Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Monday, October 31, 2016

Pan grill chicken kegemaran keluarga (Ayam panggang kuali???)

Pan-grilled aje,  As usual banyak bawang sebab penggemar bawang haha.
Sure korang rasa, Ya Allah pompuan ni up resepi dia yang tah apa- apa tu lagi sekali hahaha.  Maaf la, lately ni tak ada apa yang interesting sangat lah nak share.  Kalau berkait perkembangan anak- anak tu banyak laaaa.  Tapi nanti boring pula kan.  Skali skala kita share pasal makan pulak.

Kat atas ni antara resepi sempoi pilihan juga... Ok seperti biasa banyak bawang sebab bawang adalah pilihan hati sangat- sangat.  Anak- anak suka ni.  Kalau makan dengan roti, sapu mayonaise, letak pan-grilled chicken ni memang makan dengan gaya emmmm... masakan Mommy diorang ni lah paling sedap atas muka bumi ni.  Sumpah tak tipu hehehee.

Ni resepi campak- campak.

Bahan- bahan:

1) Ayam - potong dadu.  Sukahati lah korang nak ayam tu banyak mana.
2) Garam secukup rasa.
3) Serbuk lada hitam (secukup rasa jugak)
4) Serbuk basil (dried basil).
5) Sedikit butter (untuk panggang).

Cara- cara:
1) Gaul semua bahan dengan ayam, perap 15 minit.
2) Panaskan kuali, cairkan sedikit butter.
3) Panggang ayam selama 15 minit dengan api sederhana perlahan.

Boleh makan dengan sandwich, salad, dan juga nasi.  Kitorang ni jenis redah aje makan camana hahaha.  Takde makna perfection kalau dah macam ni.  Makan apa ada, masak apa sempat.  Macam gitula alkesah hahahaha.

Tuesday, October 18, 2016

Ayam goreng kunyit untuk dinner


Wanita berkerjaya (konon nye berkerjaya macam I ni, konon-konon hahaha) yang sentiasa bermuhasabah diri dalam mencapai kejayaan dalam dua- dua bidang kerjaya dan rumahtangga, macam ni lah.  Kat office dah penat lelah bekerja, balik baru plan nak tapau anak dah cakap, 'allaaaaaaa Mommy masak lagi sedap. Mommy masak please please please'.  Skrip tu sentiasa aje berulang kat rumah ni.  Kadang kalau dah lewat sangat balik tak diturutkan jua.

I ni nak kata pandai masak memang takla... Dari kecik mak bebel, takut kena gulai dengan suami sendiri sebab tak pandai masak dan malas kedapur.  Once upon a time punya kisah.  Memang pemalas tahap dewa, dan tolong hidang aje.  I bukan malas sangat pun, sebenarnya tapi sebab ada pe'el takleh ditegur hehehehee... Bila cara kita asyik salah mula la menjadi vitamin M itu.

Bila dah hidup sendiri, bujang, tekak pun dah tak larat nak makan meggi dan nak berjimat memang dah mula paksa diri masak sendiri.  Masak, simpan freezer dan bawa bekal pegi keje.  Ada lah juga kawan- kawan yang umpat belakang cakap kita ni boros hutang sana sini sampai makan pun kena bekal masa tu.  Well, there were some truth in that too sebab I pernah melalui situasi ekonomi kurang baik lah buat seketika.  Tapi makan makanan rumah ni ada kepuasan.  Jimat, puas.  Sedap tak sedap kau punya pasal.

Bukan senang tau, badan dah penat, otak dah lelah, balik nak masak lagi.  Lagi nak fikir masak apa? Makan apa?  I boleh la tak makan malam tapi budak-budak ni agaknya sehari tak makan malam hemmm mau longlai.  Kuat makan they all ni.  Penat kan jadi mak ni?  Mak berkerjaya atau sepenuh masa sama je ada penat masing- masing lah.  Everyone have their own challenges.  Hati mesti kuat, badan mesti mantop hehehe.

EH, akak anak 3 ni dan kerja busy tahap gaban ni pun kalau bulan puasa ada sehari dua aje makanan beli kat param (pasar ramadan) ye.  Makan puas, elakkan pembaziran.  Tapi rajin terlebih ni cuma datang bulan puasa aje, sebab, i) Balik keje awal, ii) Kejar nak ambik anak takdan pergi Param pon... Mr B pon balik lambat.

Antara tips yang boleh di share kalau nak cuba memasak lepas balik keje (provided korang tak sampai rumah lepas pukul 8pm la kan) adalah,

-> Turunkan lauk pauk dari freezer ke chiller pagi-pagi sebelum pergi kerja.
-> Boleh siap- siap kopek bawang untuk masak seminggu.  Bawang merah, putih, simpan dalam bekas kedap.  Nak lagi cepat, blend je semua macam I hahahaa.
-> Kalau ada intention nak pakai cili kering, blend cili siap- siap every weekend.  Masa blend tu, campur garam sikit, minyak dan air.  Takyah pakai cili boh kat kedai. Tak sedappp.  
-> Sayur boleh makan salad aje.  Takyah nak bergoreng bagai kalau dah malas sangat.

Kalau I, hari kerja memang kalau masak (which is very rare now sebab balik lambat sangat), memang takde masak beria.  Kiranya takde lah nak jumpa gulai ke, kari ke nasi arab ke sangat.  Ada, bukan takde tapi jarang.  Tekak dah tua ni lain.  Mostly goreng kunyit, pan fry / grill.  Stick to simple dishes ehehe.  Tapi mostly nasi, sebab Ayesha adalah pemakan nasi tegar.  Contoh ayam goreng kunyit bawah ni, senang dan cepat.  Jangan marah ek, masak campak- campak ikut cara sendiri.


Bahan:
1) Ayam - potong dadu.
2) Garam.
3) Kunyit.
4) Minyak untuk mengoreng.
5) Bawang merah dan bawang holland (hiris) - aku pakai banyak sebab husband suka bawang.
6) Kacang panjang, carrot, potong lah ikut cara sendiri, dan masuk ajelah apa sayur korang suka.

Cara:
1) Gaul ayam bersama garam dan kunyit, goreng dengan api sederhana.
2) Once ayam dah masak, masukkan bawang, sayur dalam kuali masa api tengah on lagi.
3) Dah masak sayur dan bawang tu, toskan.  Kat atas tu, kitchen roll abis tu lah jadi berminyak hehehee.  Tos pakai penapis aje macam tak jalan pulak. Hemmm.

Pastu hidang... Licin anak- anak makan.  Mak sempat makan cubit- cubit aje.  Takpe sebab mak dah berikrar siang tadi takmo makan nasi dah malam.  Minus, of course the vegetables.  What have I gotta do to make them eat veges, I still wonder.  Hemmmm.



Monday, October 17, 2016

Kuih Cik Mek Molek


Weekend semalam tetiba mode rajin lah pulakkk nak buat kuih hehehe.  Yang tetiba boleh rajin tu ialah sebab Mr B beli ubi keledek a.k.a orang kampung I panggil 'sweet potato' (bluwekk don't ask which Kampung ok).  Tujuan Mr B beli keledek itu adalah dengan tujuan untuk membuat karipap, or rather, menyuruh isteri membuat karipap.  Tapi rasanya beliau juga tahu yang isteri beliau kuat vitamin M (vitamin malass), maka dengan redha setelah sekali suruh dan keledek masih duduk dalam plastik, beliau redha.

Camno nak datang mood rajin, kalau dah round the clock ada je benda nak buat kan... Takde kemana pon weekend, dok settle laundry, layan kerenah anak- anak, kemas rumah luar dalam yang agak merupakan kerja sia- sia.  Haiyoooooo.  Make me always wonder if I will ever make it as a stay at home mom *tears*.

Anyway back to keledek.  Keledek ni sebenarnya ada banyak kegunaan.  Dulu masa Ayesha baby, selalu lah buat steamed mashed sweet potato ni,  iaitu keledek yang dilenyek- lenyek.  Rasa sedaaaap.  Boleh dimakan begitu saje.  Keledek kan manis.  I pun kalau karipap, memang prefer inti keledek.  Sedap dia lain.  Ikut anak tekak sendiri lah... Cucur badak, cik mek molek to name a few kuih tradisional yang menggunakan keledek ni.

Sesungguhnya buat kuih cik mek ni tak pakai skills sehebat mana pon hahaha.  Jika anda pandai melenyek dan menggolek, anda pasti jadi pembuat kuih cik mek molek terulung di muka bumi ni.  Percaya lah.  Dengan bahan- bahan minimum, serta skill yang tidak seberapa... Boleh cuba untuk manusia kategori malas like me hehehehe.

Bahan- bahan:
1. Ubi keledek secukup rasa.
2. Tepung gandum sesedap rasa.
3. Gula yang secukupnya.
(Ni lah dia resepi campak- campak.  Don't worry, korang akan surely boleh bajet punya).

Caranya:
1. Rebus ubi keledek (bersama sedikit garam jika mau) sehingga lembut, toskan dan biarkan sejuk sedikit.
2. Lenyek hingga hancur.
3. Campurkan tepung gandum.  Yang  ni ko agak- agak la... Kuih ni kalu terlebih tepung dia keras... Terkurang satgi susah pulak nak membentuk.
4. Once dah sebati ubi keledek + tepung, bentukkan dan masukkan 1 camca gula pasir (agak- agak la.. Takmo manis kurang kan la).  Lepas tu kau bentukkan jadi bujur macam kat gambar atas tu.  Bagi yang dah siap bentuk, sementara nak tunggu siap tu, bolehla letak atas bekas yang ditabur sedikit tepung supaya tak melekat kuih tu kang.
5. Panaskan minyak, dan goreng hingga kuning keemas.  Gunakan minya yang banyak dan api pelan aje ye.

Rasanya memang puas hati sebab buat sendiri, dan perasan sedap.  Anak pulak gemar.  Kira Mak jadi manusia paling bahagia lah semalam ahahaha.

Saturday, February 06, 2016

Steamed glutinous rice a.k.a pulut kukus


This was the first time I tried steaming the pulut instead of the normal rice cooker method. The result was much better than  rice cooker because it doesn't stick to your pot, and didn't create any crust.

If you'd like to give it a try here's how:

1) Soak the glutinous rice or pulut for at least 2 hours. I used 3 small rice pots of pulut.
2) Once its ready, boil water in your steamer. Place aluminum foil on top of the pot, if you have steamer pot with big holes like mine to avoid mess.
3) Steam for 20-25 minutes.
4) Remove from the stove, mix coconut milk (already added salt to taste). You may omit this part if you don't want more fats in your food 😅.
5) Put back to steam for another 15 minutes. Remove from stove.

Wallaaa now you have a nicely cooked pulut.  You can have it with anything you like. I had mine with 'rendang hitam' and 'sambal bilis'.  Sinful. But satisfyingly sinful hahaha.

Monday, December 28, 2015

Green juice hehehe

Saje nak share, resepi baru-baru ni untuk menurunkan tekanan darah.  Just recently asyik sakit kepala, pening, rasa berdegup (palpitation), dan sebelah tangan tak boleh nak gerak (tangan kiri).  Sekali cek, rupanya tekanan darah agak tinggi.  Ooooo macam tu rupanya rasa darah tinggi.  Mana nak tau selama ni darah rendaaahh aje.

Masa gi cek dekat doc tu, doc tau ada history bleeding aneurysm dalam family.  Mak I kan kena bleeding aneurysm, so doc cakap benda alah ni adalah hereditary.  Bila mak ada, sangat besar possibilities yang my sister and I pun ada, dan begitu juga lah my daughters nanti.  Nauzubillah, makin berdegup lah saya ni.  Tapi doc tak prescribe any meds pon.  Doc cakap, sebab umur masih uda, cuba bertenang, bawak bersenam regularly, jaga makan, rehat dan kurangkan stress.  In sha Allah, akan terkawal.  But doc ada cakap juga lah tak semua orang lucky, dan tekanan dia turun kembali.  Ada orang masih perlukan bantuan ubat.

Anyway, maka bemula lah journey green juice itu.  I mula ambil green apple setiap hari, 2 kali sehari.  2 biji apple hijau + one carrot setiap kali bersama belalai gajah (snake grass), peria katak laa dan macam- macam lagi cuba nak kurang kan tekanan.  Sanggup lah tetiba beli juicer yang murah- murah tu ha, kemudian sentiasa make sure ada nye buah- buahan ini di rumah.

Taraaaaa. Green apple + snake grass.  Rasa apple jer even though I put like 25 snake grass leaves.
Actually juicing is not as bad as it sounds, or as bad as I thought it would be.  It's just that the effort, yang kurasakan susah sikit.  Ye la, nak clean fruits, chop chop, juice, then wash and dry.  Malasssss.  Tapi malas pun terpaksa lah ye.

Dah almost 3 weeks ni minum juice apple.  Bila tak dan, makan buah aje.  Tapi boleh la, dapat lah merasakan perubahan.  Ada kurang sakit kepala, sakit kat dada dan sebagainya.  Hopefully nothing bad will hapen lah ya.

Kalau korang jenis suka juicing ni, boleh la experiment macam- macam juice lagi.  Mixture of fruits, emmm not so bad you know.  Sedap dan mengenyangkan.  For someone who only drinks coffee and plain water, I can fill up with juices plus 3 scoops of oat bran and skip dinner altogether.  Nice, right?
Some recipes you can try, untuk kurang kan tekanan darah tinggi dengan menggunakan apple dan carrot sebagai base adalah,
1) 2 green apples + 1 carrot + 1 celery (I tak suka bau celery tu bacin yikes so I cuma cuba sekali je)
2) 2 green apples + 1 carrot + 1 bitter gourd (Boleh la letak 5 biji peria tu kalo korang sanggup. Aku memang sekali ajela).
3) 2 green apples + 1 carrot + 1 start fruit (This one memang win.  I suka suka suka).

Boleh lah google lagi pelbagai resepi.  Kalau takde high blood pressure pun boleh minum untuk kesihatan dalaman.


Monday, July 30, 2012

Badak Berendam Buat Cinta Hati...



Badak berendam yang tak berapa nak comei...
                                                      
My hubby LOVES badak berendam ok.  This is something that he buys almost everyday kat bazaar ramadan.  Sedangkan wifey bole je buat.  Tapi wife nye kan banyak vitamin M... hehehe.  Tapi takpelah, since I don't enjoy bazar ramadan as much as some people despite there are plenty of food (I believe in kesederhanaan y'all), I decided to make some Badak Berendam untuk beliau.

Note: Kuih ni kalau kat rumah mak aku kami letak inti gula kabung... Kuah nye pulak pekat sikit.  Yang kat bawah ni adalah mengikut citarasa suami ku...

Resepi kuih badak berendam seperti berikut,

A: Buat Inti Kelapa
Bahan-bahan:
1. Kelapa parut (putih sahaja).  Bagitau pekedai, nak kelapa buat inti kueh.
2. Gula kabung/ gula merah (kalau nak kaler gelap taruk banyak sket).
3. Gula pasir (adjust ikut tahap kemanisan korang).
4. Air (kalau sebiji kelapa bajet la dalam 2 1/2 cawan airh periuk sederhana).
Note: Berapa banyak nak pakai tu terpulang le ikut citarasa manis masing- masing.  Aku masak style campak- campak so tak reti nak bagi quantity.

Maafkan kualiti gambar pakai fon ni yer :p

Cara:
1. Campur kan bahan 2,3 dan 4 kedalam periuk dan masak sampai mendidih.  Nak pakai periuk ke kuali ke sukati korang la.
2. Masuk kan kepala parut.
3. Kacau sampai kering (tapi inti ni akan jadi ala-ala lembab melekit gitu kalau sukatan air dan gula nye betul.
4. Sejukkan.





B:  Let's start menggentel y'all
Bahan- bahan:
1. Bahan A di atas.
2. Tepung pulut.
3. Kapur sireh.
4. Air
5. Optional : pewarna hijau.
6. Santan.
7. Sedikit garam dan gula.
8. Minyak (sapu kat loyang, kalo tak confident masa gentel pon bole sapu kat tangan).

Cara:
1. Campur tepung, air dan sedikit air kapur sireh (sikit jer kalo terlebih pahit)
2. Adun sehingga menjadi lembut dan bole digentel- gentel.  Trick nye bagi aku, if tak melekat kat tangan, tak pecah bila digentel menandakan yang tepung tu just nice jer! 
3. Sapu sket minyak masak kat loyang tak bagi melekat.
3. Mula gentel dan gentel.  Size adalah hak individu yer.  Aku tak minat besar- besar sangat.  Dah gentel letak le dalam loyang (macam dalam gambar).
4. Sementara tu panaskan air dalam kukus sampai mendidih.
5. Bancuh santan + air sket + garam + gula + sedikit tepung pulut.  Note: Tepung pulut tu, kalau kau suka pekat bole banyakkan.  My hubby suka kuah macam bubur so cair je.  Dan dia prefer kuah tu manis so I tried to put very little salt. 
6. Tuangkan ke dalam loyang yang di penuhi badak- badak tadi.
7. Kukuskan selama 10-15 minit. 
8. Dah siap... tara...

Sila layan gambarajah di bawah.

Tepung pulut.

Setelah di campur air dan sedikit air kapur sireh.
Sapu minyak sket kat loyang.
Masukkan inti tadi.

Gentel...
Dan gentel lagi.  Ooops maaf ada tak comei sket, kena kaco.

Kukus selama 10-15 minit.

Friday, May 21, 2010

Agar- agar santan

Ada jugak orang panggil agar- agar lumut. Yang ni favourite akakkk ok.


Bahan - Bahan
1 paket agar-agar
Air secukupnya
Gula melaka/gula manisan
4 biji telur
Santan
Sedikit daun pandan
(dicuci bersih dan disimpul)

Cara- Cara Memasak
Sila refer http://resepi.mesra.net/Detailed/5849.shtml (Mesra.net Resepi) sebab saya takut tak boleh re-publish. Maklumla kan, kang kena Copyright pulak. Hehehe.

Tuesday, April 13, 2010

Basic Pancake Recipe

My constant craving for pancake, so I decided to look up for the simplest recipe.  Masalah nye aku tak sure pun if this is the simplest.  LOL.  Layan je lah, janji one fine weekend bila aku perlukan resepi ni untuk melayan craving tu, resepi ni ade kat depan mate.  Heheh meaning kat dalam blog ni la, takyah nak search dah.


Serve these pancakes with butter and syrup.


Ingredients:

•2 cups all-purpose flour, stirred or sifted before measuring

•2 1/2 teaspoons baking powder

•3 tablespoons granulated sugar

•1/2 teaspoon salt

•2 large eggs

•1 1/2 to 1 3/4 cups milk

•2 tablespoons melted butter

Preparation:

Sift together flour, baking powder, sugar, and salt. In a separate bowl, whisk together the eggs and 1 1/2 cups of milk; add to flour mixture, stirring only until smooth. Blend in melted butter. If the batter seems too thick to pour, add a little more milk. Cook on a hot, greased griddle, using about 1/4 cup of batter for each pancake. Cook until bubbly, a little dry around the edges, and lightly browned on the bottom; turn and brown the other side. Recipe for pancakes serves 4.

Diana Abdul Molok @ TRS