Friday, September 30, 2011

Jangan jadi anak derhaka....

And your Lord has commanded that you shall not serve (any) but Him, and that you shall show goodness to your parents.  If either or both of them reach old age with you, say not to them (so much as) “Ugh” nor chide them, and speak to them a generous word.
Noble Qur’an, Surat Bani Isra’il (17) Verse 23

Assalamualaikum.

Hanya untuk peringatan diri sendiri.  Ermm kekadang kita ni tak sedar yang kita dah derhaka terhadap kedua ibu bapa kita.  Kita tak sedar dengan perkatakan 'Ah', 'uh', dah tersinggung kedua ibu- bapa kita, tak cium bau syurga lah kita.  If I looked back, zaman rebellious dulu, zaman remaja yang konon nye muda dan modern dulu, banyak sangat menyinggung hati mak.  Dan sekarang ni dah ada anak sendiri, haih.... cuba bayangkan kalau anak sendiri buat macam tu.  Rapuh, retak nye hati.  Ya Allah, ampunkanlah dosa- dosa ku pada kedua ibu bapa yang lalu.  Mak, Abah... dah berkali saya mintak ampun, dan berkali juga Mak dan Abah tak bosan mengampuni saya...

Saya nak berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya.  Dua orang tua yang dah membelanjakan saya ke sekolah, merawat saya ketika sakit, yang berkongsi kedukaan saya.... Yang tak pernah lupa membantu saya dalam kesusahan.  Dua orang tua yang mungkin sentiasa saya merasa jengkel bila pendapat tak sama, namun dua orang tua itulah yang tak tidur malam menjaga saya, mungkin juga mengikat perut nak membesarkan saya dulu.  Dua orang tua yang pernah melupakan mimpi dan keinginan sendiri, demi keinginan anak- anak mereka.  Ya Allah, jauhilah saya dari menjadi anak derhaka. 

Ermm takleh nak teruskan post ni sebab dah bergenang air mata.  Salam Jumaat.

No comments: