Monday, October 17, 2016

Kuih Cik Mek Molek


Weekend semalam tetiba mode rajin lah pulakkk nak buat kuih hehehe.  Yang tetiba boleh rajin tu ialah sebab Mr B beli ubi keledek a.k.a orang kampung I panggil 'sweet potato' (bluwekk don't ask which Kampung ok).  Tujuan Mr B beli keledek itu adalah dengan tujuan untuk membuat karipap, or rather, menyuruh isteri membuat karipap.  Tapi rasanya beliau juga tahu yang isteri beliau kuat vitamin M (vitamin malass), maka dengan redha setelah sekali suruh dan keledek masih duduk dalam plastik, beliau redha.

Camno nak datang mood rajin, kalau dah round the clock ada je benda nak buat kan... Takde kemana pon weekend, dok settle laundry, layan kerenah anak- anak, kemas rumah luar dalam yang agak merupakan kerja sia- sia.  Haiyoooooo.  Make me always wonder if I will ever make it as a stay at home mom *tears*.

Anyway back to keledek.  Keledek ni sebenarnya ada banyak kegunaan.  Dulu masa Ayesha baby, selalu lah buat steamed mashed sweet potato ni,  iaitu keledek yang dilenyek- lenyek.  Rasa sedaaaap.  Boleh dimakan begitu saje.  Keledek kan manis.  I pun kalau karipap, memang prefer inti keledek.  Sedap dia lain.  Ikut anak tekak sendiri lah... Cucur badak, cik mek molek to name a few kuih tradisional yang menggunakan keledek ni.

Sesungguhnya buat kuih cik mek ni tak pakai skills sehebat mana pon hahaha.  Jika anda pandai melenyek dan menggolek, anda pasti jadi pembuat kuih cik mek molek terulung di muka bumi ni.  Percaya lah.  Dengan bahan- bahan minimum, serta skill yang tidak seberapa... Boleh cuba untuk manusia kategori malas like me hehehehe.

Bahan- bahan:
1. Ubi keledek secukup rasa.
2. Tepung gandum sesedap rasa.
3. Gula yang secukupnya.
(Ni lah dia resepi campak- campak.  Don't worry, korang akan surely boleh bajet punya).

Caranya:
1. Rebus ubi keledek (bersama sedikit garam jika mau) sehingga lembut, toskan dan biarkan sejuk sedikit.
2. Lenyek hingga hancur.
3. Campurkan tepung gandum.  Yang  ni ko agak- agak la... Kuih ni kalu terlebih tepung dia keras... Terkurang satgi susah pulak nak membentuk.
4. Once dah sebati ubi keledek + tepung, bentukkan dan masukkan 1 camca gula pasir (agak- agak la.. Takmo manis kurang kan la).  Lepas tu kau bentukkan jadi bujur macam kat gambar atas tu.  Bagi yang dah siap bentuk, sementara nak tunggu siap tu, bolehla letak atas bekas yang ditabur sedikit tepung supaya tak melekat kuih tu kang.
5. Panaskan minyak, dan goreng hingga kuning keemas.  Gunakan minya yang banyak dan api pelan aje ye.

Rasanya memang puas hati sebab buat sendiri, dan perasan sedap.  Anak pulak gemar.  Kira Mak jadi manusia paling bahagia lah semalam ahahaha.

No comments: