Showing posts with label Just Saying. Show all posts
Showing posts with label Just Saying. Show all posts

Tuesday, June 24, 2014

Orang Malaysia

Bila kes Adik Firdaus dijumpai dalam keadaan kurus kering, seluruh Malaysia terkejut dan melaknat the mother of the OKU boy.  Seluruh Malaysia seperti biasa jadi 'keyboard warrior'.  Hebat.  Tepuk Tangan.

Kalau belum tau cerita, adik Firdaus seorang yang menghidapi Cerebral Palsy, 15 years of age was found in a rush by Jabatan Imigresen di Flat Semarak N9 dalam keadaan kurus kering dan tak terurus.  Masa dijumpai tu, his mother was working.  How was he then found by Imigresen?  Apparently ada aduan tentang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), namun instead of PATI, adik malang ini yang di jumpai.

Read berita selanjutnya here
(Snapshots from Berita Harian Online)

Tidak mengiyakan apa yang si Ibu mungkin dah lakukan, mengabaikan atau tidak menguruskan anak ini dengan baik, I choose to NOT JUDGE.  How much better a mother or a person are you bila mengata orang, mulut berbunyi tapi takde apa pon yang kau lakukan/ dapat lakukan untuk membantu.  Bila dah kantoi, wahhh si ibu jahat.  Si Ibu celaka, tak guna, binatang.  Kau yang sebelum ini pernah ambil tau tak apa yang berlaku pada keluarga diorang?  Bila kita bersuara, untuk tidak mengecam si ibu, di anggap pulak kita setuju dengan apa si ibu lakukan.  Di print screen kan pula FB Ibu yang ada gambar selfie pakai tudung merelip relippppp gitu, mungkin nak mengatakan si Ibu tak layak dapat simpati.  Mungkin.  I can't read people's mind.  Tapi sambil tangan kau jaguh menjadi keyboard warrior, apa lagi?  

Look at it from the bigger picture.  Instead of finger pointing, make things right.  Don't judge.  Everyone have their own stories.  Tapi cuba kita lihat dari apa yang Malaysia ada dari segi welfare untuk orang OKU.  Sistem pendidikan khas, bantuan, berapa lama sesuatu aduan OKU tu ditangani, facilities untuk OKU dan sebagainya.  Macam I cakap tadi, tidak pula mengiyakan apa yang Ibu ni buat... tapi kalau anak OKU itu mendapat perhatian sewajarnya mungkin tak terjadi macam tu.  Ditambah dengan kesempitan hidup si Ibu, dan tiada bantuan (mungkin beliau tak minta... atau dah minta namun lambat), maka keadaan menjadi buruk.  
I have an OKU brother.  He had been paralysed since after a few weeks he was born, akibat Cerebral Palsy.  Our family had experienced the differences of Malaysian system than those overseas when it comes to OKU.  Dulu masa di Wales dan London, wow.  Special treatment.  The welfare department found our family, asked my brother to be registered for school dan diberi bantuan selayaknya, tak kira my Dad berkemampuan atau tidak.  Percaya atau tidak, bantuan adalah untuk Si OKU, bukan untuk si Bapa!!! Lain pulak di Malaysia, bila daftarkan OKU dan minta elaun OKU untuk adik I ni, tak dapat sebab si Bapa mampu!  I repeat, bantuan yang di minta untuk si OKU, bukan untuk Bapa.  Rasanya bertahun- tahun Abah cuba minta, untuk masa depan Acik (my brother) jugak... tapi bila pegawai JKM datang rumah, mata melilau seolah nak kata, wah rumah besar apa jenis bantuan kau nak ni...?  Sampai akhirnya tahun lepas, dah dapat duit elaun OKU tu... hasil apa... hasil PRU!!! Jangan tak percaya, percayalah.... orang nak pancing undi sebab risau pengundi berpaling tadah sebab ada perubahan calon dalam parti.  Itulah hakikat orang Malaysia.   

When we were in the UK, my OKU brother went to school. For free.  My mother was given all the necessary equipment to care for him, a 'lift' to lift him mandi la etc, a ramp to help push his wheel chair from our apartment, a custom made wheel chair, custom made shoes to help shape his feet, physiotherapist would come to our house every week to perform physio, and taught my mom the same.  Learning apparatus to make sure he is exposed to the necessary learning environment.  All for free.  And remember, they found us.  Kita kat sini tak mampu nak bagi free lagi... bayar pun takpalah, tapi our care belom sampai ke tahap itu pon.  And what's being done about it, please, do enlighten me.  Dulu my Dad used to drive for hours dari Kampung Kerambit (Kuala Lipis) to Kuantan to make sure my brother dapat physiotheraphy di satu pusat di Kuantan ni.. This was before UK.  It was hours of driving weekly, he was just a school teacher and had 5 other kids to raise, and his work responsibility to fulfill to put rice on our plate, I believe that in the end, he gave up.  So we stick to berurut secara kampung.  

Tu belum cerita other expenses like diapers (which he is still wearing sampai sekarang), special food and medical (if any).  Begitulah susah nya nak raise OKU.  Ni datang dari keluarga yang mampu, Alhamdulillah.  Berdua, him and my mom.  Imagine, seorang, ada kekangan kewangan dan masa.  Please.  Try.  

Ni tak cerita kekurangan facilities OKU dekat Malaysia ni!  Kadang- kadang naik train pon takde announcement dah sampai destinasi, satu hari tu aku sampai terfikir, macamana OKU penglihatan yang naik sama aku ni managed to know where he was suppose to get off?  Dengan kadang-2 escalator takleh naik, lift tak berfungsi.  Setengah kawasan, pram anak pon tak muat nak lalu inikan pula wheelchair?  Berapa banyak parking OKU yang available yang tak disalah guna?  Pemandu Malaysia yang tak berhati perut bila lampu merah pon jalan juga, what if ada orang cacat penglihatan lalu jugak assuming people have stopped?  Ni lah orang Malaysia!!!

Tu belum cerita pasal minda masyarakat kita bila tengok orang cacat.  Ada yang dengan pandangan menggelikan.  Eurggghhh katanya.  Adik I tu, ada orang gunakan dia untuk takut kan budak- budak supaya jangan nakal bila datang rumah.  Ada orang mungkin geli datang rumah sebab air liur beliau meleleh je... Kalau belum lali, memang berbau!  Minda orang Malaysia, pathetic. Yang salah gunakan orang cacat atau pura- pura cacat untuk menagih sedekah pun ada... 

Tapi bila cerita Adik Firdaus keluar wow... semua pandai.  Semua jadi pakar.  Semua jadi Pak Menteri.  Padahal Pak Menteri diam saje... Sudah- sudahla tu korang... Instead of just walking, why don't you walk the talk.  Sumbang kan baju baru untuk adik tu ke... Bagi cash dekat dia ke untuk bantu dia.  Do it for him if you hate the mother that much.  If not directly for him, do something, one small thing everyday untuk bantu keadaan.  Bantu one OKU anywhere... Jangan abuse facilities OKU... Dan sentiasa cuba baik pulih facilities yang ada.  Come on Malaysian.  Cut the crap.  Do something meaningful.  As small as berzakat, memberi pada yang perlu, membantu pada yang memerlukan... 

#Panjang lebar ni  sebab ada rasa kecewa.  Tapi tak terluah di post ni... I pledge to myself that I be a better Mom, a better Malaysian and Muslim.  

Friday, June 06, 2014

Mother that I am... was...

One of those days I feel suck as a mother.

I love you, kids.  With all my heart.  May God the Almighty forgive me for being the type of mother I was and provide strength and guidance to be the mother I need to be.

Nobody ever told me that mother was THIS hard.


Tuesday, March 11, 2014

MH370 Kembalilah...

Photo Source: Mr Google la of course.
Belum sempat nak digest berita DSAI dipenjarakan, dikejutkan pulak dengan berita 'kehilangan' aircraft #MH370.  Something yang, mengejutkan, menyedihkan, mendebarkan, dan meninggalkan pelbagai spekulasi baik mahupun buruk.  Mostly, buruk.

Inilah dia minda orang Malaysia ni.  Isk.  Tujuan post I ni bukan nak buat analisis ke, jadi ustazah segera ke, hape ke.  Tapi nakkkkk jugak komen dengan minda orang Malaysia yang suka memperbodohkan diri, dan tak kurang juga yang kurang sensitif.  Blog ni kan wall meluah perasaan I.

Ada macam- macam pendapat tak bertauliah ekoran 'kehilangan' #MH370.  Ada pendapat ia meletup di udara, ada yang kata terjunam ke lautan, ada yang kata berkait rapat dengan terrorism (rasanya yang ni paling kuat sekarang), ada yang kata ni la balasan Allah pada hamba Nya sebab MAS hidang arak dan pekerja tak tutup aurat (see, tak sensitive... Kau ni Tuhan ke nak judge orang), tak kurang juga yang kata ini konspirasi negara barat tertentu... yang buat lawak sengal pasal ni pon ada. Tak kurang la blogger gila glamer yang dok post macam macam.  Hemmm.  Ok, as a Muslim, I won't deny 'balasan Allah' di dunia, atau, mungkin ada hijab yang menutup, atau tentang dunia ghaib, etc.  But maybe we should keep the thoughts to ourselves?

Instead of mendoakan mangsa-mangsa MH370, kita bazirkan masa mencipta macam- macam teori.  Masa ni lah timbul nye semua pakar- pakar teknikal palsu, ustaz ustazah segera, tok bomoh- tok bomoh menyesatkan akidah, pihak-pihak yang cuba memecah belah mengikut pemahaman politik.  C'mon you guys.  We are better than that, no?  Kenapa ni, kita nak main game menuding jari ni?  Kau ni tak kesian ke, kat keluarga mangsa (I hope, bukan 'mangsa' but rather, 'pihak terlibat', inshaAllah.  Walaupon takde sesiapa directly related to you, atau you kenal, cuba ada empathy pada mereka.  I am a mother, I can't imagine losing any of my child.  I am someone's daughter, I can't imagine having lost any of my parent to such tragedy.  I am someone's wife, a friend of someone else's out there.  No.  I won't even finish the sentence.  Boleh tak... Kau yang sengal kat luar sana, cuba put yourself in their shoes, dan cuba ada rasa sedikit simpati?

Tengok news pon satu hal.  Dah sampai fikir, iskk.  Takde perasaan ke reporter ni tanye macam tu pada keluarga yang terlibat #MH370 ni?  Contohnye, bertanya 'apa perasaan anda kehilangan anak?  Sedih? Terkejut?.'  Hilang akal agaknye reporter tu, tanye soklan macam tu.  Kalau tanya kat I, harus la kena sekolah.

Biar pihak yang professional jalankan tugas diorang.  Apa yang kita semua boleh buat kat sini?  Doakan.  #PrayForMH370.  No matter what religion you are.  Islam, Hindu, Buddha, Christian.  Perform your prayers, and pray for those involved.  Pray also for the family members to be at ease.  Let's all.  Let's unite. Pray for the best.

Friday, November 30, 2012

Career

Kenapa lah aku pilih career yang banyak menulis ni.  Huwaaaaa.  Perlu mencari ilham untuk menyiapkan report ni.

Ilhammm... ILHAM.... Ilhammmm kemarilah kau...

Photo Courtesy of www.freedigitalphotos.net

Tuesday, November 20, 2012

Mengantuk

OK seriously kena admit yang aku memang dah laaama tak berjaga macam ni.  Dah preggy for how long?  15 weeks kot kan?  So lebih kurang gitu jugak la kelamaan tidak berstay up...


