Wednesday, September 21, 2011

Layan 'Cinta Elysa', TV3, setiap Selasa 9 malam

Photo dipinjam dari sini.
Ok call me lame, kemaruk drama melayu or whatever, tapi ini adalah satu- satunya entertainment bagi Mommy, ya?  Sebab at 9:00 pm adalah waktu baby kena meragam nak melepekk kat Mommy, dan Mommy kena naik bilik.  Kat bilik takde Astro, ada TV3 jer hehehe.  So sambil layan anak, layan TV.  Ok la tu kan.

Drama terbaru aku layan sekarang ni ialah Cinta Elysa, slot lestary TV3, sestiap Selasa, 9 malam.  Walaupun Fasha Sandha bukan lah pelakon kegemaran hati, tapi filem ini mesti ditonton kerana jalan cerita nya kelihatan sangat catchy y'all!  Baru episod ke-2 dah berdebar-debar hati Mommy ni.  Seriously I am not lying.  It is not easy to get my attention kat TV ni sebab aku bukan jenis focus sangat kat TV.  Tapi, as always kalau level 'tolerance' korang lain dari aku, jangan marah aku k!

Watak- watak dalam drama ni antara yang aku kenal ialah Fasha Sandha (sebagai Elysa) bersama Johan Arif (sebagai Arif.  Lu sebut nama ni wa pun tak kenal, tapi kalau Botak yang berlakun Juvana memang wa kenal hahaha), ada Dato' Jalaludin Hassan (Papa Elysa), Zila Bakarin (Mama Elysa), sorang mamat poyo yang jadi kekasih gelap Zila Bakarin. 

Aku suspect Elysa dengan Aril ni nanti jatuh cinta.  Elysa ni anak orang kaya la kan, tengah belajar kat college.  Tengah menghadapi dugaan hidup dimana dia terserempak Mama dia dengan lelaki lain.  Kat kolej plak ada sorang mamat ni suka kacau Elysa.  Aril plak anak yatim piatu, takde mak ayah, duduk dengan Makcik Maryam (Sherry Merlis).  Samseng kampung katanya.  Buat hal sana sini. 

Satu hari tu Aril ni kena tuduh merogol anak dara sorang ni kat kampung.  Makcik Maryam cakap ko blah la pegi KL kat rumah Papa Elysa tu.  Papa Elysa merupakan bapak saudara pada Aril.  Adik tiri pada arwah ayah Aril gitu.  Aril pun pergi la.  Dah sampai KL, trouble plak sebab Elysa tak suka, Mama Elysa yang poyo pon tak suka.  Tapi Papa Elysa suka sangat- sangat.  Siap nak hantar pi college, nak suruh uruskan bisnes dia dan jaga family dia.  (Syak wasangka hati ini mengatakan harta arwah bapa Aril ada dijaga Papa Elysa, sebab tu dia macam suka sangat dengan Aril.  I could be wrong!)

Isk tapi watak Aril ni, memang aku suka.  Sebab ganas gitu yewww.  Botak memang terer main watak samseng jalanan kekekeke.  Pukul sana- sini.  Jerit sana- sini.  Bahasakan diri dia 'aku' walau dengan sesiapa pun.  Tapi kononnya, se-samseng samseng Aril Botak, kelihatan jelas hatinya sangat baik.  Ewah.  Dia nampak macam terharu dengan keikhlasan Pak Su (Papa Elysa) menjaga dia.  Sejak bila pandai baca hati orang tah.  Watak Alysa is of course to me, is the typical Fasha Sandha's play, anak orang kaya yang manja, hehehe. 

Apa jadi seterusnya aku tak tau... Kena tengok lah eh!  Hehehe.  Layan kan jela kebosanan aku ni, yer? 

Ada sinopsis kat sini:


2 comments:

NormaLiza Mah said...

dah miss citer ni byk episod. kena download lah.
dok asrama.. mmg tak dpt tgk selalu..
huhuhu..
singgah usha entyr....
jom singgah.........

Diana Abdul Molok said...

ala yeker.. kesian dia. Nanti u download k, I sangat sukeee drama ni hehehe. Sebab I sukeeee si botak tu. Bad boy.