In 2 more months semua orang akan melangkah ke alam baru. Kakak Ayesha darjah 1, Tengok semua orang dah besar... hemmm. Mommy dia aje yang tak boleh nak let go ni. Still rasa semua orang babies. Haihhh cepat nya masa berlalu ni.
Tak pernah terfikir terbayang pun sebenarnya akan ada family sendiri, ada anak kemudian kena fikir tentang sekolah anak. Dulu hidup seronok je having fun, shopping, food, sleep, shopping, sleeeppp. Now mak dah ada 3 anak... Believe it or not, my eldest is already going to primary school and the twins are going to kindy next year. *Pat own back* its ok Mommy, you are nowhere near to getting old.
Dah nak darjah 1 *cry*
Ayesha 6 years old, next year darjah 1. |
Tau tak, betapa bergumpal rasa nervous dalam perut I ni... Ayesha sendiri suarakan rasa nervous dia nak sekolah. Dia tak suka bas sekolah, dia cakap takut nak beli kat kantin, tak suka kawan baru nanti. Anak oh anak... tak tau pulak dia rasa hati mak dia nak lepaskan kesayangan bersekolah, bawa beg berat, nak bertukar- tukar tempat sekolah agama - transit - sekolah rendah - transit. Kalau I teruskan fikir, memang boleh sakit jantung terus. Banyak benda fikir lah kalau dari segi menyiapkan anak ni rupanya... Anak tu sendiri pun tak dapat nak selam jiwa dia macamana. Alah, fikir banyak pun tak guna. Orang lain survived, surely Ayesha and Mommy will. Kannnnn.
Zehra 3 years old - next year masuk kindy... |
Ni intan payung kembar berdua ni pulak...
Adrina 3 years old 0 masuk kindy jugak... |
Yang berdua ni pulak nak masuk kindy dah. Next year taska dah tak accept full day, kena juga pergi kindy. Satu hal lah Mommy ni going through the whole process (like I did for Ayesha) untuk menimbang- nimbang sekolah mana. Nak go full day, atau half day? Actually masa proses menilai tu, I dapati kalau hantar full day kat satu tempat sahaja, sebenarnya lebih murah dari hantar kindy - taska, iaitu ke dua tempat berbeza. Antara kos yang jimat kat situ adalah:
# Yuran pendaftaran dua tempat berbeza,
# Yuran transport,
I memang dah hampir sangat nak daftar kat tempat baru. Sebab masa menilai tu memang ada berkira-kira, kos atau kemudahan? Mana murah? Mana mudah?
Akhirnya Mommy pilih yang mudah... Mudah nak uruskan anak di satu tempat sahaja walaupun dah tau macamana akibat kos tu nanti. Mudah sebab kindy yang bakal hantar ni memang proven dengan Ayesha punya performance. Mudah sebab transit yang bakal hantar, memang orang nye kita kenal... dan kita tau anak kita selamat. Duit boleh dicari agaknya? Tapi paling penting memang tak sampai hati nak pisah Ayesha dengan adik- adik... So nanti boleh duduk transit sama- sama... Gaduh sama-sama ye?
Hitung hari ajelah nak sampai 2017 ni... Tak lama dah. Pejam celik sampai lah... kan?
No comments:
Post a Comment