Monday, November 14, 2011

Starbucks Card! Dapatkannya sekarang...

Warning: Ini adalah post poyo seorang peminum kopi.  Kalau tak berkenan sila tinggalkan page ini hahaha.

Sebagai seorang peminum tegar Starbucks (eh yeker heheh) dan saya dengan ini mengumumkan bahawa Starbucks telah mengeluarkan topup card nye sendiri... (Ala macam Coffee Bean la jugak, tapi yang ni oleh Starbucks).  


How does it work?  Ala sama je macam kad toup Touch N Go korang tu, isi je duit kat dalam pasni nak beli air feveret korang takyah bawak cash.  Swipe dan menang jer you... Debit card gitu.  Masa I sign up ada 3 design jer, lagi dua card tu design dia terlalu 'chrismassy'.  Akak tak mau la kan, nanti card akak tu out of season gitu.  Hehehe so akak go green katanyer...  Topup sikit dapat free drink (lepas hang register online).  Topup RM100 boleh dapat card caddy dibawah ini.  Topup terlebih banyak, dapat lobang kat poket sebelum gaji... 


Ini bahagian belakang card nye.... Taklah se'vogue' mana yew... Tapi cukup lah ahahaha.  


Teringin?  Senang jer, caranya pergi ke mana- mana Starbucks yang ada kat Malaysia ni dan cakap, "Kak, saya nak buat card Starbucks"... Kalau barista tu buat muka poyo, ko blah jer cari Starbucks atau kedai kopi mamak.  Pastu ko kena topup minimum RM20.  Kalau ada duit lebih sikit sementara stock ada, boleh la topup RM100 seperti yang I cakap kat atas... Pastu card boleh guna serta merta.  Tapi rugi you, baik you pergi register dulu card you di www.starbucks.com.my.  Boleh redeem 1 grande free drinks.  Ada lah beberapa benefit lagi dengan card ni, bole baca kat sini: http://card.sbux.com.my/.  

Ahahaha sekian kepoyo-an saya untuk hari ini.  

3 comments:

Elle said...

memang poyo gilerrrr babe!
am so gonna get one..soon...

Anonymous said...

Macam mane nak dapatkan kad tu yang belum ada kad tu..selalu pergi pun bayar cash jer..nak guna card dia tapi takde card tu..macam mna nak dapatkan kad tu..boleh bagitahu tak

Anonymous said...

Kan akak tu cakap mintak dekat cashier “kak,saya nak buat card”