Showing posts with label Pre-school. Show all posts
Showing posts with label Pre-school. Show all posts

Monday, November 21, 2016

Ayesha leaving kindy soon!


This is a very personal post, saje nak merakamkan sikit memori anak pertama ni.  Kesayangan Mommy, Ayesha will only be in kindy for another week and then it'll be a longgg break before she enters the first year of primary school.  Semalam, 20 November 2016 Ayesha punya konsert terakhir di Kindy dah pun berlansung.  Siap terima scroll lagi hahaha.  So cute.  Masa Mommy dulu tak ingat pula ada ke tak.  Kena tanya dengan tok.  

Mana lah tau suatu hari Ayesha baca ni...

How does that make me feel, my eldest, yang ratu nangis masa kecik, yang sampai besar ada masalah sikit and tersedu- sedu mengadu kat Mommy, yang kalau tak puas hati apa sekali pun semua nye mengadu di bahu Mommy, bakal menjejak kaki ke sekolah rendah pulak.  Mixed feeling!!! She is my first, I know with her it is always emotional.  Bunyi ala- ala poyo aje kan hahaha.  Well, memang poyo pon.  Every milestones, every steps of the journey memang Mommy kenang sangat- sangat bila dengan Ayesha. The labour details, bila tumbuh gigi, bila patah gigi, bila makan, bila demam, pergi kindy for the first time, how she wean off the breastmilk.  I did my best to try and remember everything.

Sekarang ni Ayesha dah 6 tahun, pandai menjawab dah bila Mommy cakap dan tak kena rasa pada dia... Merajuk muncung panjang sedepa bila rasa Mommy tak adil atau tak dengar cakap dia.  Paling gemar apa Mommy masak walaupon hanya ikan goreng (well actually, especially ikan goreng hahahaa).  Walaupon kadang- kadang Ayesha jerit kat Mommy, tak puas hati (kadang salah Mommy gak), Mommy tetap maafkan Ayesha takkan ada sikit lah rasa Mommy simpan dalam hati.  Ayesha pandai ambik hati Mommy, kadang- kadang walaupon benda tu Ayesha tak suka tapi Mommy suruh (contoh tak suka kuey teow, tapi Mommy suruh rasa juga), Ayesha akan usaha buat, just to make me happy.  

Ayesha suka makan makan makan hahahaha.  Lepas dah makan banyak- banyak, Ayesha cakap risau gemuk.  Risau dia macam teenagers tau.  Lepas tu tanya, besar sangat tak perut Ayesha, Mommy?  Lepas tu dia akan sedut perut ke dalam hahaha.




Rajin Ayesha, tak yah cerita ah.  Rajin sangat nak tolong masak, tolong kemas rumah dan dapur, tolong angkat barang.  Tapi dengan Ayesha ni satu jelah kena jaga.  Mood dia kalau tak kena apa pon tak boleh.  Sama macam kecik- kecik dulu, tak boleh cakap dia busuk ke gemok ke.  

I think in a few days gigi depan Ayesha 2 batang yang dah dekat 2  minggu goyang tu akan tertanggal.  Dia duduk sibuk juga nak cabut tu, tapi memang suruh tunggu sampai lepas concert.  Cakap kat dia nanti tak cantik bila menari gigi tak ade.  Hahahaha macam tokkkk.

Actually hati Mommy risau gak, Ayesha nak sekolah ni.  Bukan risau sikit, risau banyak sebenarnya.  Sebab Ayesha dah mula menangis, cakap takut nak sekolah.  Takut naik bas, takut tak reti beli makanan, tak reti itu ini.  Ok I really don't blame her, because I myself, memang menangis kalau kena naik public transport sejak kecil lagi.  Kemana tumpah nye kuah kan???

Tapi, Mommy rasa, memang lah Ayesha manja, merungut, mengadu dan sebagainya.  Above all, sebenarnya seorang anak yang matang.  In shaa Allah pandai jaga diri.  Sekolah rendah aje pon, I will tell myself.  She will go through many more hurdles and challenges in life... At times, I may not even be there by my side.  So ada masa dan ketika, kena let go juga.  Macam tu lah Mommy... Hakikat kehidupan.  She does not get any smaller, she will grow bigger and before you realise it she will no longer be by your side...  Which I always pray, she will...

Tuesday, January 28, 2014

Runsing wehh

Runsing runsing serunsing runsing nya.  Among other stuff that I have to think of, my eldest are having some issues.  I find it just weird that she cries everytime I send her, and pick her up dari tempat transit.  For info, Kakak dah pindah dari 'taska' ke bangunan 'transit' - tempat anak- anak yang dah attend sekolah.  Sangat convenient, cikgu transit sekarang provide kan transport, dan diorang memang sangat baik terhadap anak- anak I selama ni. 

Masalah nye... Ni satu masalah yang I have to deal with, right?  Dia tak seronok, you can see that.  I think I know why.  It is so grown- up to be at the transit and it ain't fair to expect her to grow up so soon.  My poor baby will only turn 4 this September.  Having 2 little baby twin sisters just make it worse for her sebab dia cuba berkelakuan 'baby' macam adik.  Crying, is probably her way to attract me. 

Crying, may also indicate there's something wrong.  Masalahnya, apa?  I tanya, cikgu marah?  Tidak.  Cikgu pukul? Tidak?  Kawan gaduh?  Tidak.  She said, 'Kakak nak pergi Little Tots... Kakak tak seronok duduk taska.'  Then it hit me.  Dia ni bosan.  Sebab tu lah dia menangis, sebab tak seronok. 

Antara benda yang I pick up,

#Everytime bila Mommy jemput, dia akan duduk paling lasttt sekali, sambil merenung jauhhh atau tengok orang-2 lain. 

#Dia excited sampai taska adik sebab ada mainan. (Taska adik dan transit Kakak belong to the same owner, cuma diorang punya bangunan tak de sebelah- sebelah).  Pastu mentara ambil adik- adik, dia takmau balik.

#Bila balik rumah, main bagai nak rak.

#Merengek bagitau dia taknak balik dengann cikgu transit, nak Teacher sekolah dia yang antokan.  Anak oooiiii, bukan free tau Mommy suruh cikgu anto dan jemput tu.  Berbayo.

Aisehhh.  Ni petanda apa ni?  Dia sangat kebosanan duduk transit tu.  Budak lasak macam dia, jadi emosi bila terpaksa duduk diam.

Mommy ada options,
# Untuk hantar full activities school macam dekat Brainy Bunch nun.  Tapi Mommy belum mampu ler nak oiii.  Mahaiiii.  Hehehe Kakak sebulan jer dah RM600-800 tu.

# Ada tadika yang double - storey houses yang memang provide daycare sekali.  Yet to be contacted.  One yang I dah jumpa is Krista.  Tapi, emmm time cuti sekolah buka ke? 

# Stay je dengan transit tu, tapi bekalkan dia aktiviti- aktiviti macam lego ke, puzzle ke, colouring book ke.  Sebab transit tu sebenarnya ada aktiviti, cuma bukan aktiviti melompat- lompat yang dia nak kan.  Dekat sana ada belajar Iqra' (Masha Allah, dah banyak dah dia pandai), belajar solat Zuhur dan solat Dhuha, dan aktiviti sikit-2.  Memang bukan aktiviti penuh lah.  Lagipun, generally anak- anak akan tidur pada waktu petang.  Anak aku ni lain macam sket... takmo tidur.  Tak caye tanya Zehra dan Adrina (twins).  Samaaaaaa je hehehe.  Cikgu- cikgu dia pun baik- baik.  Boleh dipercayai.  InshaAllah.  Setakat I hantar anak- anak dekat diorang, sejak Ayesha kecil lagi, belum pernah ada insiden- insiden yang meragukan berlaku. 

Ok now... kita fikir dia mungkin bosan?  Tapi haritu untuk pre-school, ada terima feedback dari Teacher dari sana mengatakan dia seorang yang moody.  Why?  Sebab dia chose to sit down for some of the activities dia memang takmau join.  Hemm sounds like her.  I kenal le anak I tu memang le macam tu.  Semua nak expect orang ikut mood dia. 

Tak tau nak buat conclusion apa kat sini.  Bahawasanya 'Kakak yang hebat' (that's what she calls herself) bosan? Atau, tak mau grow up?  Manja, as in super super manja? Tertekan sebab Mommy busy dengan adik *tears*? Takut?  Is she an introvert? 

Whooaaa pusing woo pusing *pengsan*.  Dah dah tak mau tulis dah.  Nak berfikir selesaikan masalah pula.