Monday, July 30, 2012

Badak Berendam Buat Cinta Hati...



Badak berendam yang tak berapa nak comei...
                                                      
My hubby LOVES badak berendam ok.  This is something that he buys almost everyday kat bazaar ramadan.  Sedangkan wifey bole je buat.  Tapi wife nye kan banyak vitamin M... hehehe.  Tapi takpelah, since I don't enjoy bazar ramadan as much as some people despite there are plenty of food (I believe in kesederhanaan y'all), I decided to make some Badak Berendam untuk beliau.

Note: Kuih ni kalau kat rumah mak aku kami letak inti gula kabung... Kuah nye pulak pekat sikit.  Yang kat bawah ni adalah mengikut citarasa suami ku...

Resepi kuih badak berendam seperti berikut,

A: Buat Inti Kelapa
Bahan-bahan:
1. Kelapa parut (putih sahaja).  Bagitau pekedai, nak kelapa buat inti kueh.
2. Gula kabung/ gula merah (kalau nak kaler gelap taruk banyak sket).
3. Gula pasir (adjust ikut tahap kemanisan korang).
4. Air (kalau sebiji kelapa bajet la dalam 2 1/2 cawan airh periuk sederhana).
Note: Berapa banyak nak pakai tu terpulang le ikut citarasa manis masing- masing.  Aku masak style campak- campak so tak reti nak bagi quantity.

Maafkan kualiti gambar pakai fon ni yer :p

Cara:
1. Campur kan bahan 2,3 dan 4 kedalam periuk dan masak sampai mendidih.  Nak pakai periuk ke kuali ke sukati korang la.
2. Masuk kan kepala parut.
3. Kacau sampai kering (tapi inti ni akan jadi ala-ala lembab melekit gitu kalau sukatan air dan gula nye betul.
4. Sejukkan.





B:  Let's start menggentel y'all
Bahan- bahan:
1. Bahan A di atas.
2. Tepung pulut.
3. Kapur sireh.
4. Air
5. Optional : pewarna hijau.
6. Santan.
7. Sedikit garam dan gula.
8. Minyak (sapu kat loyang, kalo tak confident masa gentel pon bole sapu kat tangan).

Cara:
1. Campur tepung, air dan sedikit air kapur sireh (sikit jer kalo terlebih pahit)
2. Adun sehingga menjadi lembut dan bole digentel- gentel.  Trick nye bagi aku, if tak melekat kat tangan, tak pecah bila digentel menandakan yang tepung tu just nice jer! 
3. Sapu sket minyak masak kat loyang tak bagi melekat.
3. Mula gentel dan gentel.  Size adalah hak individu yer.  Aku tak minat besar- besar sangat.  Dah gentel letak le dalam loyang (macam dalam gambar).
4. Sementara tu panaskan air dalam kukus sampai mendidih.
5. Bancuh santan + air sket + garam + gula + sedikit tepung pulut.  Note: Tepung pulut tu, kalau kau suka pekat bole banyakkan.  My hubby suka kuah macam bubur so cair je.  Dan dia prefer kuah tu manis so I tried to put very little salt. 
6. Tuangkan ke dalam loyang yang di penuhi badak- badak tadi.
7. Kukuskan selama 10-15 minit. 
8. Dah siap... tara...

Sila layan gambarajah di bawah.

Tepung pulut.

Setelah di campur air dan sedikit air kapur sireh.
Sapu minyak sket kat loyang.
Masukkan inti tadi.

Gentel...
Dan gentel lagi.  Ooops maaf ada tak comei sket, kena kaco.

Kukus selama 10-15 minit.

No comments: