Showing posts with label mother of three. Show all posts
Showing posts with label mother of three. Show all posts

Friday, February 10, 2017

Projek pemutihan baju dan kasut sekolah

Wow tiba-tiba I pantas rajin nak buat post laagi ni.   Nak share,  antara cabaran anak bersekolah ni adalah mencuci pakaian sekolah yang berwarna putih.   Kalau yang anak sekolah swasta tu mungkin tak terasa sangat.   Tapi bagi I yang anak sekolah orang kebanyakan ni memang mencabar sangat.   Hari pertama anak balik dari sekolah dah nak menangis mommy rasa k. 
 
I ni pula bukan lah jenis redha nak rendam aje dan masuk washing machine,  lantak lah apa hasil.   Nak fikir tak larat,  memang tak larat,  tapi tah apa penyakit dok rendam,  bleach dan berus juga.   Bayangkan dah berapa minggu ni,  dah naik sado lengan membasuh,  5 pasang baju sekolah agama,  3 pasang baju sekolah kebangsaan,  5 pasang kasut.   Semua putih,  dan sental berus tangan.   Gigih sangat.   Must I remind you that I am maidless hehehe. 
 
Setakat ni belum cuba lah brand-brand sabun hebat hebat diperkatakan yang takde jual kat supermarket.  Tapi brands yang hebat di supermarket rasanya semua dah try.   Sabun jenama A,  B, D,  V,  semua dah try.   Campur pulak dengan pelbagai jenis bleaches.   Memang agak kecewa sebab rendam,  berus,  rasa dah nak hancur baju-baju dan kasut anak.   
 
Haritu masa stock up barang pencuci kat Speedmart 99, dok la mundar mandir cari sabun mana pulak nak try...  Mana yang agaknya magik ye untuk baju dan kasut sekolah anakanda...  Hmmm.   So I pun grab la sejenis sabun yang tak terfikir di minda ni.   Tak pernah guna sabun ni rasanya.   Masa nak ambik tu,  ingat nak try sabun buku sekali.   Tapi wahh agaknya rezeki nak serasi.   I ambik sabun jenama Max Kleen 9.  Harga 1kg,  RM6.70.
 
So harini,  sebab Mommy adalah Mommy prihatin nak share dengan mak mak diluar sana kot-kot lah korang nak try,  kot lah dengan korang menjadi sama...  Dapat juga I berkongsi kegembiraan dengan korang kan?   Lagi pulak kalau korang ni jenis malas nak order order,  nak tunggu orang pos bagai.  
 
Baju sekolah,  rendam semalaman.   Pagi tu I terus mesin kan aje.   Tanpa memberus.
Kasut pulak,  rendam pagi tadi,  tengahari berus light aje.   Takyah menyental sampai rasa sado lengan pon. 
 
Hasil dia,  emmm rasa nak melompat kegirangan sampai pegi update kawan-kawan sahabat handai semua suruh try.   Ini memang testimoni ikhlas bukan jual barang ni.   Sabun ni ada jual kat mini market,  supermarket,  pergi lah cari.   Mana tau serasi dengan jenis kotoran anak korang.   Kotoran anak I biasa la,  kotor meleset kat meja,  lantai,  warna, susu coklat.   Tapi rasanya kalau kotoran dah terlalu lama,  dah meresap dalam fabrik,  susah la sikit kot.   
 
Lupa transfer photo before.  Nanti I upload.

Nah... Kasut sebelum rendam pagi nye.

Berus sikit- sikit dah OK.  Kasut dah hancur selama ni Mommy bantai bleach. 
Boleh la rakan-rakan mak-mak nak cuba,  mana tau sesuai.   Pergi lah beli.   Murah je kot,  kalau tak jadi pon tak lah korang menyesal sangat.   Info macam ni, kalau bagi I sendiri memang sangat berguna sebab I ada berpasang pasang pasang nak cuci.  Memang seksa hoi...


Thursday, December 01, 2016

Tengok Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng


Weekend bawa anak- anak kesayangan pergi tengok Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng.  Memang anak- anak dah nampak iklan kat tv, dah ala- ala takleh nak lari dah dari bawak diorang tengok sebab memang dah sort of berjanji.  Dia ingat pulak tu, movie tu release pada 24 November yang lalu (Khamis) so masuk je 24 November tu memang Kakak dah asyik tanya bila bila bila.  Tunggu weekend lah anak yee...

Memula risau juga sebab macam cerita- cerita lain macam Boboi Boy, Zootopia etc memang beli awal ticket sebab penuh aje.  Tapi macam biasa Mommy dia mudah hilang ingatan, lupa beli tiket sampai pagi sabtu tu bila anak tanya lagi... Ooopssss.  Ala tapi bila baca review macam expected yang seats takkan penuh sebab ada baca review yang kurang bernas sikit pasal filem ni, menyeru ibu- bapa semua toksah buang masa nak bawak anak gi tengok filem ni.  So tengok memang seats untuk sabtu petang dan malam tu pun memang banyak.  Oh tapi terasa penat sangat nak pergi jugak sabtu tu, so I decided to take them on Sunday.  

Macamana nak cakap ye, filem ni hmmmm.... 

Is it worth it?  Best ke?  Seronok sangat ke?

What I observed was, anak- anak I happy lepas tengok.  Haiyoooo, seronok sangat diorang sepanjang tu tersenyum- senyum, tergelak- gelak, punya lah best kan diorang layan.  "Mommy, tengok tu upin ipin keluar.." "Mommy tengok tu upin ipin jatuh"... Shhhh diam diam sayang nanti bising orang lain tengok.  

Bila I cakap, tak best laaaa Upin Ipin ni, my eldest akan marah hahahaa. Tak baik, Mommy cakap macam tu.

Rasa macam watak utama filem ni bukan ipin dan ipin pun... yang nak diketengahkan is Aqish, anak yatim piatu yang tinggal di rumah anak yatim Darul Makmur who is about to lose her shelter when the daughter of their previous caregiver gave on them.  Senang cerita, rumah anak yatim ni dah nak kena rampas, kewangan tak cukup untuk tampung semua perbelanjaan.  

So kalau pelik macamana boleh ada Awie, Remy Ishak, David Teo lak dalam Upin Ipin ni adalah kerana nak cari 'fund' untuk sustain rumah anak yatim tu.  Tapi korang perasan tak, aku macam takleh terima sebenarnya, camana anak kepada kawan arwah ayah si Noreen yang ambik alih tu boleh tetiba 'ok, korang tolong aku cari duit langsaikan hutang aku dengan si ah long ni, aku bagi balik ruma ni'.  So sebenarnya misi cerita ni ialah cari duit selesaikan hutang dengan samseng.  Iskkk.  

Tak ada watak watak lain Upin Ipin selain dari dua kembar ni aje dalam cerita ni.  Opah, Kak Ros yang selalu hangin satu badan, Tok Dalang, kawan-kawan seperti Mael, Jagjit dan sape lagi semua tu tak ada pon dalam ni.  Hanya Upin Ipin yang timbul hanya sebagai imaginasi pada Aqish ni.

Aqish ni kuat merajuk, cakap agak kasar juga kalau tengok.  Yang ni, kalau boleh nasihat anak jangan ikut eh?  Soalan Mr B pada saya, dah kenapa laaa watak Aqish ni pakaian dalam cerita ni buruk betoi.  I cakap la, laaa kan kata anak yatim... Tu sebab agaknya.  Dia macam duhhhhh takde makna. Bebudak lain semenggah jee.  Ok I tak faham apa masalah Mr B disitu.  Hahahaha.

Ehhh pastu baru I perasan, Remy Ishak ni rongak sebelah kiri rupanya.  Adehhhh hahahaa.  Watak dia sebagai Bo memang sangat goofy lah.  Kelakar habis.

Sedih gak, jalan cerita dia, I boleh terima.  Cuma sedih sebab tajuk je Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, kita tak terbayang yang memang role Upin & Ipin dalam tu memang hanya sekadar buat penampilan sekejap- sekejap dengan perkataan pertama dari mulut mereka, "Jeng Jeng Jeng".  Agaknya kita pujuk hati, cakap tak perlu rasa tertipu sangat.  Udah memang tajuknye pon begitu, maka begitu lah cerita nye.  Hehehehe.

Tapi yang paling penting sangat, anak- anak gembira je.  Biar lantak lah Mommy dia fikir apa.  Tak ada anak yang meronta nak keluar panggung, kecuali Cik Nina sayang saya yang nak terkencing.  Takde anak- anak bangun cakap tak best aaaa jom balik.  They really enjoyed it, sangat menghargai Mommy bawak diorang, sangat sangat syukur.  Siap cakap, lepas habis je movie, thank you Mommy... sebab bawak kitorang... Terima kasih sangat, we love you.

I love you too babies.

So perlu pergi tengok ke tak?  Tepuk dada tanya selera.  I rasa semua orang patut pergi dan experience sendiri.  Give it a chance.  Rasanya KRU pon harus diberi pujian atas graphic yang bagus, gabungan animasi dan kehidupan.  Wahhh.  Hebat anak melayu kan?

Pergi lah, tengok :)  Beri peluang melayu kita belajar lagi menghasilkan yang lebih baik lepas ni.




Monday, November 21, 2016

Ayesha leaving kindy soon!


This is a very personal post, saje nak merakamkan sikit memori anak pertama ni.  Kesayangan Mommy, Ayesha will only be in kindy for another week and then it'll be a longgg break before she enters the first year of primary school.  Semalam, 20 November 2016 Ayesha punya konsert terakhir di Kindy dah pun berlansung.  Siap terima scroll lagi hahaha.  So cute.  Masa Mommy dulu tak ingat pula ada ke tak.  Kena tanya dengan tok.  

Mana lah tau suatu hari Ayesha baca ni...

How does that make me feel, my eldest, yang ratu nangis masa kecik, yang sampai besar ada masalah sikit and tersedu- sedu mengadu kat Mommy, yang kalau tak puas hati apa sekali pun semua nye mengadu di bahu Mommy, bakal menjejak kaki ke sekolah rendah pulak.  Mixed feeling!!! She is my first, I know with her it is always emotional.  Bunyi ala- ala poyo aje kan hahaha.  Well, memang poyo pon.  Every milestones, every steps of the journey memang Mommy kenang sangat- sangat bila dengan Ayesha. The labour details, bila tumbuh gigi, bila patah gigi, bila makan, bila demam, pergi kindy for the first time, how she wean off the breastmilk.  I did my best to try and remember everything.

Sekarang ni Ayesha dah 6 tahun, pandai menjawab dah bila Mommy cakap dan tak kena rasa pada dia... Merajuk muncung panjang sedepa bila rasa Mommy tak adil atau tak dengar cakap dia.  Paling gemar apa Mommy masak walaupon hanya ikan goreng (well actually, especially ikan goreng hahahaa).  Walaupon kadang- kadang Ayesha jerit kat Mommy, tak puas hati (kadang salah Mommy gak), Mommy tetap maafkan Ayesha takkan ada sikit lah rasa Mommy simpan dalam hati.  Ayesha pandai ambik hati Mommy, kadang- kadang walaupon benda tu Ayesha tak suka tapi Mommy suruh (contoh tak suka kuey teow, tapi Mommy suruh rasa juga), Ayesha akan usaha buat, just to make me happy.  

Ayesha suka makan makan makan hahahaha.  Lepas dah makan banyak- banyak, Ayesha cakap risau gemuk.  Risau dia macam teenagers tau.  Lepas tu tanya, besar sangat tak perut Ayesha, Mommy?  Lepas tu dia akan sedut perut ke dalam hahaha.




Rajin Ayesha, tak yah cerita ah.  Rajin sangat nak tolong masak, tolong kemas rumah dan dapur, tolong angkat barang.  Tapi dengan Ayesha ni satu jelah kena jaga.  Mood dia kalau tak kena apa pon tak boleh.  Sama macam kecik- kecik dulu, tak boleh cakap dia busuk ke gemok ke.  

I think in a few days gigi depan Ayesha 2 batang yang dah dekat 2  minggu goyang tu akan tertanggal.  Dia duduk sibuk juga nak cabut tu, tapi memang suruh tunggu sampai lepas concert.  Cakap kat dia nanti tak cantik bila menari gigi tak ade.  Hahahaha macam tokkkk.

Actually hati Mommy risau gak, Ayesha nak sekolah ni.  Bukan risau sikit, risau banyak sebenarnya.  Sebab Ayesha dah mula menangis, cakap takut nak sekolah.  Takut naik bas, takut tak reti beli makanan, tak reti itu ini.  Ok I really don't blame her, because I myself, memang menangis kalau kena naik public transport sejak kecil lagi.  Kemana tumpah nye kuah kan???

Tapi, Mommy rasa, memang lah Ayesha manja, merungut, mengadu dan sebagainya.  Above all, sebenarnya seorang anak yang matang.  In shaa Allah pandai jaga diri.  Sekolah rendah aje pon, I will tell myself.  She will go through many more hurdles and challenges in life... At times, I may not even be there by my side.  So ada masa dan ketika, kena let go juga.  Macam tu lah Mommy... Hakikat kehidupan.  She does not get any smaller, she will grow bigger and before you realise it she will no longer be by your side...  Which I always pray, she will...

Thursday, November 17, 2016

Putrajaya Night Marathon 2016

Ok done another 10km for 2016 for the Putrajaya Night Marathon berlansung pada 12 November lalu - hoping this won't be the last for this year.  Ada lagi satu target ni tapi tengok keadaan macamana lah ye... Macam ni lah baru nak berjinak- jinak.  Bagi 10km dulu banyak banyak pastu kita try 21, pastu full pulak ye?  Kalau mampu hahaha.  Tapi untuk personal rekod memang dah set akan cuba juga suatu hari nanti, in shaa Allah.  Kita bagi fit badan dulu k.  Sekarang tengah recovery ni, so buat slow jog aje alternate days lepas rehat 3 hari.

Hujan, gerimis malam tu dekat lokasi.  Belum cerita kesesatan diperjalanan nak ke Putrajaya.  Hahahah asyik masuk salah exit je.  Kemudian pakai waze pula, asyik hilang connection, tak ada line.  Apekah?  Dengan nak terkenc*** nya kesejukan sebab sepanjang jalan hujan lebat.

Takde lah nak post sebab nak tunjuk kehebatan diri.  Buat post pasal run ni pun sebab nak rekodkan memori sebagai kenang- kenangan hahahaa.  Heyyyyy, you think it's easy achievement for someone my weight and laziness level?  Plus, I'm a mother of 3 whose kids grab my pants whenever they see me getting ready.  Susah tau nak escape anak- anak... Sila ketawa kemenangan sangat... I told my eldest, I'll be back right after Maghrib (tipu sunat sikit sebab kalau cakap lambat memang dia akan ikut).  Tak baik tau Mommy tipu anak, sebab habis je run, call rumah I dah kena bebel dengan Ayesha sebab 'ini dah lama selepas Maghrib habis, Mommy...'  Bayang la baru nak tarik napas lega, kena bebel pula.  Kau rasa?

Putrajaya Night ni event agak famous jugak kan?  Kata kawan- kawan yang memang kaki, event sebelum- sebelum ni ditaja BSN.  Tapi agaknya this year since semua orang berjimat, event pon seperti berjimat juga.  Tak taulah if I sorang yang kecewa tengok kualiti baju... Hmmmm.

First time,

#lari dalam gerimis - baru start off dah ada yang tergelincir malam tu.
#lari malam - nasib cuaca sejuk, jalan raya tidak panas haha.
#lari tanpa gps - dok wondering lahhh dah berapa kilo I lari ni huwaaaaa.
#lari dari anak- anak, sedang mereka dalam jaga.