Showing posts with label Drama Melayu. Show all posts
Showing posts with label Drama Melayu. Show all posts

Thursday, September 15, 2016

Abang bomba anyone?

Asyik tengok duduk hype dekat newsfeed sampai semalam tergerak nak tengok satu drama melayu ni, 'Abang Bomba I love you' ek tajuk dia? Kadang- kadang ada jugak duduk tengok drama melayu ni especially bila teman mak... Most of the time tak dan nak tengok apa kat tv dah pun sebab busy dengan macam- macam benda lah... Especially when you have kids, I choose not to watch these cheesy drama cinta sebab I am so worried that kiddos are influenced by the act.  Tau la drama melayu sekarang, punya teruk sampai ada anak luar nikah sama-sama pon jadi bahan sweet sweet dalam drama.  So much rubbish.

Back to the one episode of Abang Bomba that I watched last night, it was mostly 'eurgh what the hell am I watching' kinda feeling but I waited all the way until the 1 hour slot is finished.  Hero dia memang handsome lah, heroin sumpah tak kenal, pelakon keras kayu dan muka tua sangat tak sesuai bawak watak budak sekolah.  Drama tu meninggalkan I dengan penuh tanda tanya, apa mesej yang cuba nak disampaikan ni sebenarnya.  Ok maybe I should be fair and not judge with just one episode tapi biasa nya dengan drama melayu ni kau tertinggal 10 episode pon masih boleh tangkap jalan cerita dia apa...

Ada unsur- unsur nasihat dalam skrip.  Maybe ada cubaan nak paparkan realiti anak melayu kena halau dari rumah oleh parents dan menumpang kasih pada Atuk, dan seorang lelaki lain bila kasih ayah sendiri tak dapat dimenangi.  Just my wild guess, since that's been the sentiments lately with Malaysian drama and movie makers, latest being the movie 'Pekak' which kononnya memaparkan realiti anak-anak hanyut... Tapi tiada jalan penyelesaian ditonjolkan dalam filem ini, mahupon tindakan menyelesai isu-isu demikian oleh pihak berkenaan ekoran dari filem-filem ini.

Balik pada drama tadi, I remember at the beginning of that episode last night I was actually horrified to find out that the girl chasing after this abang bomba, was a school girl.  Tergedik- gedik tersimpul- simpul tersengih- sengih.  Scary to even think that I have 3 girls in the house, watching this with me while I was satisfying my curiosity: what makes this Abang Bomba the hot topics on social media.  Guilty mom, half-way watching I asked Kakak to change to her normal cartoon slot, but she refused sebab Kakak dah tergedik-gedik tengok orang bercinta... 'Kenapa dia kena push-up Mommy? Lelaki tu tak suka dia dah ke?' Umur 6 tahun, dah faham jalan cerita dah pun.  Pastuh terfikir, ye, 6 tahun, mungkin dah mula suka pada boys... mungkin seronok tengok hero handsome, mungkin dah rasa bestnye tengok orang bercinta.  Ok there's no way on earth I'm going to let my kids watch these!!!

Yang paling tak faham.. budak tu budak sekolah kottttt. Kau dah kenapa?  Nak cakap it's ok to fall in love while your ultimate goal should be focusing on your study and just make sure you have a good future?  Adehhh la.  Bila ada part nasihat, aku tak rasa anak-anak remaja akan hadam nasihat tu.  The focus adalah pada sweet nye dapat bercinta dengan abang bomba handsome sado macam tu.  Dengan kes paedophile yang berleluasa sekarang ni, ini yang kita pilih untuk ketengahkan?  I really feel it's stupid.

Entahlah, nak hentam drama pon I know it is not my place.  Bersuara sebagai seorang ibu sahaja.  I was a teenager once, I know what teenage girls are capable of doing.  It made me worried sick that we are now living in the world full of sickos and we're not even doing our parts to make the world a better place.  Then there's tv shows and internet, yang mana kalau kau tak control memang boleh sangat memudaratkan... I'd like to think that we can do our small parts as parents, as civilians, start small kemudian baru lah boleh lihat dan merubah yang lebih besar...  As for me, I think being control freak parent works for me so far...  Let it be that way, forever if it helps me find out what my kids are up to...

#nakbebel
#rant
#parentingissue
#makmaksangat

Tuesday, October 18, 2011

Tahajjud Cinta dah habis...

Alaa penat tau follow 13 episodes, pastuh meroyan tengok ending Tahajjud Cinta yang macam 'tergantung'.  Pasai apa tergantung, pasal the rest kena suka imagination sendiri.  Kena lah imagine sendiri apa jadi kat Ustaz Shauki (Eman Manan) yang miang tu, kat Seri (Fouziah Ghous) yang redha sokmo tu, Citra (Norfazura) yang konon nya 'pejuang', Suraya (Neelofa) yang menggoda ustaz tu. 

Agak- agak dah nak sampai klimaks dah citer tu... Isk ingatkan pastu Ustaz Shauki kena rejam ke, kena sunat lagi sekali ke, atau apa-apa jelah.  Tapi just tertangkap, nampak muka Suraya kat tingkap.  Huwaaaaa marah tauuu kat akak Erma Fatima! 

Alkesahnye pada episod tu, Seri dengan Ustaz Solah kena tangkap 'khalwat' sebab malam tu Seri datang mintak tolong dengan Solah lepas kena pijak- pijak dengan sang suami gersang... Ptuuuiii...  Solah mintak tolong Suraya panggilkan Ibu Hamani (Erma Fatima), tapi Suraya jahat pergi bagitau Ustaz Shauki.  Apa lagi, berang la si gersang.  Maka dia memanggil ibu dan ayah Seri, isteri- isteri beliau dan juga orang kampung untuk merejam Seri dan Solah dengan batu.  Dahla saksinya Suraya je, entah hukum mana Ustaz Shauki pakai. 

Lepas Ibu Hamani lepaskan Seri dan Solah dari ditanam separuh badan kat dalam tanah, Sharifah (Melissa Saila) dok tikam dari belakang bagitau Ustaz Shauki.  Dah Hamani kena pijak plak.  Umairah plak (Dira), konon- konon goda Ustaz Shauki, padehal nak tikam Ustaz.  Fail juga u'ollssss.

Kesimpulan dari cerita tersebut memang la wa faham, apa yang cuba disampaikan.   Cuma cara penggulungan tu wa tak puas hatiiiiiii. Eeeeeeeeeeeeeee. Hiyarrrrkkkkkkk.  Emosi emosi.

Wednesday, October 12, 2011

Cinta Elysa semakin hangat!!!

Mahap lerrr cannot resist to post hehehe.  Tapi citer ni memang semakin hangat dan hangat!  Mama Elysa dah terkantoi hubungan sulit dia dengan Papa Elysa.  Pastu dok marah Elysa dengan Aril konon sebagai penyebab.  Lepas kantoi plak, Papa Elysa tukar wasiat dia - haaaa aku rasa dia dah jadikan Aril sebagai penama semua harta dia sampai anak dia boleh uruskan sendiri kot??? Jeng jeng jeng.  Mesti Mama Elysa tak dapat apa- apa!!!  Nak dijadikan cerita, lepas tukar wasiat tu, kena pukul la pulak dengan kayu besbol.  Mati dah Papa Elysa.  Si Mama plastik tu pura- pura sedih.  Ntah- ntah ko yang hantar kotttttt orang bunuh laki ko?

Tak sabar nak tunggu saat wasiat dibacakan dan perempuan itu terkedu setelah mendapati dia tak dapat sesen pun!  Ada ke scene macam tu nanti hehehe.  Adik bongsu Elysa lak dah rapat betul dengan Aril.  Dah macam gay boy plak aku rasa hahaha.

Tiap- tiap minggu looking forward to watch this one.  Jangan lupa k, setiap Selasa 9:00 malam, TV3.  Lagu- lagu yang dimainkan untuk cerita ni pun hangat- hangat gitu.  Lagu Cerita Dongeng oleh Stacy, dan bermacam- macam lagi.  A must watch and soothing to the ears to (except for suara Fasha Sandha yang annoying errrrk).

Wednesday, September 21, 2011

Layan 'Cinta Elysa', TV3, setiap Selasa 9 malam

Photo dipinjam dari sini.
Ok call me lame, kemaruk drama melayu or whatever, tapi ini adalah satu- satunya entertainment bagi Mommy, ya?  Sebab at 9:00 pm adalah waktu baby kena meragam nak melepekk kat Mommy, dan Mommy kena naik bilik.  Kat bilik takde Astro, ada TV3 jer hehehe.  So sambil layan anak, layan TV.  Ok la tu kan.

Drama terbaru aku layan sekarang ni ialah Cinta Elysa, slot lestary TV3, sestiap Selasa, 9 malam.  Walaupun Fasha Sandha bukan lah pelakon kegemaran hati, tapi filem ini mesti ditonton kerana jalan cerita nya kelihatan sangat catchy y'all!  Baru episod ke-2 dah berdebar-debar hati Mommy ni.  Seriously I am not lying.  It is not easy to get my attention kat TV ni sebab aku bukan jenis focus sangat kat TV.  Tapi, as always kalau level 'tolerance' korang lain dari aku, jangan marah aku k!

Watak- watak dalam drama ni antara yang aku kenal ialah Fasha Sandha (sebagai Elysa) bersama Johan Arif (sebagai Arif.  Lu sebut nama ni wa pun tak kenal, tapi kalau Botak yang berlakun Juvana memang wa kenal hahaha), ada Dato' Jalaludin Hassan (Papa Elysa), Zila Bakarin (Mama Elysa), sorang mamat poyo yang jadi kekasih gelap Zila Bakarin. 

Aku suspect Elysa dengan Aril ni nanti jatuh cinta.  Elysa ni anak orang kaya la kan, tengah belajar kat college.  Tengah menghadapi dugaan hidup dimana dia terserempak Mama dia dengan lelaki lain.  Kat kolej plak ada sorang mamat ni suka kacau Elysa.  Aril plak anak yatim piatu, takde mak ayah, duduk dengan Makcik Maryam (Sherry Merlis).  Samseng kampung katanya.  Buat hal sana sini. 

Satu hari tu Aril ni kena tuduh merogol anak dara sorang ni kat kampung.  Makcik Maryam cakap ko blah la pegi KL kat rumah Papa Elysa tu.  Papa Elysa merupakan bapak saudara pada Aril.  Adik tiri pada arwah ayah Aril gitu.  Aril pun pergi la.  Dah sampai KL, trouble plak sebab Elysa tak suka, Mama Elysa yang poyo pon tak suka.  Tapi Papa Elysa suka sangat- sangat.  Siap nak hantar pi college, nak suruh uruskan bisnes dia dan jaga family dia.  (Syak wasangka hati ini mengatakan harta arwah bapa Aril ada dijaga Papa Elysa, sebab tu dia macam suka sangat dengan Aril.  I could be wrong!)

Isk tapi watak Aril ni, memang aku suka.  Sebab ganas gitu yewww.  Botak memang terer main watak samseng jalanan kekekeke.  Pukul sana- sini.  Jerit sana- sini.  Bahasakan diri dia 'aku' walau dengan sesiapa pun.  Tapi kononnya, se-samseng samseng Aril Botak, kelihatan jelas hatinya sangat baik.  Ewah.  Dia nampak macam terharu dengan keikhlasan Pak Su (Papa Elysa) menjaga dia.  Sejak bila pandai baca hati orang tah.  Watak Alysa is of course to me, is the typical Fasha Sandha's play, anak orang kaya yang manja, hehehe. 

Apa jadi seterusnya aku tak tau... Kena tengok lah eh!  Hehehe.  Layan kan jela kebosanan aku ni, yer? 

Ada sinopsis kat sini:


Thursday, September 15, 2011

Drama Tahajjud Cinta (TV3) bikin gua meroyan...

Ewah tajuk.... hehehe bukan meroyan pasal apa, meroyan tunggu minggu ke minggu la.  Dah banyak minggu juga la ter-miss.  Korang nak panggil aku bangang ke apa sebab tengok drama melayu, aaa silakan.  Saya orang melayu, sapa lagi nak tengok drama melayu kalau bukan orang kita, ye tak?

Tapi drama oleh Erma Fatima ni memang terbaik lah.  Menampilkan pelakon- pelakon yang takde lah aku gemar, contoh nya Remy Yahya yang comot tu, Eman Manan (Ustaz Shauki), Norfazura (watak Citra yang pada pendapat aku tak sesuai bawak watak tu, but whatever... Maybe she was chosen sebab dia sesuai juga watak orang- orang bandar ni kan)... Ada Fauziah Ghous (watak Seri).  Pastu ada pompuan gedik tua tu, tah sapa nama dia sebagai Mama Citra.  Tapi gedik- gedik dia tu, aku tau she's a good actress!  Selalu watak dia menjadi, yer.

Drama ni main kat TV3 pada hari Jumaat 9:00 malam.  Sebab apa selalu terlupa, kadang-kadang sebab keluar.  Kadang- kadang sebab tertido sekali dengan anak.  Kadang- kadang leka dengan anak.  Memang drama ni ada jugak yang condemn.  Yelah sebab seolah mempermainkan agama dan batas- batasan nye.  Tapi bagi aku, a drama is a drama la yobbb.  Bior lantok le mereka.  Ini lah semata- mata hiburan untuk emak- emak seperti aku hehehe.

Geram tauuu tengok kegatalan Ustaz Shauki yang nak berbinikan Seri.  Dahla bini originally dah ada 4, siap boleh ceraikan sorang atas alasan menjatuhkan air muka dia sebab memfitnah Seri.  Tup- tup nak berbinikan Seri sebab nak mintak mahap, what the hell la... Isk isk.  Kalau aku dapat Ustaz Shauki tu aku terajang muka dia.  Hiyarrrrkkkk.

Yang Seri tu pun kenapa, semua nak turut?  Pompuan kampung memang gitu ek, blaja tinggi- tinggi, pastu nak kawin?  Yek?  Aku orang kampung gak, tapi tak cenggitu, ngeeeehhh.  Kawin juga, tapi selepas, I repeat, SELEPAS mendapat kerja yang baik dan mampu menyara diri, Alhamdulillah.  Pastu semua dalam watak ni memainkan peranan 'Oh Aku Tidak Berdaya' termasuk la ayah Seri, mak Seri, adik- beradik Seri...?  Rasanya Citra akan tolong Seri nanti kot sebab Citra kan suka hal memperjuangkan hak- hak wanita ni?

Tak kesah la korang nak anggap drama ni kolot ke, tolol ke, gediks ke.  Aku tetap follow, sebab jalan ceritanya sangat menarik, dan menjadi semakin menarik.  Tapi memang dari mula cerita tu ko dah boleh agak dah la penghabisan ceritanya, as always, cerita Melayu kan... Macam aku, dah boleh agak yang Ustaz Shauki tu ada maksud tersembunyi masa dia 'ikhlas' nak membelanja Seri belajo di luar negeri.  Wak lu...

Apa- apa pun thumbs up lah pada Erma Fatima sebab berjaya menghasilkan drama TV yang terbaik, as always.  Rasanya hasil karya Erma Fatima sentiasa terbaik, dan mantap!

P/S: Harap tak ter-miss lagi minggu ni.  Harituh dah ingat, tetiba drama tu cuti raya plak hehehe.