"There are two types of people from the people of the hell-fire whom
I've never seen before. A people who had whips like the tails of cows
beating the people with them. Women who are dressed but naked. Those who
sway and cause others to sway, whose heads are like the humps of
camels. They will not enter into paradise nor smell its fragrance,
although its fragrance can be smelled from the distance of such such."
Saheeh Muslim # 2128 (5633).
Search This Blog
Showing posts with label Religion. Show all posts
Showing posts with label Religion. Show all posts
Thursday, September 27, 2012
Wednesday, August 01, 2012
Kenapa Ramadan sentiasa tentang, what to eat next?
Limpahan rezeki di bulan Ramadan... |
Iye, bunyi nye memang macam salah tapi tu lah pon kebenaran nye buat segelintir umat Nabi Muhammad S.A.W. Selain dari bulan mulia yang mana kita nak sambar peluang beribadat, dan berbuat baik kerana gandaan puasa ni, kita tak terlepas jugak la dari berfikir, 'nak makan ape yerrrr berbuka esok...' errrr, bukan petang ni tau, petang ni dah plan semalam. Esok punye. Hahahaha.
Ni bukan mengata tak tengok cermin yer, sebab aku pun macam tu gak... Selalu dok pikir nak masak apa ni, nak masak apa ni... Nak buat kuih apa ni... Nak apa nak apa.... Ermmm... Tu belum di kira lagi dosa membazir makanan SELEPAS berbuka tu. Ni dok kerana pikir makan apa makan apa la ni.
Haih... Aku rasa nak muhasabah diri sikit, dan renung- renungkan erti Ramadan yang sebenarnye. Gamaknye orang- orang miskin kat luar sana, berpuasa sepanjang hari kot tanpa privilege memilih apa nak makan untuk berbuka? Mungkin ada yang makan nasi kosong if they're lucky enough. Apa yang aku buat selama ni, salah... dan kalau salah tu kena betulkan lah yer tak... Jadi jom la sama- sama kita berazam, memperbaiki Ramadan kita k... Kearah yang lebih baik. So kalau aku terlebih excited pasal makanan, do remind me.
P/S: Hari ni nak bakar ikan pari, kepah dan ayam goren jer for Iftar. Dah plan semalam. Hadoiii.
Wednesday, July 25, 2012
Ramadan Kareem!
Rasanya tak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat berpuasa pada 5 Ramadan, or is it? Takpelah kalau terlewat buat entry pun, yang penting bahagia :-)
![]() |
Image source: freedigitalphotos.net |
Dah 29 tahun menempuh Ramadan (ok +- la kan zaman baby tak tau apa-apa tu). Tapi rasanya ini adalah Ramadan paling bermakna, Ramadan yang paling kuat untuk aku. Cuma aku je la yang tau kenapa, dan takyah la nak cerita kat sini pun.
Apa pun aku bersyukur ya Allah, kerana Engkau memberikan aku peluang bernafas sehari lagi menempuh bulan yang mulia ni. Kerana Engkau membuka pintu taubat bagiku, kerana membuka ruang untuk aku sedar yang hidup ini bukan untuk selamanya. Kerana aku tidak sempat untuk tersungkur jauh baru sedar. Terima kasih kerana kasih Mu pada hamba yang hina ini.
Semoga puasa dan ibadah ku tidak sia- sia. Semoga Ramadan ini memang, yang lebih bermakna dari yang sebelum- belumnya... Dan biar ia kekal begitu...
Wednesday, April 25, 2012
Ustaz Don in the house!
![]() |
Ni kira tahap takleh zoom dahni. Nampak tak Ustaz Don pakai suit hitam dan tie merah? |
Kalau ada tengok tv Al-Hijrah mesti korang kenal Ustaz Don. Slot yang aku biasa tengok hari Selasa, 9:30 malam kat TV Al-Hijrah, 30 minit bersama Ustaz Don (aku rasa +- iklan tak sampai pun 30 minit). Tapi slot +- 30 minit tu memang aku hargai sangat- sangat sebab dapat le belajar agama sikit- sikit.
