Wow tiba-tiba I pantas rajin nak buat post laagi ni.
Nak share, antara cabaran anak bersekolah ni adalah mencuci pakaian
sekolah yang berwarna putih. Kalau yang anak sekolah swasta tu mungkin
tak terasa sangat. Tapi bagi I yang anak sekolah
orang kebanyakan ni memang mencabar sangat. Hari pertama anak balik
dari sekolah dah nak menangis mommy rasa k.
I ni pula bukan lah jenis redha nak rendam aje dan masuk
washing machine, lantak lah apa hasil. Nak fikir tak larat, memang
tak larat, tapi tah apa penyakit dok rendam, bleach dan berus juga.
Bayangkan dah berapa minggu ni, dah naik
sado lengan membasuh, 5 pasang baju sekolah agama, 3 pasang baju
sekolah kebangsaan, 5 pasang kasut. Semua putih, dan sental berus
tangan. Gigih sangat. Must I remind you that I am maidless hehehe.
Setakat ni belum cuba lah brand-brand sabun hebat hebat
diperkatakan yang takde jual kat supermarket. Tapi brands yang hebat di
supermarket rasanya semua dah try. Sabun jenama A, B, D, V, semua
dah try. Campur pulak dengan pelbagai jenis
bleaches. Memang agak kecewa sebab rendam, berus, rasa dah nak
hancur baju-baju dan kasut anak.
Haritu masa stock up barang pencuci kat Speedmart 99, dok
la mundar mandir cari sabun mana pulak nak try... Mana yang agaknya
magik ye untuk baju dan kasut sekolah anakanda... Hmmm. So I pun grab
la sejenis sabun yang tak terfikir di minda
ni. Tak pernah guna sabun ni rasanya. Masa nak ambik tu, ingat nak
try sabun buku sekali. Tapi wahh agaknya rezeki nak serasi. I ambik
sabun jenama Max Kleen 9. Harga 1kg, RM6.70.
So harini, sebab Mommy adalah Mommy prihatin nak share
dengan mak mak diluar sana kot-kot lah korang nak try, kot lah dengan
korang menjadi sama... Dapat juga I berkongsi kegembiraan dengan korang
kan? Lagi pulak kalau korang ni jenis malas
nak order order, nak tunggu orang pos bagai.
Baju sekolah, rendam semalaman. Pagi tu I terus mesin kan aje. Tanpa memberus.
Kasut pulak, rendam pagi tadi, tengahari berus light aje. Takyah menyental sampai rasa sado lengan pon.
Hasil dia, emmm rasa nak melompat kegirangan sampai pegi
update kawan-kawan sahabat handai semua suruh try. Ini memang
testimoni ikhlas bukan jual barang ni. Sabun ni ada jual kat mini
market, supermarket, pergi lah cari. Mana tau serasi
dengan jenis kotoran anak korang. Kotoran anak I biasa la, kotor
meleset kat meja, lantai, warna, susu coklat. Tapi rasanya kalau
kotoran dah terlalu lama, dah meresap dalam fabrik, susah la sikit
kot.
Lupa transfer photo before. Nanti I upload. |
Nah... Kasut sebelum rendam pagi nye. |
Berus sikit- sikit dah OK. Kasut dah hancur selama ni Mommy bantai bleach. |
Boleh la rakan-rakan mak-mak nak cuba, mana tau
sesuai. Pergi lah beli. Murah je kot, kalau tak jadi pon tak lah
korang menyesal sangat. Info macam ni, kalau bagi I sendiri memang sangat berguna sebab I ada berpasang pasang pasang nak cuci. Memang seksa hoi...
1 comment:
haha interesting lavbaca blog u ni...saya pun baru je nak cuba max kleen9 ni,katanya kurang buih ye?Saya guna mesin front load...kalau guna serbuk lebih sesuai kata technician Electrolux.Sbb sebelum ni saya guna Top low suds yg botol hijau tu (liquid concentrated).ok jelah..tk berapa hilang kotor.Hmm..kecewa jugak..liquid detergent kalau guna in long term boleh rosakkan mesin basuh jenis frontload.
Post a Comment