Weekend bawa anak- anak kesayangan pergi tengok Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng. Memang anak- anak dah nampak iklan kat tv, dah ala- ala takleh nak lari dah dari bawak diorang tengok sebab memang dah sort of berjanji. Dia ingat pulak tu, movie tu release pada 24 November yang lalu (Khamis) so masuk je 24 November tu memang Kakak dah asyik tanya bila bila bila. Tunggu weekend lah anak yee...
Memula risau juga sebab macam cerita- cerita lain macam Boboi Boy, Zootopia etc memang beli awal ticket sebab penuh aje. Tapi macam biasa Mommy dia mudah hilang ingatan, lupa beli tiket sampai pagi sabtu tu bila anak tanya lagi... Ooopssss. Ala tapi bila baca review macam expected yang seats takkan penuh sebab ada baca review yang kurang bernas sikit pasal filem ni, menyeru ibu- bapa semua toksah buang masa nak bawak anak gi tengok filem ni. So tengok memang seats untuk sabtu petang dan malam tu pun memang banyak. Oh tapi terasa penat sangat nak pergi jugak sabtu tu, so I decided to take them on Sunday.
Macamana nak cakap ye, filem ni hmmmm....
Is it worth it? Best ke? Seronok sangat ke?
What I observed was, anak- anak I happy lepas tengok. Haiyoooo, seronok sangat diorang sepanjang tu tersenyum- senyum, tergelak- gelak, punya lah best kan diorang layan. "Mommy, tengok tu upin ipin keluar.." "Mommy tengok tu upin ipin jatuh"... Shhhh diam diam sayang nanti bising orang lain tengok.
What I observed was, anak- anak I happy lepas tengok. Haiyoooo, seronok sangat diorang sepanjang tu tersenyum- senyum, tergelak- gelak, punya lah best kan diorang layan. "Mommy, tengok tu upin ipin keluar.." "Mommy tengok tu upin ipin jatuh"... Shhhh diam diam sayang nanti bising orang lain tengok.
Bila I cakap, tak best laaaa Upin Ipin ni, my eldest akan marah hahahaa. Tak baik, Mommy cakap macam tu.
Rasa macam watak utama filem ni bukan ipin dan ipin pun... yang nak diketengahkan is Aqish, anak yatim piatu yang tinggal di rumah anak yatim Darul Makmur who is about to lose her shelter when the daughter of their previous caregiver gave on them. Senang cerita, rumah anak yatim ni dah nak kena rampas, kewangan tak cukup untuk tampung semua perbelanjaan.
So kalau pelik macamana boleh ada Awie, Remy Ishak, David Teo lak dalam Upin Ipin ni adalah kerana nak cari 'fund' untuk sustain rumah anak yatim tu. Tapi korang perasan tak, aku macam takleh terima sebenarnya, camana anak kepada kawan arwah ayah si Noreen yang ambik alih tu boleh tetiba 'ok, korang tolong aku cari duit langsaikan hutang aku dengan si ah long ni, aku bagi balik ruma ni'. So sebenarnya misi cerita ni ialah cari duit selesaikan hutang dengan samseng. Iskkk.
Tak ada watak watak lain Upin Ipin selain dari dua kembar ni aje dalam cerita ni. Opah, Kak Ros yang selalu hangin satu badan, Tok Dalang, kawan-kawan seperti Mael, Jagjit dan sape lagi semua tu tak ada pon dalam ni. Hanya Upin Ipin yang timbul hanya sebagai imaginasi pada Aqish ni.
Aqish ni kuat merajuk, cakap agak kasar juga kalau tengok. Yang ni, kalau boleh nasihat anak jangan ikut eh? Soalan Mr B pada saya, dah kenapa laaa watak Aqish ni pakaian dalam cerita ni buruk betoi. I cakap la, laaa kan kata anak yatim... Tu sebab agaknya. Dia macam duhhhhh takde makna. Bebudak lain semenggah jee. Ok I tak faham apa masalah Mr B disitu. Hahahaha.
Ehhh pastu baru I perasan, Remy Ishak ni rongak sebelah kiri rupanya. Adehhhh hahahaa. Watak dia sebagai Bo memang sangat goofy lah. Kelakar habis.
Sedih gak, jalan cerita dia, I boleh terima. Cuma sedih sebab tajuk je Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, kita tak terbayang yang memang role Upin & Ipin dalam tu memang hanya sekadar buat penampilan sekejap- sekejap dengan perkataan pertama dari mulut mereka, "Jeng Jeng Jeng". Agaknya kita pujuk hati, cakap tak perlu rasa tertipu sangat. Udah memang tajuknye pon begitu, maka begitu lah cerita nye. Hehehehe.
Tapi yang paling penting sangat, anak- anak gembira je. Biar lantak lah Mommy dia fikir apa. Tak ada anak yang meronta nak keluar panggung, kecuali Cik Nina sayang saya yang nak terkencing. Takde anak- anak bangun cakap tak best aaaa jom balik. They really enjoyed it, sangat menghargai Mommy bawak diorang, sangat sangat syukur. Siap cakap, lepas habis je movie, thank you Mommy... sebab bawak kitorang... Terima kasih sangat, we love you.
I love you too babies.
So perlu pergi tengok ke tak? Tepuk dada tanya selera. I rasa semua orang patut pergi dan experience sendiri. Give it a chance. Rasanya KRU pon harus diberi pujian atas graphic yang bagus, gabungan animasi dan kehidupan. Wahhh. Hebat anak melayu kan?
Pergi lah, tengok :) Beri peluang melayu kita belajar lagi menghasilkan yang lebih baik lepas ni.
No comments:
Post a Comment