(Photo courtesy of Michelle Meiklejohn/ Freedigitalphotos.net)

 
Tengok Koala tu pon ngantuk ZzzzZZZzzzz.  Malam tadi sebab desakan kerja.  Tapi kalau tidak pun sebab desakan kerja, dua tiga hari ni memang susah nak tido.  Ermmm the truth is, aku tengah alami menda yang sama aku alami masa mengandungkan anak pertama dulu.  Masuk jerrr second trimester, masalah tak selesa tido pon bermula.   

Belakang dah mula berdenyut- denyut.  Pusing kiri salah.  Pusing kanan pun salah.  

Kaki cramp.  Especially belah kiri.

Kepala sakit, ouch ouch ouch.

Nak terkencing almost every hourly lah.

Mengantuk tapi simply tak leh lelap?  

Rasa kelaparan yang amattttt sangat mengganggu perasaan nak tido.

Ni memang antara benda- benda yang aku alami dulu.  Paling aku tak tahan part sakit belakang dengan cramp tu ler.  Mak aiiiiii terjerit- jerit aku dulu sampai Mr Ah Bob tanye, 'naaaape yang nak beranak ke? nak beranak ke?'  At 6 months... Yang tu, tido bantal banyak kat kaki pon doesn't help.  Minyak panas pon doesn't help.  Resting pon doesn't help.  Doc cakap maybe awak ni kurang calcium kottt.  

So agenda tengahari ni bukan mencari makan, tapi mencari napsu tido.  Tido kol 5:30 am this morning didn't help.  Woke up for Subuh just to realised I was sleeping on my tummy, aduhhh cramp rasa.  Kecian baby kena himpit dengan Mommy gomoksss hehehe.  

and to sleep I go...

Saturday, August 25, 2012

Pakaian

Rasanya it is time Mommy learnt her lesson.  Tak payah la bila ada rezeki lebih sikit nak beli pakaian branded untuk anak, sebab in the end Mommy ended up frustrated, angry.  You know why, sebab kalau tak Maid kat rumah ni yang merosakkan pakaian, anak sendiri yang rosakkan.  Takyah nak stylo mylo ke hape ke.  Pakai je baju cap ayam nak oiii.

Take for example her Guess white t-shirt which I bought her, habis dibelasah Maid campur skali dengan pakaian luntur.  White tee dah jadi pink.  Sedangkan dah bagitau banyak kali that particular tees (2 of them) had beads on 'em dan perlu di cuci tangan.  Tapi dia tetap campur dalam mesin.  Then I got to know sebab dia dah banyak kali rosakkan baju aku (including my silk) rupanye cara dia basuh senang je.  Ambik baju dan jirus semua dalam washing machine.  Wow.  Tu baru baju anak rosak, kalau baju aku lom kira lagi.  

Then dalam banyak- banyak kes anak aku merosakkan baju aku ingat her Hard Rock cafe aku beli masa kat Penang.  She ate ice cream and bammmm kena t-shirt tu.  Dah macam- macam cara aku try that t-shirt masih kotor.  

Latest, of course is of course one of the many baju raya, this particular one I liked so much.  Baru sekali pakai, dia pergi beraya dan belasah minum air oren, puas aku sental tak tanggal.  Pastu aku perasan blakang baju tu ada kesan bintik- bintik lubang macam kena makan api.  Aduhai.  Tension ok.  

Biarlah dia besar nanti, dia pandai beli baju sendiri dan tau nilai duit tu, biar dia beli sendiri.  Baru Mommy tak sakit hati.  Simpan je la duit bonus ke duit blanje raya ke duit claim ke duit gaji ke, masuk dalam ASB.  Takpon buat beli baju sendiri heheheh.  Aci tak.


Thursday, August 23, 2012

Tua

Terasa diri sangat tua bila merindui rumah, rumahku syurgaku... my little heaven, dimana aku dan suami berlindung dan menyediakan sanctuary untuk anak...

