Tuesday, March 11, 2014

MH370 Kembalilah...

Photo Source: Mr Google la of course.
Belum sempat nak digest berita DSAI dipenjarakan, dikejutkan pulak dengan berita 'kehilangan' aircraft #MH370.  Something yang, mengejutkan, menyedihkan, mendebarkan, dan meninggalkan pelbagai spekulasi baik mahupun buruk.  Mostly, buruk.

Inilah dia minda orang Malaysia ni.  Isk.  Tujuan post I ni bukan nak buat analisis ke, jadi ustazah segera ke, hape ke.  Tapi nakkkkk jugak komen dengan minda orang Malaysia yang suka memperbodohkan diri, dan tak kurang juga yang kurang sensitif.  Blog ni kan wall meluah perasaan I.

Ada macam- macam pendapat tak bertauliah ekoran 'kehilangan' #MH370.  Ada pendapat ia meletup di udara, ada yang kata terjunam ke lautan, ada yang kata berkait rapat dengan terrorism (rasanya yang ni paling kuat sekarang), ada yang kata ni la balasan Allah pada hamba Nya sebab MAS hidang arak dan pekerja tak tutup aurat (see, tak sensitive... Kau ni Tuhan ke nak judge orang), tak kurang juga yang kata ini konspirasi negara barat tertentu... yang buat lawak sengal pasal ni pon ada. Tak kurang la blogger gila glamer yang dok post macam macam.  Hemmm.  Ok, as a Muslim, I won't deny 'balasan Allah' di dunia, atau, mungkin ada hijab yang menutup, atau tentang dunia ghaib, etc.  But maybe we should keep the thoughts to ourselves?

Instead of mendoakan mangsa-mangsa MH370, kita bazirkan masa mencipta macam- macam teori.  Masa ni lah timbul nye semua pakar- pakar teknikal palsu, ustaz ustazah segera, tok bomoh- tok bomoh menyesatkan akidah, pihak-pihak yang cuba memecah belah mengikut pemahaman politik.  C'mon you guys.  We are better than that, no?  Kenapa ni, kita nak main game menuding jari ni?  Kau ni tak kesian ke, kat keluarga mangsa (I hope, bukan 'mangsa' but rather, 'pihak terlibat', inshaAllah.  Walaupon takde sesiapa directly related to you, atau you kenal, cuba ada empathy pada mereka.  I am a mother, I can't imagine losing any of my child.  I am someone's daughter, I can't imagine having lost any of my parent to such tragedy.  I am someone's wife, a friend of someone else's out there.  No.  I won't even finish the sentence.  Boleh tak... Kau yang sengal kat luar sana, cuba put yourself in their shoes, dan cuba ada rasa sedikit simpati?

Tengok news pon satu hal.  Dah sampai fikir, iskk.  Takde perasaan ke reporter ni tanye macam tu pada keluarga yang terlibat #MH370 ni?  Contohnye, bertanya 'apa perasaan anda kehilangan anak?  Sedih? Terkejut?.'  Hilang akal agaknye reporter tu, tanye soklan macam tu.  Kalau tanya kat I, harus la kena sekolah.

Biar pihak yang professional jalankan tugas diorang.  Apa yang kita semua boleh buat kat sini?  Doakan.  #PrayForMH370.  No matter what religion you are.  Islam, Hindu, Buddha, Christian.  Perform your prayers, and pray for those involved.  Pray also for the family members to be at ease.  Let's all.  Let's unite. Pray for the best.

No comments: