Tuesday, September 20, 2011

Hantu Bonceng - sangat lah layan nye!

Semalam tengok Hantu Bonceng.  Serious kelaka hokeyyy, watak bersahaja Zizan sebagai Amran memang sangat best.  Zizan punye lakonan memang mantap dan kelakar.  Tapi satu benda la, bila tengok muka Zizan Raja Lawak ni slalu terfikir, kesian, sebab muka dan bawah mata dia nampak macam penat giler!

Aku ni bukan lah penonton cerita hantu yer.  Tapi sebab dah tau Hantu Bonceng bukan lah sebuah cerita hantu seram tapi cerita kelakar.  Wajah hantu dan suara hantu 'Maya' kat dalam ni sangatlah tak menakutkan.  Hantu nye appearance pun kejap jer.  Lepas tu digantikan dengan wajah comel Juliana Evans hihihi. 

Hantu Bonceng ni bermula bila Amran (Zizan Raja Lawak) si mat rempit sejati menang sorang bohsia bernama Maya (Juliana Evans).  Masa dah syiok-syiok nak kejar 'malam pertama kali ke-7', tetiba accident.  Kena langgo lori siot, kesian.  Amran ni plak ada awek bernama Halimaton (Jue Aziz) yang bekerja sebagai nurse kat spital tempat Amran kena rawat lepas kemalangan tu.  Malam tu bermula la episod Amran kena kaco dek Hantu Bonceng.  Hantu Bonceng bukan sekadar membonceng motor anda je yer, dia ada di mana- mana hwa hwa hwa. 

Sejak kejadian tu la Amran dan kawan baik dia si mat rempit sorang lagi tu mula berubah.  Amran konon- konon macam nak serius la dengan Halimaton.  Tapi.... aaaa apa jadi lepas tu korang kena pegi tengok la cerita ni. 

Jalan cerita ni bagi aku simple, typical filem melayu, tak menyesakkan kepala.  Tapi apa yang penting ialah lawak- lawak dalam cerita ni memang bagi kepala ko rilek sikit.  Lakonan Zizan Raja Lawak bersahaja, rilek.  Pelakon- pelakon pun berjaya membawa watak dengan baik.  Tapi honestly, watak hantu agak kaku.  Tapi honestly lagi, aku rasa hantu tu memang sengaja dikakukan untuk bagi feel lawak.  Aku sampai terbahak- bahak gelak sambil menyusukan anak, sampai Amani terbahak sekali lah.  Serius kelaka.  Tapi kalau tolerance kelaka kau tak sama macam aku, aku takleh buat ape lah kan hihii.

Jadi sila ye sila... saya rekemen kawan- kawan yang expectation dia nak rilek kan kepala je untuk menonton Hantu Bonceng di pawagam atau di Astro First. 

2 comments:

Lawa Creative said...

thought u would like to read this too...http://ceritapnut.blogspot.com/2011/09/isu-zizan-dan-selawat-syaitan-dalam.html

aku follow akak tu, poting dia kelakar n ada input

Diana Abdul Molok said...

itulah, actually before watching this movie ada juga baca-2 review tentang zizan mengucap tak abis and sebut syaitan tu. tp sbb dok asyik gelakkan lawak dia sampai tak perasan that part pon hahaha