Hujan, gerimis malam tu dekat lokasi. Belum cerita kesesatan diperjalanan nak ke Putrajaya. Hahahah asyik masuk salah exit je. Kemudian pakai waze pula, asyik hilang connection, tak ada line. Apekah? Dengan nak terkenc*** nya kesejukan sebab sepanjang jalan hujan lebat.
Takde lah nak post sebab nak tunjuk kehebatan diri. Buat post pasal run ni pun sebab nak rekodkan memori sebagai kenang- kenangan hahahaa. Heyyyyy, you think it's easy achievement for someone my weight and laziness level? Plus, I'm a mother of 3 whose kids grab my pants whenever they see me getting ready. Susah tau nak escape anak- anak... Sila ketawa kemenangan sangat... I told my eldest, I'll be back right after Maghrib (tipu sunat sikit sebab kalau cakap lambat memang dia akan ikut). Tak baik tau Mommy tipu anak, sebab habis je run, call rumah I dah kena bebel dengan Ayesha sebab 'ini dah lama selepas Maghrib habis, Mommy...' Bayang la baru nak tarik napas lega, kena bebel pula. Kau rasa?
Putrajaya Night ni event agak famous jugak kan? Kata kawan- kawan yang memang kaki, event sebelum- sebelum ni ditaja BSN. Tapi agaknya this year since semua orang berjimat, event pon seperti berjimat juga. Tak taulah if I sorang yang kecewa tengok kualiti baju... Hmmmm.
First time,
#lari dalam gerimis - baru start off dah ada yang tergelincir malam tu.
#lari malam - nasib cuaca sejuk, jalan raya tidak panas haha.
#lari tanpa gps - dok wondering lahhh dah berapa kilo I lari ni huwaaaaa.
#lari dari anak- anak, sedang mereka dalam jaga.
No comments:
Post a Comment