normal situation to produce 'colostrum' for the first 3 days.  Lepas hari ke tiga baru lah susu keluar.  A newborn baby isn't that hungry anyway, so don't go rushing into formula yet!  God had given just enough for the baby to drink.  After all if you give up so early, you won't be able to establish breastfeeding.  

5.  Don't stress out.  That's what I did, I stressed out too much.  I was too pressured into giving my baby breastmilk that I cried and cried.  It didn't help.  Lagi ko stress, lagi takde susu Bedah....

6.  Give, give, give and give.  Masa permulaan tula nak bagi anak menyusu bila lapar.  Untuk establish supply yang baik.  Tapi make sure baby tak tertidur waktu menyusu semata- mata untuk comfort.  Make sure suction berlaku untuk activate kilang susu anda.... 

7.  Eat veges, fruits (longan is a good milk booster), and balanced diet.  Drink a lot of warm water too.  Coffee doesn't count, honey hehehe.  (Guiltyyy!!!).  Kalau boleh stay off jamu dan benda- benda panas.  

8.  Related to no.3 above, if you decide to use the breastpump, kalau boleh tunggu hingga selepas 2 minggu.  Iaitu selepas breastfeeding is successfully established.  Tapi bagi ibu- ibu yang bermasalah dari awal, dan jika anda mempunyai breastpump yang berkualiti dan bagus (seperti Medela Freestyle yang ada 'double suction'), breastpump anda boleh digunakan untuk membantu simulation.  Aku buat macam ni, semasa anak ada masalah menyusu aku akan pump setiap 3 jam.  

9.  Jangan la terpengaruh dengan kata- kata orang tua bahawa sebelah kiri 'air' dan sebelah kanan 'nasi'.  Bagi bergilir- gilir.  Memang biasa anak akan prefer one side to the other, and the side which is inactive will produce very little milk (in my case only 1 oz for every pumping session).  Tapi still, cuba alternate.  Katakan anak masa previous session dah menyusu sebelah kanan, the next session bagi sebelah kiri pulak.  Dan make sure anak dapat the 'hind milk'.  (Susu ada 2 bahagian, yang mula keluar dan cair is fore milk dan yang pekat sikit ialah 'hind milk'.  Foremilk is typically lower in fat).  

10.  Dan akhirnya, ketahui dimana anda boleh mendapatkan bantuan dan nasihat.  Know the community, know the breastfeeding mom around you!  There are lactation specialist in Malaysia which you can google.  There are forums related to breastfeeding, for example www.susuibu.com.  Macam- macam ada... Paling loyar sekali jika anda benar- benar bermasalah, visit klinik kerajaan.  Mereka adalah sangat supportive tentang breastfeeding. Tanya kawan- kawan seperti saya pun boleh, InsyaAllah saya akan share apa maklumat yang ada. 

Hopefully the information above dapat membantu rakan- rakan ye...