Teringat pulak kan kadang- kadang orang tua macam tu lah, bila duduk kat rumah anak- anak mula lah kepoh nak balik teringat ayam itik.  Aku takde ayam itik, cuma rindukan tempat tidur, aircond  ahhhh... dan juga freedom di rumah sendiri.

Macam ni rupanya perasaan orang- orang tua...

Friday, July 27, 2012

Mirror, mirror on the wall...

Mirror = cermin.  Kenapa mirrror atau cermin, sebab sebelum mengata orang sila lah lihat diri sendiri di dalam cermin.  Ada cantik??? Kalau kurenggg cantik, sila berhenti mengata orang.  Fix yourself before you fix others, dude.  

Tapi...
Sambil tengok cermin, tanya la, "mirror mirror on the wall, who's the most disgusting faggot of us all".  It's you.  It's always you.  The answer would be the same if you ask, "mirror mirror, who's the prettiest then?".  It'll still be you. So it really depends on you,  bila tengok cermin nampak apa?  Nampak snow white?  Nampak faggot?  Kalau kau perasan mesti nampak yang indah- indah.  Unless, of course ko memang indah hahaha.
Image courtesy of freedigitalphotos.net
Kesimpulannye, tanpa entry yang long winded I would like to stress here that your words will not put me down.  

P/S: Sempena Ramadan yang mulia ni I pun nak cuba gak berhenti bergossip.  Gossip artis takpe kot. 

P/S: Just saying, really...

Thursday, July 26, 2012

I am my own happiness


Note: This post is actually more for self reflect... Ditujukan khas buat diri sendiri... 

Maybe it is time we stop putting blame on others whenever we feel the slightest unhappiness in our lives.  Betul tak?  What made you unhappy?  Colleague? Suami? Neighbour? Kucing? Orang gaji? Everyday we come up with one excuse after another to make someone responsible for our feelings. Padahal, kita lah orang yang bertanggungjawab terhadap perasaan diri sendiri. 

Pernah tak kita tanya kalau- kalau mungkin diri sendiri adalah penyebab diri sendiri tidak bahagia?  That, maybe, if we do something about us, the way we hope for things, the way we react about stuff, the way we expect things to work for us, then kebahagiaan itu akan lebih terserlah buat kita?  Tau tak, you are the one who have made yourself very unhappy, bersedih kerana orang tidak menepati cita rasa you, bersedih kerana orang tidak mendengar kata you... bersedih kerana orang tidak menghormati you... bersedih kerana orang menipu you...

So now, what do we do to fix the prolonged feeling of unhappiness?  Try positive thinking sikit kot... Kena lah, mungkin kalau orang tak buat benda yang kita suruh dengan betul, mungkin tanya diri sendiri, 'aku ke yang tak bagi maklumat/ arahan dengan betul? '.  Atau bila rasa macam expectations were not met, did we maybe expected too much of someone whom we know have reached his or her own capabilities.  Terlebih sudah, gituuu...  Kita pun kena jaga hati dan perasaan sendiri.  Contoh: jangan cepat melatah, jangan cepat bersedih, jangan judgemental, kena lebih calm.  Dan kalau menyintai itu, jangan terlebih cintan.  Simpan lah sikit dekat diri sendiri.  Supaya bila anda kehilangan, anda tidak hilang segala- galanya.  Sebab bila dah takde sikit 'selfish' tu bagi I, itu yang parah tu.  Kena cuba sikit, bila terjadi perkara- perkara yang menyedihkan, try self- reflect.  What have I done to correct this?  What have I done to make this right?  Diakah yang bertanggunjawab kat perasaan engkau, atau engkau sendiri?

Just saying, really...

Thursday, April 26, 2012

Just saying...

Am just saying macamana la orang Islam nak maju... bank orang Islam buka kol 9:30 am.  Bank orang bukan Islam dah buka 8:45am tadi...