Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts

Friday, February 10, 2017

Projek pemutihan baju dan kasut sekolah

Wow tiba-tiba I pantas rajin nak buat post laagi ni.   Nak share,  antara cabaran anak bersekolah ni adalah mencuci pakaian sekolah yang berwarna putih.   Kalau yang anak sekolah swasta tu mungkin tak terasa sangat.   Tapi bagi I yang anak sekolah orang kebanyakan ni memang mencabar sangat.   Hari pertama anak balik dari sekolah dah nak menangis mommy rasa k. 
 
I ni pula bukan lah jenis redha nak rendam aje dan masuk washing machine,  lantak lah apa hasil.   Nak fikir tak larat,  memang tak larat,  tapi tah apa penyakit dok rendam,  bleach dan berus juga.   Bayangkan dah berapa minggu ni,  dah naik sado lengan membasuh,  5 pasang baju sekolah agama,  3 pasang baju sekolah kebangsaan,  5 pasang kasut.   Semua putih,  dan sental berus tangan.   Gigih sangat.   Must I remind you that I am maidless hehehe. 
 
Setakat ni belum cuba lah brand-brand sabun hebat hebat diperkatakan yang takde jual kat supermarket.  Tapi brands yang hebat di supermarket rasanya semua dah try.   Sabun jenama A,  B, D,  V,  semua dah try.   Campur pulak dengan pelbagai jenis bleaches.   Memang agak kecewa sebab rendam,  berus,  rasa dah nak hancur baju-baju dan kasut anak.   
 
Haritu masa stock up barang pencuci kat Speedmart 99, dok la mundar mandir cari sabun mana pulak nak try...  Mana yang agaknya magik ye untuk baju dan kasut sekolah anakanda...  Hmmm.   So I pun grab la sejenis sabun yang tak terfikir di minda ni.   Tak pernah guna sabun ni rasanya.   Masa nak ambik tu,  ingat nak try sabun buku sekali.   Tapi wahh agaknya rezeki nak serasi.   I ambik sabun jenama Max Kleen 9.  Harga 1kg,  RM6.70.
 
So harini,  sebab Mommy adalah Mommy prihatin nak share dengan mak mak diluar sana kot-kot lah korang nak try,  kot lah dengan korang menjadi sama...  Dapat juga I berkongsi kegembiraan dengan korang kan?   Lagi pulak kalau korang ni jenis malas nak order order,  nak tunggu orang pos bagai.  
 
Baju sekolah,  rendam semalaman.   Pagi tu I terus mesin kan aje.   Tanpa memberus.
Kasut pulak,  rendam pagi tadi,  tengahari berus light aje.   Takyah menyental sampai rasa sado lengan pon. 
 
Hasil dia,  emmm rasa nak melompat kegirangan sampai pegi update kawan-kawan sahabat handai semua suruh try.   Ini memang testimoni ikhlas bukan jual barang ni.   Sabun ni ada jual kat mini market,  supermarket,  pergi lah cari.   Mana tau serasi dengan jenis kotoran anak korang.   Kotoran anak I biasa la,  kotor meleset kat meja,  lantai,  warna, susu coklat.   Tapi rasanya kalau kotoran dah terlalu lama,  dah meresap dalam fabrik,  susah la sikit kot.   
 
Lupa transfer photo before.  Nanti I upload.

Nah... Kasut sebelum rendam pagi nye.

Berus sikit- sikit dah OK.  Kasut dah hancur selama ni Mommy bantai bleach. 
Boleh la rakan-rakan mak-mak nak cuba,  mana tau sesuai.   Pergi lah beli.   Murah je kot,  kalau tak jadi pon tak lah korang menyesal sangat.   Info macam ni, kalau bagi I sendiri memang sangat berguna sebab I ada berpasang pasang pasang nak cuci.  Memang seksa hoi...


Wednesday, February 08, 2017

Melawat Butterfly Park KL

Hehehe melawat ala- ala tourist gitu.  Sebenarnya terus terang I nak cakap, sepanjang umur ni dah 30an ni, tahun ni lah baru sedar wujudnya Butterfly Park KL atau Taman Rama-Rama KL ni.  Butterfly park ni, as the name suggested adalah taman di mana rama-rama beterbangan dengan bebas nya.  Wahhhh gitu.  Ni overdue punya posting ni, kami pergi last year masa cuti sekolah.  Saje takde idea, masa dan budget besar nak bawak anak- anak jalan... So kita bawak la anak- anak explore nature dalam hutan batu ni.

Ramai tourists datang sini.  Orang Malaysia ramai gak.  So takde la kami rasa awkward jakun sangat.


Nak share gambar butterflies, kami pakai camera phone aje so tak begitu lah sharp dan di mana rama- rama beterbangan dengan banyak nya, dalam handphone kami tak begitu nampaklah.  Tapi seronok capture moment dengan anak- anak.








Kat mana buterrfly park ni?  Rupanya dekat dengan Taman Botanik, KL Bird's Park, Taman Tasik Perdana.  Kawasan nye well- maintained, bersih.  Nak stroll around jalan- jalan tu takdelah ambik masa lama sangat sebenarnya sebab kecik aje tempatnya.  Kami pusing- pusing dah sampai kat entrance balik.  Dalam park ni, bukan butterflies aje ada, tapi selepas tu ada macam learning centre tempat diorang pamerkan many types of insects, all the different buterfly species dan macam- macam juga lagi.  Dalam kolam- kolam kecil buatan manusia juga terdapat ikan- ikan yang sangat menarik perhatian anak- anak.  Terlompat-lompat excited anak- anak bila tengok. 

Pendapat I, sesuai kalau saja nak singgah pagi sebelum lunch kat kawasan KL tu bagi peluh keluar sikit.  Kalau dah panas tak syok sangat dah kot nak berjalan kan, sebab bila dah nak tengahari tu terasa lah hangat dia walaupon banyak pokok dan daun- daun.  I boleh bagi 7 out of 10 markah. 

Dari awal dok heboh tau, butterfly asyik hinggap kat husband aje.  Skali dia hinggap kat I, punya lah I menjerit jerit ketakutan.  Aduhaiiii.  Bukan butterflies tu boleh buat apa kat ko pon haahha.  Ada gambar tapi takmau share sebab hodooohhh.  Anak- anak enjoy aje.  Janji dapat jalan.  Lepas tu masih keluar ayat, terima kasih Mommy sebab bawak kitorang jalan - jalan.

Habis kat butterfly park, kami pergi lunch, kemudian bawa anak- anak experience naik train.  Diorang penat tapi seronok.  Anak- anak biasalah memang kuat jalan kan.

Serba sedikit tentang butterfly park KL ni,

  • Visit website dia www.klbutterflypark.com.  Boleh waze cari KL butterfly park atau butterfly park KL atau taman rama-rama KL.  Lokasi di Taman Tasik Perdana.
  • Buka dari 9.00am - 6.00pm.
  • Tiket: Kitorang bayar pakej 2 Dewasa + 3 Kanak-kanak yang tak sampai RM50 lah.  Total RM34.  Kira kalau rakyat Malaysia, tak de la mahal sangat tiket ni.  Tak macam kau pergi petting zoo ke, zoo ke, aquaria ke.
  • Ada kemudahan tandas di dalam taman.
  • Bole call Management diorang kalau nak tanya apa- apa di  603-2693479.
Apa pun, kalau you all nak pergi pakai lah pakaian bersesuaian.  Pastikan pakai kasut yang sesuai sebab lantai mungkin agak licin bila cuaca lembab.  Kami pergi musim hujan.  Tapi sebelum hujan turun, cuaca panas terik sangat.  Anak- anak memang komplen panas, dan ada juga nyamuk ok.  So bersiap sedia lah. 




Monday, February 06, 2017

Anak Sulong Masuk Darjah 1 (Part 1)


Dah hampir sebulan pun Ayesha masuk darjah 1... Sampai sekarang sebenarnya jiwa Mommy dia belum boleh let go,walaupon dok terbaca kata - kata pakar motivasi, let go and let God.  Kirimkan doa pada anak semoga dia baik baik sahaja.

Actually there's a lot of 'first time' experience I would like to share.  Tapi sebab masa tak begitu mengizinkan, I have decided to break the posts into different parts.  Hehehe dalam post kali ni, nak cerita je serba sedikit persiapan nak sekolahkan anak ni.

Banyak rakan- rakan share pengalaman diorang, dan beberapa artikel yang I anggap sangat berguna dalam membantu persiapan sekolah anak ni.  Tapi, post I ni lebih kepada nak share pengalaman I tentang persediaan untuk keperluan barang sekolah la. 

Kita cerita tentang pengalaman hari pertama dan seterusnye kat post lain eh.

#1 Baju Sekolah 

Me being me, I decided untuk cuba two different brands and two different materials baju sekolah.  Kedua dua harga sama sebab dapat harga promosi tau.  Satu brand 'Canggih', lagi satu brand beli kat kedai apek dekat rumah, kain jenis kain licin (jangan tanya specific ye nama kain saya tak tau hahahaa).  Bila dah lepas basuh, nak iron, etc didapati -
- Kain canggih lebih mudah digosok pada mulanya.
- Bila dah start kena kotoran, dan start kena memberus, kain jenis licin ni lagi senang nak dicuci.  Serious.
- Baru tak sampai sebulan pakai, dah nampak ada beza warna pada kedua dua jenis brand.  Pendapat I, kain licin tu lebih nampak bertahan setakat ini - dengan kualiti air digunakan untuk cucian, bahan detergent digunakan dan tahap kotoran yang lekat... Yes, kain licin ni lebih mudah I nak handle dan belum menunjukkan kesan kesan lusuh berbanding yang lagi satu.
- Beli asing untuk sekolah agama dan sekolah kebangsaan sebab Ayesha tak pakai tudung untuk ke sekolah kebangsaan... So memang perlu asing sebab ada lencana, dan tambah kotor lak tu dah pakai dair pagi. 


#2 Kasut

Comot tak kasut sekolah anak I.  Sepasang kasut ni pakai dari pagi okey hemmm. Ni tahap kotoran adalah mild, ye.  Ada lebih teruk.

Untuk kasut, memang cuba 2 jenis.  Satu jenis zap on ala ala velcro tu.  Satu lagi jenis sarung ni. 

Ada lah kawan share tips, beli jenis sarung lebih mudah untuk anak darjah 1.  Tapi tips tu dapat selepas kasut dah dibeli.  Hahaha. 

Nasib memang kasut jenis zap on tu beli sepasang je.  Selebihnya adalah ini <--

Jenis zap on I beli tu, I rasa susah nak maintain.  Susah cuci, banyak kotoran melekat kat velcro tu, termasuk lah pelbagai jenis rambut dan dirt.  Huiyoooo.  Ganas anak I ni. 

Jenis sarung, senang nak manage.  Senang anak nak buka, pakai, nak cuci, nak kapur.  Especially bila yang mengapur itu adalah anak.  Senang.   Belilah kasut sekolah sarung, kalau anda species mak macam I. 

Didapati bahawa mencuci kasut sekolah sebanyak berpasang- pasang dengan kotoran tahap maksima mungkin boleh menyebabkan lengan mak bertambah sado. 

 #3 Beg



Dilema asalnya adalah, 'to trolley or not to trolley'. 

Kenang kan betapa banyak buku kena bawa setiap hari.  Kenang kan betapa kurus badan anakanda sulong nak kena angkat beg itu.

Tapi, selain berat I ada take into consideration benda lain pula untuk beg sekolah anak,

- Sekolah ada tangga tak?  Curam tak?
- Kelas dekat tingkat berapa?
- Agak- agak anak cukup mahir tak untuk manouver beg trolley ni dalam apa jua keadaan.

Akhirnya beli beg takde trolley.  Alhamdulillah, it was the right decision sebab Ayesha perlu lalu tangga yang sangat sangat tinggi masa balik sekolah.  Dengan keadaan tangga, dan ramai nya manusia memang bahaya.  Walaupon pada hari pertama kena bawa buku teks berat berat, ada insiden dia tak mampu nak dukung beg (rupanya sebab tali beg sekolah tak kemas), syukur pada Allah proses seterusnya mudah. 


#4 Barang Keperluan Lain

1) Stok keperluan alat tulis ala- ala kedai buku.  Ini bagi menangani keadaan pensil warna ilang, pensil hilang, sharpener jatuh longkang, pemadam tinggal separuh sebab kawan pinjam lagi separuh (ok serius, pemadam dia separuh je).
2) Stoking.  Stoking kan suka menyorok sebelah... Tak jadi sepasang, jadi single pulak sebab sebelah lagi menyorok.
3) Anak tudung.
4) Camisole bagi elak baju jarang untuk anak perempuan.
5) Tights atau shorts untuk pakai bawah kain.
6) Tudung sarung awning lembut biar dia mudah uruskan sendiri untuk pakai dan buka.  Biar mudah mak nak basuh dan gosok.  
7) Sticker nama (takyah berangan sangat nak letak nama kelas bagai... Mommy dah terkena ni, dengan cop bagai... At first parents diberitahu takde 'streaming' untuk darjah 1.  Sekali ada, dan anak bertukar kelas.  Ha ambik ko.  Gigih mak kopek satu satu sticker dan tampal yang baru. 
8) Pembalut buku , gunting dan selotape.  Sedia kan lah banyak gulung pembalut tu.  Banyak gila buku. 
9) Purse kecik yang muat masuk poket.
10) Duit RM1 sebagai tabung mak untuk duit belanja anak. 
11) Doa doa doa.

Kalau ada tertinggal tu , adalah tu... sindrom mak mak.  Hahaha.

Ok sekian Part 1.  Nanti rajin I update lak cerita lain.

Monday, November 21, 2016

Ayesha leaving kindy soon!


This is a very personal post, saje nak merakamkan sikit memori anak pertama ni.  Kesayangan Mommy, Ayesha will only be in kindy for another week and then it'll be a longgg break before she enters the first year of primary school.  Semalam, 20 November 2016 Ayesha punya konsert terakhir di Kindy dah pun berlansung.  Siap terima scroll lagi hahaha.  So cute.  Masa Mommy dulu tak ingat pula ada ke tak.  Kena tanya dengan tok.  

Mana lah tau suatu hari Ayesha baca ni...

How does that make me feel, my eldest, yang ratu nangis masa kecik, yang sampai besar ada masalah sikit and tersedu- sedu mengadu kat Mommy, yang kalau tak puas hati apa sekali pun semua nye mengadu di bahu Mommy, bakal menjejak kaki ke sekolah rendah pulak.  Mixed feeling!!! She is my first, I know with her it is always emotional.  Bunyi ala- ala poyo aje kan hahaha.  Well, memang poyo pon.  Every milestones, every steps of the journey memang Mommy kenang sangat- sangat bila dengan Ayesha. The labour details, bila tumbuh gigi, bila patah gigi, bila makan, bila demam, pergi kindy for the first time, how she wean off the breastmilk.  I did my best to try and remember everything.

Sekarang ni Ayesha dah 6 tahun, pandai menjawab dah bila Mommy cakap dan tak kena rasa pada dia... Merajuk muncung panjang sedepa bila rasa Mommy tak adil atau tak dengar cakap dia.  Paling gemar apa Mommy masak walaupon hanya ikan goreng (well actually, especially ikan goreng hahahaa).  Walaupon kadang- kadang Ayesha jerit kat Mommy, tak puas hati (kadang salah Mommy gak), Mommy tetap maafkan Ayesha takkan ada sikit lah rasa Mommy simpan dalam hati.  Ayesha pandai ambik hati Mommy, kadang- kadang walaupon benda tu Ayesha tak suka tapi Mommy suruh (contoh tak suka kuey teow, tapi Mommy suruh rasa juga), Ayesha akan usaha buat, just to make me happy.  

Ayesha suka makan makan makan hahahaha.  Lepas dah makan banyak- banyak, Ayesha cakap risau gemuk.  Risau dia macam teenagers tau.  Lepas tu tanya, besar sangat tak perut Ayesha, Mommy?  Lepas tu dia akan sedut perut ke dalam hahaha.




Rajin Ayesha, tak yah cerita ah.  Rajin sangat nak tolong masak, tolong kemas rumah dan dapur, tolong angkat barang.  Tapi dengan Ayesha ni satu jelah kena jaga.  Mood dia kalau tak kena apa pon tak boleh.  Sama macam kecik- kecik dulu, tak boleh cakap dia busuk ke gemok ke.  

I think in a few days gigi depan Ayesha 2 batang yang dah dekat 2  minggu goyang tu akan tertanggal.  Dia duduk sibuk juga nak cabut tu, tapi memang suruh tunggu sampai lepas concert.  Cakap kat dia nanti tak cantik bila menari gigi tak ade.  Hahahaha macam tokkkk.

Actually hati Mommy risau gak, Ayesha nak sekolah ni.  Bukan risau sikit, risau banyak sebenarnya.  Sebab Ayesha dah mula menangis, cakap takut nak sekolah.  Takut naik bas, takut tak reti beli makanan, tak reti itu ini.  Ok I really don't blame her, because I myself, memang menangis kalau kena naik public transport sejak kecil lagi.  Kemana tumpah nye kuah kan???

Tapi, Mommy rasa, memang lah Ayesha manja, merungut, mengadu dan sebagainya.  Above all, sebenarnya seorang anak yang matang.  In shaa Allah pandai jaga diri.  Sekolah rendah aje pon, I will tell myself.  She will go through many more hurdles and challenges in life... At times, I may not even be there by my side.  So ada masa dan ketika, kena let go juga.  Macam tu lah Mommy... Hakikat kehidupan.  She does not get any smaller, she will grow bigger and before you realise it she will no longer be by your side...  Which I always pray, she will...

Tuesday, October 18, 2016

Ayam goreng kunyit untuk dinner


Wanita berkerjaya (konon nye berkerjaya macam I ni, konon-konon hahaha) yang sentiasa bermuhasabah diri dalam mencapai kejayaan dalam dua- dua bidang kerjaya dan rumahtangga, macam ni lah.  Kat office dah penat lelah bekerja, balik baru plan nak tapau anak dah cakap, 'allaaaaaaa Mommy masak lagi sedap. Mommy masak please please please'.  Skrip tu sentiasa aje berulang kat rumah ni.  Kadang kalau dah lewat sangat balik tak diturutkan jua.

I ni nak kata pandai masak memang takla... Dari kecik mak bebel, takut kena gulai dengan suami sendiri sebab tak pandai masak dan malas kedapur.  Once upon a time punya kisah.  Memang pemalas tahap dewa, dan tolong hidang aje.  I bukan malas sangat pun, sebenarnya tapi sebab ada pe'el takleh ditegur hehehehee... Bila cara kita asyik salah mula la menjadi vitamin M itu.

Bila dah hidup sendiri, bujang, tekak pun dah tak larat nak makan meggi dan nak berjimat memang dah mula paksa diri masak sendiri.  Masak, simpan freezer dan bawa bekal pegi keje.  Ada lah juga kawan- kawan yang umpat belakang cakap kita ni boros hutang sana sini sampai makan pun kena bekal masa tu.  Well, there were some truth in that too sebab I pernah melalui situasi ekonomi kurang baik lah buat seketika.  Tapi makan makanan rumah ni ada kepuasan.  Jimat, puas.  Sedap tak sedap kau punya pasal.

Bukan senang tau, badan dah penat, otak dah lelah, balik nak masak lagi.  Lagi nak fikir masak apa? Makan apa?  I boleh la tak makan malam tapi budak-budak ni agaknya sehari tak makan malam hemmm mau longlai.  Kuat makan they all ni.  Penat kan jadi mak ni?  Mak berkerjaya atau sepenuh masa sama je ada penat masing- masing lah.  Everyone have their own challenges.  Hati mesti kuat, badan mesti mantop hehehe.

EH, akak anak 3 ni dan kerja busy tahap gaban ni pun kalau bulan puasa ada sehari dua aje makanan beli kat param (pasar ramadan) ye.  Makan puas, elakkan pembaziran.  Tapi rajin terlebih ni cuma datang bulan puasa aje, sebab, i) Balik keje awal, ii) Kejar nak ambik anak takdan pergi Param pon... Mr B pon balik lambat.

Antara tips yang boleh di share kalau nak cuba memasak lepas balik keje (provided korang tak sampai rumah lepas pukul 8pm la kan) adalah,

-> Turunkan lauk pauk dari freezer ke chiller pagi-pagi sebelum pergi kerja.
-> Boleh siap- siap kopek bawang untuk masak seminggu.  Bawang merah, putih, simpan dalam bekas kedap.  Nak lagi cepat, blend je semua macam I hahahaa.
-> Kalau ada intention nak pakai cili kering, blend cili siap- siap every weekend.  Masa blend tu, campur garam sikit, minyak dan air.  Takyah pakai cili boh kat kedai. Tak sedappp.  
-> Sayur boleh makan salad aje.  Takyah nak bergoreng bagai kalau dah malas sangat.

Kalau I, hari kerja memang kalau masak (which is very rare now sebab balik lambat sangat), memang takde masak beria.  Kiranya takde lah nak jumpa gulai ke, kari ke nasi arab ke sangat.  Ada, bukan takde tapi jarang.  Tekak dah tua ni lain.  Mostly goreng kunyit, pan fry / grill.  Stick to simple dishes ehehe.  Tapi mostly nasi, sebab Ayesha adalah pemakan nasi tegar.  Contoh ayam goreng kunyit bawah ni, senang dan cepat.  Jangan marah ek, masak campak- campak ikut cara sendiri.


Bahan:
1) Ayam - potong dadu.
2) Garam.
3) Kunyit.
4) Minyak untuk mengoreng.
5) Bawang merah dan bawang holland (hiris) - aku pakai banyak sebab husband suka bawang.
6) Kacang panjang, carrot, potong lah ikut cara sendiri, dan masuk ajelah apa sayur korang suka.

Cara:
1) Gaul ayam bersama garam dan kunyit, goreng dengan api sederhana.
2) Once ayam dah masak, masukkan bawang, sayur dalam kuali masa api tengah on lagi.
3) Dah masak sayur dan bawang tu, toskan.  Kat atas tu, kitchen roll abis tu lah jadi berminyak hehehee.  Tos pakai penapis aje macam tak jalan pulak. Hemmm.

Pastu hidang... Licin anak- anak makan.  Mak sempat makan cubit- cubit aje.  Takpe sebab mak dah berikrar siang tadi takmo makan nasi dah malam.  Minus, of course the vegetables.  What have I gotta do to make them eat veges, I still wonder.  Hemmmm.



Wednesday, October 12, 2016

Drama mak vs anak


Gambar sekadar hiasan.  Hahaha takde kena mengena dengan stories to be told below.

Nak cerita, alkesah malam tadi.  Nak dikaitkan dengan menegur anak dengan cara lembut lah, seperti dibicarakan oleh sesetengah pihak whereby you use reverse psychology on your child, atau guna cara, 'when you do this, Mommy feels sad'.  But since all those never worked on my kids anyway (like when I said, when you do so and so I feel sad, they use it on me back when they needed something from me), I decided to be more dramatic.  Memang tersangat drama lah sampai semua tiga orang menangis dan berkata, 'kitorang menyesal'.  Hahahah.


Macam biasa sebelum bed time kita cerita- cerita dulu.  SO we take turns as always... The eldest always insist on telling her story first, followed by little Zehra and then Adrina.  Baru kita dengar cerita macam- macam dari Ayesha, selang-seli iklan tarian etc, tiba-tiba someone got impatient.  Budak kecik yang sama, everytime tidak sabar dia akan berguling- guling, nangis dengan bunyi nyamuk.  Bila sang nyamuk dah berbunyi, ada pula anak- anak lain yang bising juga nak gaduh sesama sendiri.  Hai anak... anak ni memang mencabar sabar kita kan?  Adakalanya hilang juga sabar tu, tapi ada masa tebal pula sabar ni nak berdepan kerenah anak.

Anyway I decided to create a drama,  since masa story telling dengan anak- anak tu the lights were already off and we were almost ready for bed, and I had a bit of flu going on.

Me: 'sobssss sobsss' (sniffing ala- ala menangis teresak esak padahal tengah tahan nak hembus hidung je)
Ayesha: 'Mommy? ooo Mommy?  Kenapa sampai menangis ni?  (tak nampak sebab dalam gelap)
Me: Mommy sedih...'
Ayesha: 'Kenapa, please mommy jangan nangis sebab bila Mommy sedih Ayesha sedih.'  

Masa ni semua anak- anak lain dah mula tanya hairan dah... Suara masing- masing dah sedih bergetar.  SO Mommy pun ambik kesempatan la, mula la bagitau sedih sebab tak hormat Mommy... Jerit- jerit, gaduh- gaduh...

Sambil masih berpura- pura teresak, listed a few other items too sebab nak bagi lebih drama pada anak- anak.

Sempat juga selitkan betapa nakal nya Mommy masa muda, dan rebellious nya dan betapa kurang hormat pada kedua ibu- bapa dan betapa I wish Tok sihat macam dulu- dulu dan minta maaf dengan tok.

Ni dah sampai kemuncak la ni untuk jiwa anak- anak hahahaha.

Tak sangka pula hasilnya malam tu, kesemua tiga anak menangis merayu- rayu minta maaf.  Menyesal, takkan buat lagi Mommy sedih.  Taknak jadi anak derhaka, taknak buat Mommy sedih, please jangan nangis.  Taknak Mommy keluar air mata.

Adoiii memang drama sangat... Kalah lah abang bomba, abang pilot, abang security punya drama ye?
Macam kesian... tapi drama perlu diteruskan.  Saje nak tengok level keberkesanan drama itu.

Only... I wouldn't know berapa lama kah penyesalan itu hahahaa.  Adakah selama- lama nya atau malam ni dah lupa janji masing- masing.  Hemmm that's for me to find out.


Wednesday, September 21, 2016

Pantang Kali Pertama vs Kali Kedua

Semalam shared Hanis Zalikha's post pasal newborn's/ confined mommy's must have.  Tetiba pulak rindu hidung ni nak cium bau baby.  My 3 Amanis semua dah bau masyam ok.  Berpeluh-peluh melompat- lompat.  Tapi buat masa ni rasanya tidaklah... Pengalaman mengandung tu agak mengerikan, selain di toreh masa melahirkan *sweats* hahaha.  Kemudian berpantang... Haaa berpantang ni ada pengalaman nak share sikit.  Pengalaman bersalin 2x dengan 2 cara pantang berbeza.  Satu Mak jaga (Allah bless Mak), satu lagi jaga diri sendiri.

Masa pantang anak first, Ayesha , pantang memang strict sangat.  Semua tak boleh.  Pantang dengan mak-mak macam ni lah uols... Tengok la jugak mak uols tu dari mana hehehe.  My Mom, memang tak berani nak macam-macam sebab arwah tok dulu strict gila ye.  Gila punya strict.  Tapi strict dia ada yang memang elok kalau kita follow.  Untuk kebaikan sendiri jugak.

Masa pantang dengan Mak, ikut pantang strict orang lama- lama...

#Seminggu pertama makan nasi hangat, garam dan lada hitam.  Itu sahaja.  Nasi kena catu.  Katanya sampai anak tanggal pusat nanti baru boleh makan ikan bilis (Whattttt).  'Sayur boleh makan mak?' 'Boleh, sawi sahaja. Tunggu lepas seminggu dua' (Ok tak tipu, tapi nasib I memang tak makan sayur sangat pun hahahaa.) Ok horror tak?  Selalu termenung, camana la nak sembuh cepat ni takde khasiat yang cukup.  Dengan sembelit nye kau tayah cerita la... Dahla masa tu susu badan takde, lagi la susah nak ada susu sebab kurang khasiat. 

#Mandi air herba 3 pagi berturut-turut.  Pastu bau badan kau melekat busuk seminggu.  Serious.  No joke.

#Bertungku sesubuh hari, dan senja-senja.  Hak ni lah benda paling malas sebab malas pegang, malas baring.  I bukan jenis boleh duduk diam.

#Air panas sentiasa.  No room temperature.  Minum air banyak-banyak, mak kata.  Part ni Mak win.  Banyak orang komplen kat Mak kenapa bagi minum air banyak... nanti basah 'bawah' tu jadi berair.  OMG.  Manekah diorang dengar myth ini?  Kenapa?  

#Air akar kayu lepas hari keberapa belas tah.  Yang ni I suka sebab air akar kayu tu meringankan badan.  Nama akar kayu tu 'rempah gunung', rasa dan bau macam sarsi, tapi kelat-kelat and no sugar. Tapi ada sikit ngelat la minum ni sebab anak masa tu prolonged jaundice.  Risau sangat nak makan pelik-pelik.

#Jangan tengok handphone, laptop lama-lama nanti mata rosak.  Hehehee ok betulla tu but they somehow believe that lagi cepat rosak bila dalam pantang sebab badan you belum recover.  EH ke betoi.

#Jalan kepit-kepit sikit nanti terbuka jahit.  Rehat, baring, jangan banyak jalan, pun terbuka jahit.  Dulu masa anak first, I gelakkan aje tips ni.  Gelak tapi follow.  Sebab Mak ada sekali.  Lepas bersalin second time, I learnt my lesson.  

#Never take off bengkung dan ubat- ubat perut yang berhabuk-habuk dan annoying itu especially bila nak makan.

#Sentiasa panaskan badan.  Sweater, socks.  

#Look ugly: Read, sentiasa lah berkain batik kesana kemari termasuk lah ke hospital.  Ok nasib yang ni Mak tak strict.Memang liat nak pantang, especially nak expect me pakai kain batik la ape memang tak la.  Ramai terkejut I pantang pakai seluar je.  Eksyen la I kan, hehehe.  Janji seluar tak tergesel kat luka tu ok la, pakai je kot.  Jangan pakai seluar baru dah... Nanti habis kena segala macam yang kau tepek kat perut tu.


Masa bersalin twins, pantang sendiri ok.. Seminggu aje mak ada.  Pastu yeehaaaa pantang my way.

#I eat whatever I want, minus seafood dan benda- benda sejuk macam kangkung ke timun tu semua.  Apa suami beli, makan.  Apa larat masak, makan.  Apa jual kat hospital, makan. Apa boleh bagi susu badan banyak, I telan.

#Minum kopi sedap panas sewenangnya. Perut masuk angin.

#Jalan laju-laju, jauh-jauh takde kepit-kepit, berdiri dari 8.00am - 9.00pm.  My jahitan hampir terbuka.  Ooopssss.

#Tak bengkung.  Now perut buncit macam mengandung triplet hahaha.

#Tak bertungku.  Now period pun haywire, selalu menggigil tengah malam.  I suspect sebab I makan macam- macam dan tak bertungku. 

#Lagi lah tak minum herba ke akar kayu ke sebab anak- anak born premature dan duduk incubator 2 bulan, so sangat- sangat taknak tanggung apa- apa risiko berat benda tak elok masuk ke susu badan. 

#Tidur dalam aircond, that is if I sleep at all.  Susah nak tidur sebab I bangun pam setiap 2 jam.  

#Tak rehat lansung. Sangat restless sebab siang duduk hospital, malam melayan kerenah anak sulong.  Lepas beberapa minggu, mula tidur di hospital.  Walaupon takk boleh jaga anak.  Tidur merata kat sofa.  Balik rumah, ingat anak kat hospital.  Duduk hospital, ingat anak kat rumah.  Satu moment yang I taknak repeat dah sampai bila- bila.  

#Pakai macam biasa, apa yang I suka.  Hoodie, jeans socks all no problem sebab duduk hospital.  

Eh tapi memang ada difference la lepas pantang no.2 twins ni.  Badan selalu sakit.  Maybe sebab tak pantang, maybe sebab tak rest, maybe sebab selalu susah hati.

Apa pun, beza paling ketara ialah masa anak first nak sangat bonding dengan anak sampai kecik hati Mak suruh rehat.  Pantang kali kedua terasa ohhh how I wish Mak was here.  Hahahaha.  Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Tuesday, September 20, 2016

Ayesha Turns 6 & Selamat Hari Malaysia


Sekejap aje, pejam celik my eldest dah 6 tahun... Next year dah sekolah rendah okay darjah 1 dah hahahah.  Her birthday falls on public holiday every year.  Malaysia gazetted 16 September as a public holiday on the same year she was born.  Bertuah leee kaaannn.

Takde buat celebration apa pun, just potong kek with my family.  Nanti dekat school nak  celebrate dengan kawan- kawan katanya... So Mommy tunggu hujung bulan ni, buat during her monthly birthday celebration.

"Kakak nak kek apa?"
"Kek Pony mommy..."
"Pony kan dah dapat?"
"Ehh ehhh bukan Pony, nak Elsa, Ehhh taknak, nak angry birds... ehh ehhh.." and the list goes on and on...

Hahahaha typical girls don't you think?  Girls are often indecisive (Mommy included).

Kakak,

Semoga menjadi anak solehah dan berjaya dunia dan akhirat.  Mommy tak harap pun Kakak jadi Doctor ke Engineer ke.  Be whatever you want as long as you enjoy what you do, and it is from Halal source.  Mommy & Daddy bagi Kakak pelajaran, supaya boleh berguna di masa hadapan :).  I am probably the worst mom for my kids, tapi Allah jodohkan juga kami.  Hikmah disebaliknya tu, adalah rahsia Allah.  I know I've made lodsa parenting mistakes (yelling, hitting, not showing good example etc) especially with Ayesha.  Often clueless kannn sebab dia yang sulong, with her semuanya kali pertama hahaha.  Kali pertama melahirkan, pertama tengok anak merangkak, jalan, nangis, tumbuh gigi, patah gigi. Semua first lah.  Hmmm but Alhamdulillah despite my parenting flaws kakak still ada good traits about her la.  Not so bad kan.

Camtu la uols, being parents ni.  Susah, senang, redah ajela.  No exact manual you can follow on parenting, on raising a child.  There's no perfect parenting I guess... kadang kita as parents ni dalam mode belajar juga la.  Yela, belajar macamana nak ajar anak.  Cool huh?

Whatever pon never regret the moment being Mommy ni. The most wonderful title anyone could ever get.

Oh and also Selamat Hari Malaysia kepada semua fellow Malaysian. Teruskan mencintai Malaysia walaupon banyak pancaroba dilalui kebelakangan ni.  Don't give up on your county.

Thursday, September 15, 2016

Abang bomba anyone?

Asyik tengok duduk hype dekat newsfeed sampai semalam tergerak nak tengok satu drama melayu ni, 'Abang Bomba I love you' ek tajuk dia? Kadang- kadang ada jugak duduk tengok drama melayu ni especially bila teman mak... Most of the time tak dan nak tengok apa kat tv dah pun sebab busy dengan macam- macam benda lah... Especially when you have kids, I choose not to watch these cheesy drama cinta sebab I am so worried that kiddos are influenced by the act.  Tau la drama melayu sekarang, punya teruk sampai ada anak luar nikah sama-sama pon jadi bahan sweet sweet dalam drama.  So much rubbish.

Back to the one episode of Abang Bomba that I watched last night, it was mostly 'eurgh what the hell am I watching' kinda feeling but I waited all the way until the 1 hour slot is finished.  Hero dia memang handsome lah, heroin sumpah tak kenal, pelakon keras kayu dan muka tua sangat tak sesuai bawak watak budak sekolah.  Drama tu meninggalkan I dengan penuh tanda tanya, apa mesej yang cuba nak disampaikan ni sebenarnya.  Ok maybe I should be fair and not judge with just one episode tapi biasa nya dengan drama melayu ni kau tertinggal 10 episode pon masih boleh tangkap jalan cerita dia apa...

Ada unsur- unsur nasihat dalam skrip.  Maybe ada cubaan nak paparkan realiti anak melayu kena halau dari rumah oleh parents dan menumpang kasih pada Atuk, dan seorang lelaki lain bila kasih ayah sendiri tak dapat dimenangi.  Just my wild guess, since that's been the sentiments lately with Malaysian drama and movie makers, latest being the movie 'Pekak' which kononnya memaparkan realiti anak-anak hanyut... Tapi tiada jalan penyelesaian ditonjolkan dalam filem ini, mahupon tindakan menyelesai isu-isu demikian oleh pihak berkenaan ekoran dari filem-filem ini.

Balik pada drama tadi, I remember at the beginning of that episode last night I was actually horrified to find out that the girl chasing after this abang bomba, was a school girl.  Tergedik- gedik tersimpul- simpul tersengih- sengih.  Scary to even think that I have 3 girls in the house, watching this with me while I was satisfying my curiosity: what makes this Abang Bomba the hot topics on social media.  Guilty mom, half-way watching I asked Kakak to change to her normal cartoon slot, but she refused sebab Kakak dah tergedik-gedik tengok orang bercinta... 'Kenapa dia kena push-up Mommy? Lelaki tu tak suka dia dah ke?' Umur 6 tahun, dah faham jalan cerita dah pun.  Pastuh terfikir, ye, 6 tahun, mungkin dah mula suka pada boys... mungkin seronok tengok hero handsome, mungkin dah rasa bestnye tengok orang bercinta.  Ok there's no way on earth I'm going to let my kids watch these!!!

Yang paling tak faham.. budak tu budak sekolah kottttt. Kau dah kenapa?  Nak cakap it's ok to fall in love while your ultimate goal should be focusing on your study and just make sure you have a good future?  Adehhh la.  Bila ada part nasihat, aku tak rasa anak-anak remaja akan hadam nasihat tu.  The focus adalah pada sweet nye dapat bercinta dengan abang bomba handsome sado macam tu.  Dengan kes paedophile yang berleluasa sekarang ni, ini yang kita pilih untuk ketengahkan?  I really feel it's stupid.

Entahlah, nak hentam drama pon I know it is not my place.  Bersuara sebagai seorang ibu sahaja.  I was a teenager once, I know what teenage girls are capable of doing.  It made me worried sick that we are now living in the world full of sickos and we're not even doing our parts to make the world a better place.  Then there's tv shows and internet, yang mana kalau kau tak control memang boleh sangat memudaratkan... I'd like to think that we can do our small parts as parents, as civilians, start small kemudian baru lah boleh lihat dan merubah yang lebih besar...  As for me, I think being control freak parent works for me so far...  Let it be that way, forever if it helps me find out what my kids are up to...

#nakbebel
#rant
#parentingissue
#makmaksangat

Wednesday, September 14, 2016

Monstrous little creature

Small, but horrible creature.  Monstrous.  Evil.

Image Source: Google

The aedes mosquito.  It gives you DENGUE.


Baru beberapa hari ni Mr.B recovered from dengue.  My kids were showing the same symptoms too but because they drink plenty of water, they recovered really quickly.  So they were never really diagnosed with dengue, it could be just viral. My poor poor poor munchkins.

Unlike Mr.B, masa mula-mula kena tu Hari Merdeka, tiba-tiba complaint of terrible backache.  Ok serious I memang rasa sangat-sangat guilty sebab I selalu ada perception that men are just manja ok... bila sakit sikit, merengek lebih sedangkan kita ni macam nak mati sakit pon selalu diam aje.  After that backache he had a fever immediately.  I sendiri pon start malam tu, tidur menggigil-gigil tapi lansung tak ada fever, just shivers and join was aching like crazy but was still able to get up and look after the kids.  Adohaiiii kesian nye encik suami saya.  Memang hari merdeka tu lansung tak bole bangun all he did was 'hibernate' dalam bilik, under the duvet, fans and air-conditioning off.

Masuk hari ke-3 memang tak boleh tahan so I suruh dia buat blood test.  Turns out memang dengue tapi his platelet was 125 which I guessed was not very low sebab tak kena warded pun... Lagipun abang sadooo ahaaahahaha so sick also doesn't look very sick.  Kesian ok berulang ke hospital everyday for blood test.

Munchkins bertiga pula took turns sakit, very very high fever so suppository was on standby 8 hourly, syrup paracetamol and sponging.  I turned up for work macam zombie lah dekat 2 minggu... Panda eyes, Gucci Prada eyebag segala, skin very dry and oily in some areas because I didn't sleep well enough.  Gosh I can feel age was catching up.  Sambil menyumpah juga makhluk kecik yang bole cause you so much trouble.  Dekat dalam rumah dan kawasan rumah memang dah sedaya upaya jaga supaya tak ada air bertakung etc... But of course there are those that are beyond your control, maka redhaaaaa kan lah.

By the way, once detected your case will be reported to Pejabat Kesihatan Daerah or something like that.  Someone turned up yesterday from Jabatan Kesihatan, saying they will be coming for fogging in the area today and would like to fog inside the house too.  The guy also gave me 4 containers in which 2 he put outside and the other 2 to be placed in the kitchen and bathroom each.  Katanya perangkap nyamuk sebab nak test sehari untuk pastikan takde nyamuk dalam rumah ke apa tah...

All in all Alhamdulillah things didn't get any worse.  I was kinda worried with Zika and whatnot these day.  I told my family to load up on drinks.  Water water water.  Please kids, and Mr.B.  Getting kiddos to drink is definitely much easier than getting Mr B to load up.  My kids and plain water are inseparable.  Sama macam Mommy, tak dapat air kosong rasa macam nak mati hahahaha.


***************************
Nah baca pasal dengue,

1. WHO - Dengue and Severe Dengue
2. Dengue fever (Wikipedia)

Yang lain-lain boleh la rajin-rajin google kalau nak tau lebih lanjut.  Rasanya kalau nak minimal kan risk kita, better keep our area free dari benda- benda yang boleh sebab kan Aedes ni membiak.  Contoh macam air bertakung la...

Once infected, kalau berkemampuan untuk minum, kena minum air banyak-banyak untuk elak dehydration.  Dok juga cari relevance between pucuk betik la, sup ketam dan sebagainya untuk naikkan platelet hubby haritu... tapi tak nampak lansung correlation ke.  The doctors cuma pesan banyakkan air la... So I memang bebel tentang kepentingan air pada husband.  Hehehe ok bebel is my middle name.

***************************
Update
Hey we're doctors now let's take a wefie.

14 September - Pejabat kesihatan datang buat fogging area kami, so diarahkan buka pintu dan tingkap supaya dapat sembur ke dalam.  I dok heran kenapa la jiran semua dok luar, ooo kena keluar kot. Ok takpela kids jom jap lagi kita keluar...

Tiba- tiba bunyi orang fogging dah sampai tepi pagar, you can see thick smoke coming towards us.  Kiddos got really scared because depan kita nampak gumpalan asap putih tapi suasan nampak hitam, dengan bunyi mesin yang kuat.  You can't imagine how my little ones would've felt.  Punya lah scary dengan Mr B takde.  Luckily I cepat berfikir, so I grabbed them before the smoke came towards us, and lock ourselves inside the smallest room.  I hugged them, and since we were already wearing masks I said heyyy kids, look at us we've all become doctors so let's take a selfie hahahaha.  Berjaya la pujuk diorang sebab my kids memang suka ambil gambar ponnnnnn.

So lesson learnt, kalau orang Kesihatan kata nak datang fogging dalam rumah, better get out of the house la.  Eventho pakai mask, mata pedih juga sikit- sikit.  Duduk bilik tu ok, sebab asap very minimal tapi bermaksud tak cover la fogging untuk bilik tu... Tu je la nak share hehehe.

Friday, September 09, 2016

Tips for siblings fight anyone?

Yesterday after being stuck in traffic for 2 hours coming to work (gila lah minggu ni memang asyik 2 jam journey ye), I decided that I need to leave work a bit late just to make up the lost hours.  Pagi- pagi lagi mood I dah terbang hilang akibat jem, so terus decide ok lah I'm telling hubby I'll be going for zumba today.  Kat office ni ada zumba 2x a week and it's free.  1 hour of free zumba, and if I don't feel like it, pergi aje la jogging kejap kat taman klcc nun.  What I wouldn't do to feel healthier these days... Bukan lah berpenyakit mana pun, but now kepala selalu juga sakit, perut kerap juga meragam dan jarang sekali tiada masalah.  But I don't have major problem la, at least not that I know of.

Anyway dah habis zumba dalam 7.15 macam tu, balik rumah got stuck in the traffic some more. Dah sampai rumah dah nak flat dengan senggugut lagi... Baru melangkah setapak... dua tapak masuk rumah, kiss kiss anak-anak, sambung setapak dua masuk bilik, terus dengar suara anak- anak bergaduh- gaduh jerit- jerit pukul-pukul meraung-raung berebut sesuatu.

Sobbbssss *tears*

Tired, and this has always been the scene at home.  Tah kat mana I silap, manjakan sangat diorang ke?  Did I take side?  Or is this normal for siblings to fight?

My twins kalau gaduh, macam tahap perempuan berebut laki kat dalam tv ye... tarik-tarik rambut, hempuk kepala... I wonder where they got these from?  TV? Memang sangat lah control... they only watch disney junior and I monitor what they're watching.  Bergaduh with kakak Ayesha also no less.  Sama aje tahap nyeeeee.  What should I do guys?  Any tips?  You know they fight over little things just the way kids normally do, like if I buy them something, even 1 each, but of different colours can also cause them to fight.  Sangat memeningkan kepala.

Looking for any tips that I can apply to these kids... hemmm..

Wednesday, September 07, 2016

Dah selesai potty training

Clap clap...

Dengan ini saya mengistiharkan, both twins are now diapers-free.  Selamat dah poket mak ni... hehehe.

Zehra 'Tinting' nama dia... sebab rambut curly sangat,

Adrina tantek sebab dia perasan dia cantik *bluwekk*
Still ada terlajak terlajak, of course for Adrina she's had her 'accident' every now and then... especially when she's sick.  But it's ok, I am gona give her time.  Budak- budak comel ni baru je 3 years old ponnn... I will let them grow at their own pace.  Slowly but surely.  Walaupon ada rasa nak mengamuk je asyik kena jemur tilam, cuci cadar...

Alhamdulillahhhh... syukurrrrr.  Now in the midst of cup training pula.  Getting ready for school next year in sha Allah kalau ada rezeki.

Friday, June 06, 2014

Mother that I am... was...

One of those days I feel suck as a mother.

I love you, kids.  With all my heart.  May God the Almighty forgive me for being the type of mother I was and provide strength and guidance to be the mother I need to be.

Nobody ever told me that mother was THIS hard.


Wednesday, May 21, 2014

Because I'm Happy

Because I’m happy
Clap along if you feel like a room without a roof
Because I’m happy
Clap along if you feel like happiness is the truth
Because I’m happy
Clap along if you know what happiness is to you
Because I’m happy
Clap along if you feel like that’s what you wanna do

These are my happines :)



Monday, April 28, 2014

The grown up Ayesha

It kills you to see them grow up. But I guess it would kill you quicker if they didn't. ~Barbara Kingsolver, Animal Dreams







Mac lip pencil ~ harapan bertahan lama

Ok post pagi ni adalah bagi mengurangkan kesuraman hari Isnin hehehe,

#entrybosan #bukanmeroyan

Tak tau la korang yang ada toddler girl kat rumah menghadapi masalah yang sama ke tak.  I asyik- asyik the same thing happened to my lipstick - kena rosak dek my princess sulong.  Dulu masa dia belum tau apa- apa, dia panjat almari and gosok lipstick everywhere on her face.  Habis patah.  Dah berbatang- batang patah.  Pandai pulak dia pusing.

Then bila dah besar sikit ni, dah reti buka make up bag.  Dah tau mommy simpan make- up dekat mana.  Pon sama lah alkesahnya, lipstick rosak satu persatu...

Haritu I replenish alatan make-up (basic jer, I bukan MUA pon nak beli poyo-poyo kan) - my must have are normally just compact powder, mascara, eyeliner, blusher and lipstick or lipgloss.  Sesungguhnya bila dah anak 3 ni memang dah susah sangat nak tengok complete kat muka barang- barang atas ni... Yang I nak ceritakan ialah, masa replenish tu, I decided to buy lipstick yang bukan jenis biasa tu.  I beli jenis yg ala-2 macam crayon rupa dia.  nama dia Patent Polish Lip Pencil, macam gambar kat bawah tu...




Aa dah tengok macam crayon kan?  Dengan harapan Kakak tak reti nak pusing menda alah ni dan membazir sebatang lagi lipstick *sobbbsssssss*.  Walaupon Mommy slalu pakai gloss jer... hehehe kekadang lipstick membawa mood yang berbeza.  

Dia bila pakai takde feeling- feeling rasa wangi like some lipsticks tu (yikes), rasa cam smoooothhhh jer lips kite ni kan.  It doesn't dry your lips either.  I mean Mac lipsticks have been my favourite since I was able to afford such brands lah (dulu- dulu masa tak reti and tak mampu pakai yang murah sikit).  Tapi Mac pon actually taklah mahal sangat.  Lipstick dia normally RM60.  Yang this type, mahal sikit dalam RM85 (ok tidak boleh membeli dah pasni...)

Photo kat bawah ni gambar I pakai lipstick tu :).  Ok fine maybe tak clear sangat hahaha.  Takpelah janji I suka.  Pada mommies yang nak try tengok kalau- kalau this one 'kebal anak', sila lah.  

Abaikan muka poyo minah ni


Wednesday, March 12, 2014

Lactose Intolerance dan alergic pada soy pulak?

Gosh I must tell you, with Adrina it is always the milk issue.  With, of course among other things macam eczema, sensitive airways dan sebagainya... But back to milk, kalau ada read my previous posts here tentang changing her milk, from breastmilk to an AR milk due to reflux.  Alhamdulillah nearing umur setahun, masalah reflux dia dah selesai.  As in, one day dia just stop muntah- muntah altogether.  How fun is that.

So lepas tukar ke susu biasa, she was fine for a while, drinking susu yang sama macam Zehra.  Tiba- tiba one day tu dia kena rota virus (again).  Sejak kena diarrhea and muntah- muntah from the rota virus tu, kerap sangat dia diarrhea.  So bila check dengan Paed, dia suruh I stop kan sementara cow's milk.  Memang kitorang at the time dah start bagi dia Similac LF (Cow's Milk tapi lactose-free).  Hemm dasar anak omak yer.  I also lactose intolerance.

EH so caner cerita alergic soy milk ni timbul?  Kitorang discover bila hubby @ AhBob tersalah beli.  Similac dengan Isomil kan from the same manufacturer, Abbot.  It uses similar (almost) font dan warna merah hampir hampir serupa (between Similac LF dan Isomil which is soy-based).  Kalau tak Similac ni ala-2 kuning gold kaler dia.  Anyway, kita discover tu pon dah lambat.  Adrina warded masa tu, and malam yang hubby dah terbeli isomil tu, memang dia yang prepare susu sampai la esoknya dia ambik turn jaga Adrina kat hospital.  Malam tu I balik kerja, memang shocked tengok seluruh muka dia, badan dia penuh red spots.  Hey its so scary sampai doc performed blood test untuk dengue berkali- kali k!  Bila doc tanya, alergic ape-ape, I didn't know sebab I tak perasan lagi susu tu ialah Isomil, instead of Similac.  Yarabbiii... Esok pagi nye bila turn I jaga, baru I tengok.  Oh no.  Soy-based.  Terfikir, soy = high in protein.  My first daughter alergic pada telur sebab protein.  Twins alergic ayam pon sebab tak ready untuk process protein... Its the milk!  Eh I terfikir menda tu pon dah nak petang sangat kot... Time tu doc dah tak round dah.  Kami pon dah discaj, tak dan I mention kat doc.  So last week bila pegi follow-up I mention kat doc, doc cakap. yes, it could be.

Yes, it is logic.  I pon ada baca sikit- sikit pasal protein alergy in babies ni.  I mean, yes despite nak masuk umur 1 year lagi seminggu macam tu masa tu, diorang internally baru 10 months.  I suspect, being premature that they are, ada benda yang I kena delay kan sikit untuk introduce.  So you see, now albeit turning 1 year old, I belum lagi bagi diorang makan macam- macam.  Diorang, too different dari kakak dulu...

Tapi korang jangan mistaken plak... Milk or soy alergy ni 2 benda yang berbeza.  Milk alergy ni berlaku bila anak you alergy pada milk protein yang ada dalam susu tu.  Bila immune badan nampak jer milk protein ni, dia akan cuba fight sebab dia ingat kan ni musuh.  Hence, the red spots la ya.  Lactose intolerance on the other hand, adalah inability untuk ko digest sugar lactose (gula dalam susu kalo tak silap I).  Lac intolerance ni sangat incommon bagi infant, tapi boleh berlaku.  Dulu ada satu Doc explain kat aku, ko nak digest lactose ni ko perlukan sejenis enzyme ni.  Kalo ko takde enzyme ni, memang takleh.  Perut ko pon memang takkan get used to it.  Akan baik ke tak situation ni, I rasa untuk infant, depends.  It can go away later on.  Tapi kalau dah 'remaja terlebih' macam I ni ha... Hemm memang permanent condition dah ni.  Bila pregnant and breastfeeding la sengsara weiii.  Eh kalau nak more info, sila la renangi lautan google hehehe.

I cuma share keadaan I sekarang jerla.  I pon kalau tak tanye Paed terchenta, memang renangi google jer.  So boleh la faham sikit- sikit.  Kesimpulan citer ni macam ni, anak I tak alergic pada milk cow, but instead tidak tahan laktosa.  Tapi juga tidak berupaya memproses protein dalam soy milk... Jadinya, solution sementara kami adalah bagi dia Cow's milk tanpa laktosa.  Boleh gitu... Yer.. gitu.. gitu

Wednesday, February 26, 2014

Maids

Saje nak ngomel sket... Pagi tadi dengar news kat radio pasal 2 kids slashed by their Indonesian maid.  Seram I, k, seram... sebab at the same time I ni tengah mengalami dilema nak fikirkan penempatan anak (sebab anak selalu sakit, and my work is badly affected.  Badly).  Sambil dok fikir, haruskah ambik maid, keluar plak news ni.  Sampai office, baca pulak alkesahnye kat sini, Two boys found with throats slit.  How devastating is that?  To come home, finding your kids, dead gone.

