Wednesday, May 09, 2012

Jalan hujung minggu, Avillion Legacy Melaka


Baru- baru ni pergi Melaka lagi.  After several years tak pergi.  Walaupon dah beberapa kali pergi Melaka I masih lagi tak puas dan rasa macam tak dapat tengok semua benda kat Melaka tu.  Yelah Melaka tu dekat je dari KL ni hehehe.  So senang nak pergi kottt.

This time pergi sebenarnya sebab nak bagi En.Hubby rileks sikit sempena birthday dia 13 May ni.  Tapi tak ler rilek sangat sebab kena melayan kerenah I dengan Ayesha Amani hehehe.  Tapi post ni bukan nak cerita pasal cuti- cuti kami.  Nak cerita pasal hotel yang kami duduk tu... Avillion Legacy Melaka (previously nama dia The Legacy).  In fact bukan nak cerita panjang lebar pun, just wana share some information and photos *grin*. 

Mula- mula sampai agak kagum jugak tengok the beautiful interior (tak sempat ambik gambar, I have a grumpy daugther).  Kitorang ambik Studio room, which cost us RM280++ for the room.  Masa booking cakap expected arrival at 3:00pm tapi turns out tersampai awal.  Luckily the staff was very helpful, they tried to accommodate to my request for early check in.  Makanya still juga dapat the studio room I wanted!

Plus points:
+  Beautiful interior (focus kat ceiling masa kat lobby dan sebagainya).
+ Friendly staff.
+ Good service.
+ Clean carpet (room).
+ Got all the basics like TV, Astro, Fridge, Kettle, Ironing Board, Safe. 
+ Decent choices of food for breakfast.  

Minus points:
- The carpet outside (along the hallway) is due for refurbishment la I think.  Kotor, berhabuk.  Or is it the maintenance which is bad?  As in the cleaning service la heheh.  Which made me think if my room was REALLY clean.
-  The doorknob tuan-tuan, dah semacam berkarat.  Nanti tengok gambar ok.
-  My sister checked into a room which has a cigar in the bathroom.  Leftover from previous guest?
-  Bila buka air kat washroom tap, kat toilet adalah keluar satu macam bau, don't know bau karat ke, atau datang dari saluran dia.  *Turn green*

But seriously I wouldn't mind coming here again.  Lokasi pon taklah jauh dari bandar.  Gunakan GPS to go places.  Eh tapi time I pergi ni adalah Wesak pada hari Sabtu.  Jem ok.  

Parking free but not guarded.  Banyak parking space.  From parking, turun hotel lobby, pandang kanan nampak hotel lift.  Memang takde security lansung kat sini, which is quite dangerous kot. 

I also just found out they gave us a welcome hamper (fruits) tapi anto kat room my sister duduk.  Hehehe hampeh.

Layan je photos kat bawah k...

Pintu masuk.  Pandangan dari dalam.  Wardrobe belah kiri.
Ada kettle, coffee, bawah tu ada freezer, dan banyak lagi compartment.


Pandangan dari dalam. 
Kita masuk dan sebelah kiri adalah bilik air... kiri ada bath tub, kanan ada toilet and shower.

Shower and toilet bowl.  Nampak tak tisu tercabut.  Mudah sangat tertanggal.  Skali tarik tisu tercabut.  Skali tarik, cabut.
Bath tub.

Hot and cold water.
 
Gelap sket gambar ni...
"Mommyyyyyy saya suke suke suke"
Our bed, takde menyebabkan kegatalan dan sebagainya yeayyy!

Spacious jugak la...

Tv area ni kat hujung katil je...
Pandangan dari bilik cuma nampak bangunan-bangunan je.

Same spot... Curtain tutup time ni :-) Ayesha Amani main box mancis.

Nampak tak... Ni tombol pintu bilik air... Kena ganti dah kot.

No comments: