Showing posts with label Kids. Show all posts
Showing posts with label Kids. Show all posts

Wednesday, February 08, 2017

Melawat Butterfly Park KL

Hehehe melawat ala- ala tourist gitu.  Sebenarnya terus terang I nak cakap, sepanjang umur ni dah 30an ni, tahun ni lah baru sedar wujudnya Butterfly Park KL atau Taman Rama-Rama KL ni.  Butterfly park ni, as the name suggested adalah taman di mana rama-rama beterbangan dengan bebas nya.  Wahhhh gitu.  Ni overdue punya posting ni, kami pergi last year masa cuti sekolah.  Saje takde idea, masa dan budget besar nak bawak anak- anak jalan... So kita bawak la anak- anak explore nature dalam hutan batu ni.

Ramai tourists datang sini.  Orang Malaysia ramai gak.  So takde la kami rasa awkward jakun sangat.


Nak share gambar butterflies, kami pakai camera phone aje so tak begitu lah sharp dan di mana rama- rama beterbangan dengan banyak nya, dalam handphone kami tak begitu nampaklah.  Tapi seronok capture moment dengan anak- anak.








Kat mana buterrfly park ni?  Rupanya dekat dengan Taman Botanik, KL Bird's Park, Taman Tasik Perdana.  Kawasan nye well- maintained, bersih.  Nak stroll around jalan- jalan tu takdelah ambik masa lama sangat sebenarnya sebab kecik aje tempatnya.  Kami pusing- pusing dah sampai kat entrance balik.  Dalam park ni, bukan butterflies aje ada, tapi selepas tu ada macam learning centre tempat diorang pamerkan many types of insects, all the different buterfly species dan macam- macam juga lagi.  Dalam kolam- kolam kecil buatan manusia juga terdapat ikan- ikan yang sangat menarik perhatian anak- anak.  Terlompat-lompat excited anak- anak bila tengok. 

Pendapat I, sesuai kalau saja nak singgah pagi sebelum lunch kat kawasan KL tu bagi peluh keluar sikit.  Kalau dah panas tak syok sangat dah kot nak berjalan kan, sebab bila dah nak tengahari tu terasa lah hangat dia walaupon banyak pokok dan daun- daun.  I boleh bagi 7 out of 10 markah. 

Dari awal dok heboh tau, butterfly asyik hinggap kat husband aje.  Skali dia hinggap kat I, punya lah I menjerit jerit ketakutan.  Aduhaiiii.  Bukan butterflies tu boleh buat apa kat ko pon haahha.  Ada gambar tapi takmau share sebab hodooohhh.  Anak- anak enjoy aje.  Janji dapat jalan.  Lepas tu masih keluar ayat, terima kasih Mommy sebab bawak kitorang jalan - jalan.

Habis kat butterfly park, kami pergi lunch, kemudian bawa anak- anak experience naik train.  Diorang penat tapi seronok.  Anak- anak biasalah memang kuat jalan kan.

Serba sedikit tentang butterfly park KL ni,

  • Visit website dia www.klbutterflypark.com.  Boleh waze cari KL butterfly park atau butterfly park KL atau taman rama-rama KL.  Lokasi di Taman Tasik Perdana.
  • Buka dari 9.00am - 6.00pm.
  • Tiket: Kitorang bayar pakej 2 Dewasa + 3 Kanak-kanak yang tak sampai RM50 lah.  Total RM34.  Kira kalau rakyat Malaysia, tak de la mahal sangat tiket ni.  Tak macam kau pergi petting zoo ke, zoo ke, aquaria ke.
  • Ada kemudahan tandas di dalam taman.
  • Bole call Management diorang kalau nak tanya apa- apa di  603-2693479.
Apa pun, kalau you all nak pergi pakai lah pakaian bersesuaian.  Pastikan pakai kasut yang sesuai sebab lantai mungkin agak licin bila cuaca lembab.  Kami pergi musim hujan.  Tapi sebelum hujan turun, cuaca panas terik sangat.  Anak- anak memang komplen panas, dan ada juga nyamuk ok.  So bersiap sedia lah. 




Thursday, December 01, 2016

Tengok Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng


Weekend bawa anak- anak kesayangan pergi tengok Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng.  Memang anak- anak dah nampak iklan kat tv, dah ala- ala takleh nak lari dah dari bawak diorang tengok sebab memang dah sort of berjanji.  Dia ingat pulak tu, movie tu release pada 24 November yang lalu (Khamis) so masuk je 24 November tu memang Kakak dah asyik tanya bila bila bila.  Tunggu weekend lah anak yee...

Memula risau juga sebab macam cerita- cerita lain macam Boboi Boy, Zootopia etc memang beli awal ticket sebab penuh aje.  Tapi macam biasa Mommy dia mudah hilang ingatan, lupa beli tiket sampai pagi sabtu tu bila anak tanya lagi... Ooopssss.  Ala tapi bila baca review macam expected yang seats takkan penuh sebab ada baca review yang kurang bernas sikit pasal filem ni, menyeru ibu- bapa semua toksah buang masa nak bawak anak gi tengok filem ni.  So tengok memang seats untuk sabtu petang dan malam tu pun memang banyak.  Oh tapi terasa penat sangat nak pergi jugak sabtu tu, so I decided to take them on Sunday.  

Macamana nak cakap ye, filem ni hmmmm.... 

Is it worth it?  Best ke?  Seronok sangat ke?

What I observed was, anak- anak I happy lepas tengok.  Haiyoooo, seronok sangat diorang sepanjang tu tersenyum- senyum, tergelak- gelak, punya lah best kan diorang layan.  "Mommy, tengok tu upin ipin keluar.." "Mommy tengok tu upin ipin jatuh"... Shhhh diam diam sayang nanti bising orang lain tengok.  

Bila I cakap, tak best laaaa Upin Ipin ni, my eldest akan marah hahahaa. Tak baik, Mommy cakap macam tu.

Rasa macam watak utama filem ni bukan ipin dan ipin pun... yang nak diketengahkan is Aqish, anak yatim piatu yang tinggal di rumah anak yatim Darul Makmur who is about to lose her shelter when the daughter of their previous caregiver gave on them.  Senang cerita, rumah anak yatim ni dah nak kena rampas, kewangan tak cukup untuk tampung semua perbelanjaan.  

So kalau pelik macamana boleh ada Awie, Remy Ishak, David Teo lak dalam Upin Ipin ni adalah kerana nak cari 'fund' untuk sustain rumah anak yatim tu.  Tapi korang perasan tak, aku macam takleh terima sebenarnya, camana anak kepada kawan arwah ayah si Noreen yang ambik alih tu boleh tetiba 'ok, korang tolong aku cari duit langsaikan hutang aku dengan si ah long ni, aku bagi balik ruma ni'.  So sebenarnya misi cerita ni ialah cari duit selesaikan hutang dengan samseng.  Iskkk.  

Tak ada watak watak lain Upin Ipin selain dari dua kembar ni aje dalam cerita ni.  Opah, Kak Ros yang selalu hangin satu badan, Tok Dalang, kawan-kawan seperti Mael, Jagjit dan sape lagi semua tu tak ada pon dalam ni.  Hanya Upin Ipin yang timbul hanya sebagai imaginasi pada Aqish ni.

Aqish ni kuat merajuk, cakap agak kasar juga kalau tengok.  Yang ni, kalau boleh nasihat anak jangan ikut eh?  Soalan Mr B pada saya, dah kenapa laaa watak Aqish ni pakaian dalam cerita ni buruk betoi.  I cakap la, laaa kan kata anak yatim... Tu sebab agaknya.  Dia macam duhhhhh takde makna. Bebudak lain semenggah jee.  Ok I tak faham apa masalah Mr B disitu.  Hahahaha.

Ehhh pastu baru I perasan, Remy Ishak ni rongak sebelah kiri rupanya.  Adehhhh hahahaa.  Watak dia sebagai Bo memang sangat goofy lah.  Kelakar habis.

Sedih gak, jalan cerita dia, I boleh terima.  Cuma sedih sebab tajuk je Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, kita tak terbayang yang memang role Upin & Ipin dalam tu memang hanya sekadar buat penampilan sekejap- sekejap dengan perkataan pertama dari mulut mereka, "Jeng Jeng Jeng".  Agaknya kita pujuk hati, cakap tak perlu rasa tertipu sangat.  Udah memang tajuknye pon begitu, maka begitu lah cerita nye.  Hehehehe.

Tapi yang paling penting sangat, anak- anak gembira je.  Biar lantak lah Mommy dia fikir apa.  Tak ada anak yang meronta nak keluar panggung, kecuali Cik Nina sayang saya yang nak terkencing.  Takde anak- anak bangun cakap tak best aaaa jom balik.  They really enjoyed it, sangat menghargai Mommy bawak diorang, sangat sangat syukur.  Siap cakap, lepas habis je movie, thank you Mommy... sebab bawak kitorang... Terima kasih sangat, we love you.

I love you too babies.

So perlu pergi tengok ke tak?  Tepuk dada tanya selera.  I rasa semua orang patut pergi dan experience sendiri.  Give it a chance.  Rasanya KRU pon harus diberi pujian atas graphic yang bagus, gabungan animasi dan kehidupan.  Wahhh.  Hebat anak melayu kan?

Pergi lah, tengok :)  Beri peluang melayu kita belajar lagi menghasilkan yang lebih baik lepas ni.




Monday, November 21, 2016

Ayesha leaving kindy soon!


This is a very personal post, saje nak merakamkan sikit memori anak pertama ni.  Kesayangan Mommy, Ayesha will only be in kindy for another week and then it'll be a longgg break before she enters the first year of primary school.  Semalam, 20 November 2016 Ayesha punya konsert terakhir di Kindy dah pun berlansung.  Siap terima scroll lagi hahaha.  So cute.  Masa Mommy dulu tak ingat pula ada ke tak.  Kena tanya dengan tok.  

Mana lah tau suatu hari Ayesha baca ni...

How does that make me feel, my eldest, yang ratu nangis masa kecik, yang sampai besar ada masalah sikit and tersedu- sedu mengadu kat Mommy, yang kalau tak puas hati apa sekali pun semua nye mengadu di bahu Mommy, bakal menjejak kaki ke sekolah rendah pulak.  Mixed feeling!!! She is my first, I know with her it is always emotional.  Bunyi ala- ala poyo aje kan hahaha.  Well, memang poyo pon.  Every milestones, every steps of the journey memang Mommy kenang sangat- sangat bila dengan Ayesha. The labour details, bila tumbuh gigi, bila patah gigi, bila makan, bila demam, pergi kindy for the first time, how she wean off the breastmilk.  I did my best to try and remember everything.

Sekarang ni Ayesha dah 6 tahun, pandai menjawab dah bila Mommy cakap dan tak kena rasa pada dia... Merajuk muncung panjang sedepa bila rasa Mommy tak adil atau tak dengar cakap dia.  Paling gemar apa Mommy masak walaupon hanya ikan goreng (well actually, especially ikan goreng hahahaa).  Walaupon kadang- kadang Ayesha jerit kat Mommy, tak puas hati (kadang salah Mommy gak), Mommy tetap maafkan Ayesha takkan ada sikit lah rasa Mommy simpan dalam hati.  Ayesha pandai ambik hati Mommy, kadang- kadang walaupon benda tu Ayesha tak suka tapi Mommy suruh (contoh tak suka kuey teow, tapi Mommy suruh rasa juga), Ayesha akan usaha buat, just to make me happy.  

Ayesha suka makan makan makan hahahaha.  Lepas dah makan banyak- banyak, Ayesha cakap risau gemuk.  Risau dia macam teenagers tau.  Lepas tu tanya, besar sangat tak perut Ayesha, Mommy?  Lepas tu dia akan sedut perut ke dalam hahaha.




Rajin Ayesha, tak yah cerita ah.  Rajin sangat nak tolong masak, tolong kemas rumah dan dapur, tolong angkat barang.  Tapi dengan Ayesha ni satu jelah kena jaga.  Mood dia kalau tak kena apa pon tak boleh.  Sama macam kecik- kecik dulu, tak boleh cakap dia busuk ke gemok ke.  

I think in a few days gigi depan Ayesha 2 batang yang dah dekat 2  minggu goyang tu akan tertanggal.  Dia duduk sibuk juga nak cabut tu, tapi memang suruh tunggu sampai lepas concert.  Cakap kat dia nanti tak cantik bila menari gigi tak ade.  Hahahaha macam tokkkk.

Actually hati Mommy risau gak, Ayesha nak sekolah ni.  Bukan risau sikit, risau banyak sebenarnya.  Sebab Ayesha dah mula menangis, cakap takut nak sekolah.  Takut naik bas, takut tak reti beli makanan, tak reti itu ini.  Ok I really don't blame her, because I myself, memang menangis kalau kena naik public transport sejak kecil lagi.  Kemana tumpah nye kuah kan???

Tapi, Mommy rasa, memang lah Ayesha manja, merungut, mengadu dan sebagainya.  Above all, sebenarnya seorang anak yang matang.  In shaa Allah pandai jaga diri.  Sekolah rendah aje pon, I will tell myself.  She will go through many more hurdles and challenges in life... At times, I may not even be there by my side.  So ada masa dan ketika, kena let go juga.  Macam tu lah Mommy... Hakikat kehidupan.  She does not get any smaller, she will grow bigger and before you realise it she will no longer be by your side...  Which I always pray, she will...

Tuesday, October 04, 2016

Visit to Petrosains

Wahhh seronok sangat the kiddos dapat pergi Petrosains on Sunday.  Senang sangat nak please anak-anak ni hemmm.  I memang jarang sangat bawa anak jalan- jalan sebab selalu weekend jaga mak, you know how my Mom is currently bedridden, so yehhh I spend time at home, mostly.

Why Petrosains, sebab pada Jumaat yang indah, saya telah lalu di tepi Petrosains semasa waktu makan tengahari hahaha.  Lalu timbullah idea nak bawak anak- anak pegi sana.  Seriously don't know what to expect because I've never been there myself hahaha.

Tak jauh dari rumah we all... Seberang ofis I je pun... Petrosains is located at Level 4, KLCC guys.  Naik je bubble lift tu, keluar je terus nampak dah Petrosains.

Source: Google Map
Check out the opening time and ticket price details here .  Masa kami pergi tu dapat juga discount sebab staff diorang excited tengok twins, so kita dapat offer package 2 x 1 adult + 1 kid. Sorang lagi anak kira free.  I buat- buat tanya, ohhh 3 years old kena bayar ye?  I ingat free.  Of course le jawapan nye tak free, kena bayar kak hehehee.

Konon nak gerak pagi- pagi tapi ended up my Mr B ada keje pagi tu so kita gerak dah tengahari... dengan perut lapar belum lunch hihihi.  Ku ingatkan sejam dua dalam tu adalah cafe yang bole makan berat sket, rupanya sementara berjalan dalam Petrosains tu dah 4.30pm baru sampai cafe, makanya makanlah segala roti yang ada jual kat situ- situ je.

All in all great experience la for the kids.

# Anak- anak I tak minat sangat nak baca all the facts, so any exhibition which requires them to read they'll pass by like its nothing.  Boleh lah belajar pasal forest kita, batu- batuan, tentang tenaga dan sebagainya.  I guess we all know who the sponsor for this place is, and they did a good job of remaining neutral and not all about them.  

#Ada few simulators that did not work though so we were a bit frustrated cause we knew those will be the kind of things kiddos would love.  But one of the thing yang Ayesha and Mr B merasa experience is the storm simulator. I takut la konon nak masuk hahaha. Tapi sebenarnya rupanya takde apaaa. Cissss. 


#You will need 2-3 hours in there.  Masa pergi tu dahla ramai budak sekolah (bau anak- anak sekolah ini alahaiii ampun kan lah Mak sebab menahan nafas ketika itu... rasanya Mak masa sekolah begitu lah kepamnye hahahaa) , kami lak tak bawa stroller. So memang berjaga- jaga takut hilang anak-anak dalam lautan manusia tu.


#Ada games yang bagus untuk brain teasing anak- anak.  Innvovative games, puzzles, memang yang ni I found very attractive for kids my age.


#Not just for kids, activities dalam ni memang sangat sesuai for adults too!!!


#Dalam ada cafe panggil 'molecule cafe'.  But that's already in the middle of your journey.  My advise is always always bring water with you especially when travelling with toddlers.  Nanti dehydrated pula.  

#Tandas available, but not that clean lah.  Dan kalau anda takutkan ruang sempit, hahahaha berhati-hatilah.  Tandas nye saaaangat sempit.  


#Ada play area for children.  Kalau parents nak chill sebelum teruskan perjalanan, boleh stop main dulu.  Ada lego, ada slides.  Ok lah not so bad for a pit stop. 


#Ticket price was reasonable.


#Probably the only thing I hated was queuing for the 'Perjalanan Sekilas Masa' aka Dark Ride.  Tapi memang dah tulis pun, waiting time is 20 minutes.  Luckily budak- budak memang tak meragam sebab excited nak naik. Very informative ride guys, ceritakan tentang forest, minyak dan sebagainya lah.  Maaflah, saya memang ada short-term memory lost jadi tak mungkin dapat ceritakan in details.  Trip ni pun dah seminggu lamanyaa,  Hahaha.  


Layan photos below ajelah ye...









Monday, December 21, 2015

Mommy, kitorang dah besar


Ok seriously, anak-anak dah besar, feeling dia lain pulak sekarang.  Diorang ni tempat bergurau, tempat bermanja, kadang- kadang tempat mengadu walaupun diorang tak faham.  Tak faham, tapi kelihatan macam sentiasa mendengar... 'Mommy, kenapa muka sedih...' 'Mommy, kenapa sad...'

My eldest dah nak masuk 6 tahun dah pun next year.  Fasa menjerit berguling- guling tu dah lepas la.  Errrrr tapi nangis jerit- jerit tanda tak puas hati tu still in her.  At this age, dia banyak buat role-play sampaikan I sendiri banyak kena berlakon la kat rumah.  Kadang- kadang jadi sheriff callie, kadang-kadang dia jadi Elsa.  Turutkan aje la role play dia tu, ikut je skrip dia tu.  Kakak jenis explorer, semua benda nak cuba.  Semua benda curious.  Mommy memang banyak bersabar, dan juga banyak ajak dia borak-borak, tak mau terlepas pandang.  Iyolaaaa, kalau dah banyak benda curious, kita tak tau apa boleh dia buat belakang kita (ok takde icon crying kat sini).

Tapi Kakak ni, antara benda yang mommy paling sayang dia ialah, sikap penyayang dan rajin dia tu.  Kalau membebel, memang mak-mak sangat hahahaha.  Dia rajin tolong mommy buat banyak benda.  Bole ajak sembang sangat lah kalau nak hihihi.  She is my best friend.

Twins, memang dah progress sangat.  They stopped pacifier a few months back on their own.  No tricks, no help.  Berenti macam tu aje.  Amazed sangat mommy ni, sebab selalu tengok budak- budak dah besar masih guna paci atau soother.  Dok bayangkan, macam ni kah anak- anak ku nanti?  Alhamdulillah this part was super easy.

Now dah boleh bertutur sikit- sikit, boleh dengar arahan minima, pandai bermain bertiga, motor skill pun bertambah baik dah.  Zehra mungkin tak sepantas Adrina, tapi she is showing progress and continues to make me proud.   Sekarang tengah potty train, tapi belum nampak gaya nak successful.  Takpe lah, pelan- pelan kayuh.  Tak semua benda mudah, especially when there's two kids to groom at once.  Tabahlah menanggung kos diapers ye, mommy.

One thing these 3 girls have in common : WE LOVE TO PLAYYYYYYY.

Sunday, February 02, 2014

Budaya Membaca

Mommy loves to read. Anything that she gets her hands on, and at any time yang ada (which is not much i guarantee you).  Memang sejak kecik lagi, sampai dulu2 baca sambil makan.  Sampai Abah marah hihihi. 

Disebabkan minat membaca ni la I want my kids to have the same interest.  Memang since Ayesha kecik lagi dok beli buku untuk dia hihihi. 

Eh tapi kids when they (konon nye) read, memang bersepah.  It drives me crazy all the time.  So when I read on Dr Harlina's barelysupermommy blog that you're suppose to just let them sepahkan to encourage them to read, I tried the same thing at home.   Kena tahan jerla.. according to Dr Harlina (and this is suggested by yang pakar), you're suppose to leave the books messy. Let kiddos choose what they wana read.  Clean-freak mommy alert.   Not recommended for those with OCD. Lol.

So here goes... buku bersepah (ni tahap minima sebab dah kemas sikit2. Tak tahan woo mata ni) demi encourage anak-anak cintakan buku... whether they really love reading or not lepas implement step ni... ah well, yet to be proven sebab baru implement hari ni kot heheh.

Tuesday, January 28, 2014

11 months in 11..10..9..8..7..6..5..4..3..2..1..

Time flies.  Are you kidding, no, did not fly that fast.  Hanya I yang terasa betapa perlahan nye masa bergerak hehehe.  Sebab kat dalam hati ni dok rasa tak sabo wehh cepat 2 tahun.  Hurry up kids, turn 2, tomorrow and be healthy. 

Our latest hospital stay January 2014.
Twins dah pecah rekod Kakak... Dalam masa 10 bulan, masing2 dah warded 5 kali.  Hebatnyeeee.  Yang terbaru ni bronchiolitis (Zehra) dan rota virus (Adrina).  Kesian diorang isk isk.  Nama pon dok taska, Mommy kena redha jer.  Package tu nama nya hehehe. 

Part makan, memang semua hebat- hebat.  Berebut- rebut, bertampar- tampar, bertendang- tendang, bertolak- tolak... Ber ber ber.... Hehehe

Adrina dah berenti masalah reflux nye.  Dah makin debab.  Cuma hal hernia masih belum selesai.  Dia asyik batuk- batuk semput so tak dapat nak proceed dengan hernia repair.  Ntah ler, ade hikmah la kot kan?

Zehra plak dah develop chronic attachment dengan Mommy.  Ya Ampunnnnn clingy giler yang tahap Mommy rasa macam nak nangis tahan nak gi toilet kekadang.  Stress pon ada gak.  Separation anxiety?  Wah memang di teran teran tangisan nye itu.  Sekian.

Both of them dah boleh bangun, berpegang pada whatever equipment yang ada depan mata.  So far belum nampak masalah development.  Adrina's development agak slow compared to Zehra, tapi that's because badan dia debabbb banding Zehra.  She is so bubbly, tho.  Heheh I wonder dapat dari mana :).  I guess development-wise, yepp memang diorang 2 months behind lah kot?  Kita track development dia as 8 months gitu, even tho dia dah 10 bulan.  Aci kan...

Dah mengutip, demanding, mengamuk nangis hentak hentak kaki.  Ngeeeeee.  Mommy ada 3 drama queens nampaknye.  Good luck, Mommy.  Memang cerah masa hadapan :)

Runsing wehh

Runsing runsing serunsing runsing nya.  Among other stuff that I have to think of, my eldest are having some issues.  I find it just weird that she cries everytime I send her, and pick her up dari tempat transit.  For info, Kakak dah pindah dari 'taska' ke bangunan 'transit' - tempat anak- anak yang dah attend sekolah.  Sangat convenient, cikgu transit sekarang provide kan transport, dan diorang memang sangat baik terhadap anak- anak I selama ni. 

Masalah nye... Ni satu masalah yang I have to deal with, right?  Dia tak seronok, you can see that.  I think I know why.  It is so grown- up to be at the transit and it ain't fair to expect her to grow up so soon.  My poor baby will only turn 4 this September.  Having 2 little baby twin sisters just make it worse for her sebab dia cuba berkelakuan 'baby' macam adik.  Crying, is probably her way to attract me. 

Crying, may also indicate there's something wrong.  Masalahnya, apa?  I tanya, cikgu marah?  Tidak.  Cikgu pukul? Tidak?  Kawan gaduh?  Tidak.  She said, 'Kakak nak pergi Little Tots... Kakak tak seronok duduk taska.'  Then it hit me.  Dia ni bosan.  Sebab tu lah dia menangis, sebab tak seronok. 

Antara benda yang I pick up,

#Everytime bila Mommy jemput, dia akan duduk paling lasttt sekali, sambil merenung jauhhh atau tengok orang-2 lain. 

#Dia excited sampai taska adik sebab ada mainan. (Taska adik dan transit Kakak belong to the same owner, cuma diorang punya bangunan tak de sebelah- sebelah).  Pastu mentara ambil adik- adik, dia takmau balik.

#Bila balik rumah, main bagai nak rak.

#Merengek bagitau dia taknak balik dengann cikgu transit, nak Teacher sekolah dia yang antokan.  Anak oooiiii, bukan free tau Mommy suruh cikgu anto dan jemput tu.  Berbayo.

Aisehhh.  Ni petanda apa ni?  Dia sangat kebosanan duduk transit tu.  Budak lasak macam dia, jadi emosi bila terpaksa duduk diam.

Mommy ada options,
# Untuk hantar full activities school macam dekat Brainy Bunch nun.  Tapi Mommy belum mampu ler nak oiii.  Mahaiiii.  Hehehe Kakak sebulan jer dah RM600-800 tu.

# Ada tadika yang double - storey houses yang memang provide daycare sekali.  Yet to be contacted.  One yang I dah jumpa is Krista.  Tapi, emmm time cuti sekolah buka ke? 

# Stay je dengan transit tu, tapi bekalkan dia aktiviti- aktiviti macam lego ke, puzzle ke, colouring book ke.  Sebab transit tu sebenarnya ada aktiviti, cuma bukan aktiviti melompat- lompat yang dia nak kan.  Dekat sana ada belajar Iqra' (Masha Allah, dah banyak dah dia pandai), belajar solat Zuhur dan solat Dhuha, dan aktiviti sikit-2.  Memang bukan aktiviti penuh lah.  Lagipun, generally anak- anak akan tidur pada waktu petang.  Anak aku ni lain macam sket... takmo tidur.  Tak caye tanya Zehra dan Adrina (twins).  Samaaaaaa je hehehe.  Cikgu- cikgu dia pun baik- baik.  Boleh dipercayai.  InshaAllah.  Setakat I hantar anak- anak dekat diorang, sejak Ayesha kecil lagi, belum pernah ada insiden- insiden yang meragukan berlaku. 

Ok now... kita fikir dia mungkin bosan?  Tapi haritu untuk pre-school, ada terima feedback dari Teacher dari sana mengatakan dia seorang yang moody.  Why?  Sebab dia chose to sit down for some of the activities dia memang takmau join.  Hemm sounds like her.  I kenal le anak I tu memang le macam tu.  Semua nak expect orang ikut mood dia. 

Tak tau nak buat conclusion apa kat sini.  Bahawasanya 'Kakak yang hebat' (that's what she calls herself) bosan? Atau, tak mau grow up?  Manja, as in super super manja? Tertekan sebab Mommy busy dengan adik *tears*? Takut?  Is she an introvert? 

Whooaaa pusing woo pusing *pengsan*.  Dah dah tak mau tulis dah.  Nak berfikir selesaikan masalah pula.