Setiap kali ada terfikir pasal nak ambik maid, mesti ada some kinda signs.  Trust me, I've heard more bad than good stories.  So does the news.  Belum penah la keluar berita, maid dapat hadiah banglo sebijik sebab menjadik excellent employee.  Kikiki.  Ade ke?

Banyak sebenarnya kita nak pertimbangkan sebelum ambik maid ni... Dari segi latar belakang nye... Bukan takat tengok gambo ni, fikir, e'eh kenan nye... kenan aiiii, cantik, manis... Fomema pon ok, takde health issues (tup tup jadi mcm maid mak kawan I, pecah usus kat rumah mak dia... turns out memang ada penyakit pon.)  Kau kena siasat la dulu latar belakang nye, emosi nye, kan... camno tu?  Mana pulak nak dapat independent review of your future maid nih?  For me, itu yang paling penting.  Selain rajin, sayang budak, tak berkira, soal emosi tu mampu menangani anak- anak ataupon tak benda paling penting...

Sebab tu... bila ramai orang tanya, kenapa D tak ambik maid, susahkan jaga anak kembar sendiri.  Susah, memang susah.  Tapi besarkan anak, sekali seumur hidup.  Kalo 4 anak, 4 kali seumur hidup la kan (Get it? Hehehe)  Tapi I tak boleh fikir, even for a split second, yang kalau ditakdirkan Allah S.W.T , rezeki I tak baik, emmm.... Entah lah kan...

But then again, orang yang hantar anak pegi taska ada justification sendiri, macam tu gak la orang yang hantar anak dekat babysitter or choose to have maid.  Own preferences.  Tapi masing- masing mesti dah buat pertimbangan yang baik, kan?

Anyway... post takde isi... Sebab fikiran sedang huru hara.

Monday, February 10, 2014

Mak mak kite... kite kite..

Ewah.  Topik.  Takla mak- mak kite sangat.  Pasal kite kite juge :p


Kadang- kadang termangu jugak bila dengar orang bagi solid dekat anak sejak dalam pantang lagi.  Terfikir, kenapa la manusia ni buat macam ni.  Iyelah, orang tua ni kadang- kadang dia rasa dia dah succesfully besarkan anak (termasuk kite) sejak dulu, dia rasa dia betul.  Asal anak nangis je, cepat- cepat conclude anak tu lapo sangat, tak cukup susu ibu.  Kena bagi formula.  Ni takpe lagi.  Bagi formula kat anak does not make you a bad mom, yer.  Tapi bila kena campur nestum dalam formula tu seawal anak dalam pantang lagi, yes.  Emm bersyukurlah if you're one of those yang dah bagi nestumm dekat anak sejak dalam pantang, and nothing happens to your baby.  Orang tua, will always be orang tua.  You can't change that.  Kita yang bijak pandai, boleh membaca ni?  Takkan tak boleh nak baca tambah pengetahuan sikit?

Kita kena tahu, kalau bagi formula dan botol seawal kelahiran, susu ibu memang tak leh nak establish.  Kena tahu jugak, beso mana perut anak awak tu yang sampai tak puas susu ibu (atau formula) tu?  Tah- tah anak tu kembung, panas, nak kena peluk dengan ibu.  Pastu, anak awak tu boleh ke hadam nestum tu?  Fikir tak?  Jap g menda tu keras, tersekat dekat usus anak, camana?  Dia memang Allah dah ciptakan, hanya boleh hadam susu ibu sampai umur 6 bulan.

I sendiri dah alami pressure- pressure ni semua masa anak sulong.  Bila anak second ni mudah sikit, sebab premature so orang tak masuk campur.  Masa Ayesha,   balik jer rumah mak mertua terus tanya taknak bagi nestum ke?  Anak jiran sebelah sinun, sejak dalam pantang mak dia dah bagi nestum, kata nye.  I jawab je dengan ilmu yang ada, kenapa anak takleh makan nestum seawal usia belum masuk 2 bulan ni.  With my own mom, in fact, memang sangat stress sebab malam mula- mula balik dah conclude anak I lapar, kena bagi formula, sebab mak nye takde susu.  Inverted nipple.  Masa mak mertua pon sama, 'eh, susu badan je? Budak- budak ni dulu minum Dumex tu elok je membesar'.  Ewah.  Mak mak kite ni kan.  Diorang ni kadang- kadang ngalahkan doctor.  Tapi takpelah kan, walaupon ade angin- angin panas kat situ, Ayesha dah beso dah pon hehehe.

Masa dengan taska pon sama.  Babysitter desak masa Ayesha 5 bulan.  Dia cakap Ayesha lapo dah ni, nak makan.  Bila orang lain makan, pecap pecappp mulut nye.  Ewah iyer.  Tau.  Kat rumah pon macam tu.  So, bawak Ayesha jumpa Paed masa umur 5 1/2 dan complaint dekat Paed.  Paed cakap babysitter malas nak panaskan susu badan ler tu.  Yer jugak kan.  Hehehe.  Budak yang dah makan sure tak menyusu kerap?  It is for the same reasons yang orang dulu- dulu cepat- cepat conclude anak tak kenyang minum susu badan!  Susu badan ni cepat hadam, so budak akan jap jap uwekkk lapo. uwekkkk nangis lapo.  Tengah malam uwekk lagi.  Iyer.  Sebab perut dah kosong, susu dah diproses.  Kita ada ilmu ni.  Orang tua, tidak.  So jadi tanggungjawab kita lah nak jelaskan kat diorang?  Kadang- kadang nenek- nenek ni sibuk nak bagi formula lagi satu sebab, sebab diorang yang sibuk nak bonding.  Hehehe.  Nak participate menyusukan anak tu.  So mak mak yang tak kuat nak pertahankan susuan badan, memang akan kalah :)

Camana ek nak tau anak kite ni dah ready ambik solid (made into puree).  Antaranye:
1) Kalau anak dah boleh duduk tegak / kepala dah tegak.
2) Dah boleh co- ordinate mata, tangan, mulut so bila tengok makanan, dia boleh pegang makanan tu untuk suap ke mulut.
3) Boleh telan makanan yang disuap.  Anak yang belum ready, dia akan tolak semula makanan tu keluar dengan lidah.  

Tanda- tanda seperti mengunyah tangan, minta makanan pada adults, kerap bangun malam, mintak susu lebih, bukan tanda- tanda anak dah ready nak makan yer, mak mak....

Harap- harap mak mak muda ni rajin- rajin la membaca tambah ilmu.  Google.  Tanya pada yang pakar.  Mintak jangan lah berharap semata- mata apa yang mak - mak kite ni suruh atau ajar.  Pantang larang, tindakan orang tua- tua ni sebab diorang dulu takde exposure atau informasi pasal menda- menda ni semua.  So jom jadi parents yang lebih bertanggungjawab dan find out, ok atau tidak tindakan kita tu.


Sunday, February 02, 2014

Budaya Membaca

Mommy loves to read. Anything that she gets her hands on, and at any time yang ada (which is not much i guarantee you).  Memang sejak kecik lagi, sampai dulu2 baca sambil makan.  Sampai Abah marah hihihi. 

Disebabkan minat membaca ni la I want my kids to have the same interest.  Memang since Ayesha kecik lagi dok beli buku untuk dia hihihi. 

Eh tapi kids when they (konon nye) read, memang bersepah.  It drives me crazy all the time.  So when I read on Dr Harlina's barelysupermommy blog that you're suppose to just let them sepahkan to encourage them to read, I tried the same thing at home.   Kena tahan jerla.. according to Dr Harlina (and this is suggested by yang pakar), you're suppose to leave the books messy. Let kiddos choose what they wana read.  Clean-freak mommy alert.   Not recommended for those with OCD. Lol.

So here goes... buku bersepah (ni tahap minima sebab dah kemas sikit2. Tak tahan woo mata ni) demi encourage anak-anak cintakan buku... whether they really love reading or not lepas implement step ni... ah well, yet to be proven sebab baru implement hari ni kot heheh.