Kebetulan semalam surau office aku adakan majlis ilmu selama 1 jam dengan beliau. Apa lagi, balik office la taknak lepaskan peluang. Ustaz Don cakap pasal aurat, aurat lelaki dan perempuan. Memang dah kena sangat dah, bagi seorang yang macam aku yang susah sangat nak tutup aurat ni. Pengajaran paling berharga.
Antara pesanan Ustaz Don (tidak menurut turutan):
1. Orang Islam kena tutup aurat, berhias dan bertakwa.
2. Wajib kita kemaskan diri kita jangan biar selebet je sampai orang tak lalu tengok.
3. Orang lelaki kena jaga mata. Pompuan plak kena lah tutup aurat jangan bagi mata lelaki terbeliak.
4. Tapi dalam zaman modern yang mungkin susah nak jaga mata sebab pompuan buka aurat berleluasa, jadi jagalah 'kemaluan'. As in, jangan berzina.
5. Pompuan toksah la pakai tudung style nampak subang kat telinga. Accesories yang boleh nampak adalah seperti subang, jam. Tapi subang toksah la tunjuk (bagi pemakai tudung yang terkeluar telinga nak tunjuk subang).
6. Tudung bonggol unta pon toksah la.
7. Jangan pakai baju ketat! Ooopsss.
8. Lelaki aurat dari pusat ke lutut, so pakai seluar 'seteng' pon boleh la. Tapi dalam arus modern ni dinasihatkan, pakai lah baju kalau mungkin badan tu boleh bikin wanita tertawan. Toksah la buka baju.
9. Pakai apa pun, berhias macamana pun, janji menepati apa yang dituntut syariat. (Contoh: tudung menutupi dada dan sebagainya.)
10. Ada cerita sikit pasal kahwin, dan dia nasihatkan ibu- bapa untuk tolong anak- anak yang nak berkahwin. Bila sampai umur yang boleh berkahwin, kahwin kan. Toksah nak tunggu duit banyak la, habis belajar la. Boleh elakkan zina berleluasa.
Tu antara yang beliau huraikan. Seronok jugak dapat ikuti majlis ilmu macam ni. Memang menarik! Terbaik!
Wednesday, February 22, 2012
Buatlah walau..
Petikan kata- kata Ustaz Azhar Idrus:
Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa...
Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa...
Solatlah walaupun keadaan terpaksa...
Puasalah walaupun keadaan terpaksa...
Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?
Hidayah… bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.. InsyaAllah...
Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke dalam mulut.. Kan?
P/S: Pesanan untuk diri saya sendiri
Tuesday, February 21, 2012
Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu” Al-baqarah: 233
Aku agak tertarik dengan kisah penyusuan anak angkat ni, sebab ada juga beberapa orang yang aku kenal samada berniat untuk mengambil anak angkat, dah ambil dan berniat nak menyusukan dan juga tak kurang yang contemplating untuk ambil anak angkat disebabkan hukum hakam yang mungkin tak jelas bagi sesetengah pihak.
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
Aku agak tertarik dengan kisah penyusuan anak angkat ni, sebab ada juga beberapa orang yang aku kenal samada berniat untuk mengambil anak angkat, dah ambil dan berniat nak menyusukan dan juga tak kurang yang contemplating untuk ambil anak angkat disebabkan hukum hakam yang mungkin tak jelas bagi sesetengah pihak.
Ibu yang mengandungkan kemudian melahirkan, of course lah soal penyusuan tu tak jadi masalah, cuma yang perlu kita tahu mungkin dari hak untuk mendapatkan kebenaran suami sebelum menyusukan anak orang lain. Dan kita juga mungkin sedia maklum dari segi hukumnya kalau kita ambil anak angkat, bagaimana aurat kita suami isteri dengan anak tersebut. Tapi yang aku ada sikit musykil kat sini tentang trend ibu- ibu tidak berkahwin yang menyusukan anak. Bagaimana hukumnya?
Hari tu ada dengar ceramah, seorang ustaz ni berkata yang kalau hendak menyusukan anak, kena la dari wanita- wanita berkahwin. Wanita mesti berkahwin baru boleh keluarkan susu. Jadi saya interpret kat sini melalui ceramah tersebut bahawa wanita- wanita bujang, kalau adopt TIDAK BOLEH menyusukan anak dari payudara beliau dengan menggunakan bantuan perubatan, betul?
Anyway kita ni bukan alim ulama' nak bercerita panjang lebar tentang hukum hakam agama ni, namun saya agak tertarik juga dengan link yang di share seorang sahabat di twitter tentang fatwa penyusuan anak angkat ni. Kalau dah fatwa, buat apa nak disangkal lagi ye tak? Dah datang dari yang arif- arif. Cuma yang aku nak mintak sekarang ni, sedikit komen dari kawan- kawan. Apa pendapat korang?
Berikut adalah fatwa yang nak saya share kat sini, source: Portal Rasmi Fatwa Malaysia
Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.
Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.
Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.
Thursday, November 24, 2011
Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu
Assalamualaikum,
Saje buat berkongsi kawan- kawan. Pertama kali I read this article was sent to me when I planned Ayesha Amani's bercukur jambul. Tak salah kalau saya kongsi dengan rakan- rakan buat ilmu pengetahuan, ye tak? Please read on :-)
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.
Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.
“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.
Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.
Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.
“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.
Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.
Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.
Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.
“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah
sejak masih kecil,” tegas beliau.
Adat cukur jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.
Adat berendoi
Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut
Friday, September 30, 2011
Hukum atau trend....
"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu- pintu masjid. Wanita- wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita- wanita yang terlaknat" - Hadith Riwayat Ahmad
Aku ni bukan ustazah nak elaborate bebanyak hehehe. Sebab diri sendiri pun sangat lemah dan tengah membaiki apa yang perlu. Jadi semuanya hanya untuk peringatan diri sendiri saje yer. Sebagai research dan peringatan untuk diri sendiri je. So bila terasa macam nak buka tudung, atau bertudung lebih dari biasa, rasa macam kena istigfar banyak- banyak.
Dulu tak bertudung dan nak menurut tuntutan Agama, mula bertudung. Tapi kadang- kadang lupa diri bila tenggelam dalam fashion hijab yang bermacam- macam ni. Ada orang pakai style Dato' Siti (style tudung saji), ada Hana Tajima, ada style Yuna, dulu ada style Wardina, ada pesen tudung Ekin Mawi, tudung bawal, dan macam- macam lagi lah kan. Dalam keseronokan aku nak melayan tu semua sebab konon nak 'motivate' diri bior bertudung (padahal api neraka yang panas tu kira dah motivasi paling kuat dah tu), aku selalu gak terbaca tentang wanita- wanita dan tudung mereka. Ada yang takde bonjol tapi pakai sanggul palsu, macam- macam lagilah.
Tentang hukum tudung bersanggul ni pun satu, maybe ramai yang tak sedar. Kekadang tu rambut pendek, tapi siap beli inner yang ada sanggul palsu. Takpun, siap diikatkan selendang kat hujung anak tudung untuk create gaya bersanggul. Iyelah, sebab rambut pendek kan. Padahal sanggul tu, kalau diikat tinggi sampai menarik perhatian orang ramai dah jadi haram dah tu. Lagipun, errrmmm lawo kerrr ada bonggol kat atas kepala? Allah dah jadikan kita manusia, nak jadi unta plak yer?
Dan kalau teliti semula ayat- ayat yang diturunkan oleh Allah SWT tentang memelihara auratnye, salah satunya..
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: 'hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera- putera mereka, atau putra- putra suami mereka, atau saudara- saudara- saudara laki- laki mereka, atau putera- putera saudara laki- laki mereka, atau putra- putra saudara perempuan mereka, atau wanita- wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki atau pelayan- pelayan laki- laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak- anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Surah An-Nur.
Rasa macam takyah nak hurai banyak- banyak dah sebab ayat kat atas ni dah terang- benderang cakap tentang aurat wanita, dan perhiasannya. Bagi aku, Islam ni lebih kepada moderation. Semua kepada kesederhanaan, betul tak? Jadi sanggul tinggi pokok kelapa bukanlah kesederhanaan yer tuan- tuan dan puan-puan hihihi.
Satu lagi reference tentang aurat ni... Hiss yang ni aku goyang sket bila baca, sehingga tak dapat mencium bau syurga. Huwaaaa.... Takut nye. Tak mau jadi penghuni neraka. Tak mau jalan berlenggang- lenggok, tak mau bercakap tutur lemah hingga menggoda, tak mau sampai perbuatan kita membawa orang lain hingga melakukan maksiat.
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim.
Jelasnya, pakaian yang dimaksudkan kat sini mestilah dari kain yang labuh dan juga tebal kan. Tak sampai menampakkan susuk tubuh, dan sampai orang boleh teka underwear cap apa ko pakai. Pasal bonggol pon ada di sebut gak tu. Hisss tapi kenapa ramai gak yang berbonggol sekarang?
Nampak gayanya nak kena 'refresh' wardrobe ni bagi menjadi muslimah yang lebih baik dan diredhai. Nak ikut syarak, dan berpakaian dengan cara yang betul. Ya Allah, Kau lontarkan jauh- jauh bisikan syaitan durjana yang hanya tahu menghasut. Yang kemudian hari akan mentertawakan aku sebab berjaya menghasut aku kejalan yang sesat. Semoga jauh bisikan itu dan semoga lebih kuat semangat aku untuk menutup aurat. Amin, amin, ya rabbal al-amin...
Jangan jadi anak derhaka....
“And your Lord has commanded that you shall not serve (any) but Him, and that you shall show goodness to your parents. If either or both of them reach old age with you, say not to them (so much as) “Ugh” nor chide them, and speak to them a generous word.”
Noble Qur’an, Surat Bani Isra’il (17) Verse 23
Assalamualaikum.
Hanya untuk peringatan diri sendiri. Ermm kekadang kita ni tak sedar yang kita dah derhaka terhadap kedua ibu bapa kita. Kita tak sedar dengan perkatakan 'Ah', 'uh', dah tersinggung kedua ibu- bapa kita, tak cium bau syurga lah kita. If I looked back, zaman rebellious dulu, zaman remaja yang konon nye muda dan modern dulu, banyak sangat menyinggung hati mak. Dan sekarang ni dah ada anak sendiri, haih.... cuba bayangkan kalau anak sendiri buat macam tu. Rapuh, retak nye hati. Ya Allah, ampunkanlah dosa- dosa ku pada kedua ibu bapa yang lalu. Mak, Abah... dah berkali saya mintak ampun, dan berkali juga Mak dan Abah tak bosan mengampuni saya...
Saya nak berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya. Dua orang tua yang dah membelanjakan saya ke sekolah, merawat saya ketika sakit, yang berkongsi kedukaan saya.... Yang tak pernah lupa membantu saya dalam kesusahan. Dua orang tua yang mungkin sentiasa saya merasa jengkel bila pendapat tak sama, namun dua orang tua itulah yang tak tidur malam menjaga saya, mungkin juga mengikat perut nak membesarkan saya dulu. Dua orang tua yang pernah melupakan mimpi dan keinginan sendiri, demi keinginan anak- anak mereka. Ya Allah, jauhilah saya dari menjadi anak derhaka.
Ermm takleh nak teruskan post ni sebab dah bergenang air mata. Salam Jumaat.
Saya nak berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya. Dua orang tua yang dah membelanjakan saya ke sekolah, merawat saya ketika sakit, yang berkongsi kedukaan saya.... Yang tak pernah lupa membantu saya dalam kesusahan. Dua orang tua yang mungkin sentiasa saya merasa jengkel bila pendapat tak sama, namun dua orang tua itulah yang tak tidur malam menjaga saya, mungkin juga mengikat perut nak membesarkan saya dulu. Dua orang tua yang pernah melupakan mimpi dan keinginan sendiri, demi keinginan anak- anak mereka. Ya Allah, jauhilah saya dari menjadi anak derhaka.
Ermm takleh nak teruskan post ni sebab dah bergenang air mata. Salam Jumaat.
Wednesday, September 14, 2011
Hijab, syaitan dan aku...
Alhamdulillah, it has been 8 months I'm wearing my Hijab and learn to dress modestly. Walaupon masih mempunyai cacat cela, tapi aku berdoa sangat- sangat semoga Allah kekalkan Hijab ini di atas kepalaku. Aku berdoa semoga Allah kuatkan hati untuk aku terus memakai nya. Akhirnya Allah bukakan hati dan akal aku untuk menerima bahawa menutup aurat itu WAJIB! Tiada excuse, ready or not.
Walaupun dalam keadaan baru-baru ni macam- macam juga dugaan dan godaan syaitan aku hadapi. Agaknya godaan syaitan nak mematahkan semangat aku,tak?
Dah bertudung, susah nak berfesyen katanye. Bila abah plak buat remarks,"eh,awak ni..orang gaji pulak lebih 'smart' dari awak"... Iyelah,dah pakai tudung ni aku pakai loose clothing, dan try as much untuk pakai baju labuh bila keluar. Maid aku plak size XL tapi pakai baju size M, makanye dia nampak lagi bergaya kot.
Bila pakai tudung pulak, anak duk tarik-tarik tudung. Haihhh rimas katanye...
Lepas tu kalau basuh rambut, tetiba kena keluar. How??? Habisla kelemumur rambut tu.
Cuaca panas ni, nak kena bertudung litup. I mean, seriously??? Panas wehhh.
Pastu bila tengok wardrobe tak cukup lagi baju-baju sopan dalam wardrobe ni? Macamana la? Maybe aku tersilap langkah? Maybe I should've shopped for decent clothing first, then consider wearing tudung?
Tapi... Ada ke sesape paksa kau bertudung in the first place? It was your own choice!
Itulah dia bisikan syaitannn ye tuan tuan dan puan puan. Dia tak bagi ingat yang, bertudung tu wajib. Kan wanita yang sudah akil baligh di wajibkan menutup auratnya kecuali muka dan tapak tangan? Tutup semua kecuali yang zahir? Haiiiihhhh kuatnyeeee bisikan setan aku ni yer... Ya syairan, jauhkan la diri kau dari aku. Jauhkan la bisikan kau tu dari telinga aku. Aku benci kau. Nyahhhh kau jauh-jauh.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Walaupun dalam keadaan baru-baru ni macam- macam juga dugaan dan godaan syaitan aku hadapi. Agaknya godaan syaitan nak mematahkan semangat aku,tak?
![]() |
Gambar hiasan... Kanak-kanak sesuci kain putih, dibentuk menjadi Muslimah yang baik. |
Dah bertudung, susah nak berfesyen katanye. Bila abah plak buat remarks,"eh,awak ni..orang gaji pulak lebih 'smart' dari awak"... Iyelah,dah pakai tudung ni aku pakai loose clothing, dan try as much untuk pakai baju labuh bila keluar. Maid aku plak size XL tapi pakai baju size M, makanye dia nampak lagi bergaya kot.
Bila pakai tudung pulak, anak duk tarik-tarik tudung. Haihhh rimas katanye...
Lepas tu kalau basuh rambut, tetiba kena keluar. How??? Habisla kelemumur rambut tu.
Cuaca panas ni, nak kena bertudung litup. I mean, seriously??? Panas wehhh.
Pastu bila tengok wardrobe tak cukup lagi baju-baju sopan dalam wardrobe ni? Macamana la? Maybe aku tersilap langkah? Maybe I should've shopped for decent clothing first, then consider wearing tudung?
Tapi... Ada ke sesape paksa kau bertudung in the first place? It was your own choice!
Itulah dia bisikan syaitannn ye tuan tuan dan puan puan. Dia tak bagi ingat yang, bertudung tu wajib. Kan wanita yang sudah akil baligh di wajibkan menutup auratnya kecuali muka dan tapak tangan? Tutup semua kecuali yang zahir? Haiiiihhhh kuatnyeeee bisikan setan aku ni yer... Ya syairan, jauhkan la diri kau dari aku. Jauhkan la bisikan kau tu dari telinga aku. Aku benci kau. Nyahhhh kau jauh-jauh.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Thursday, August 18, 2011
Sharing: Ciri2 lelaki dan wanita idaman Syurga
Tadi baru dapat email tazkirah dari bos aku kepada staff di department kami. Nak share sikit apa yang dia hantar sempena bulan mulia ni, ok...
Subscribe to:
Posts (Atom)