Tadi baru dapat email tazkirah dari bos aku kepada staff di department kami. Nak share sikit apa yang dia hantar sempena bulan mulia ni, ok...
Summary tazkirah khas hari ini oleh Ustazah Maznah Daud.
Ada hadis yang diriwayatkan bahawa ‘Rasullulah saw mengimpikan agar Surah Al-Mulk berada di dalam dada setiap Muslim’ kerana surah ini akan menjadi pelindung dari azab kubur. Jadi, berusahalan untuk menghafal surah sambil bertadarus di bulan Ramadhan ini.
Ciri-ciri lelaki dan wanita idaman Syurga
Ciri-ciri ini diperincikan oleh Allah dalam Surah Adz-Dzaariyaat (ayat 15 – 19) dan surah A-li Imraan (ayat 133 – 136) yang terjemahannya adalah seperti berikut:
Surah Addzaariyat (15 – 19)
[15] Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
[16] (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
[17] Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
[18] Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
[19] Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
Surah Ali Imran (133)
[133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
[134] Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
[135] Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
[136] Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. Kesimpulannya: Puasa adalah latihan 30 hari yang disediakan oleh Allah agar hamba-hambaNya terdidik dalam melakukan kebaikan, berjaga malam, beristighfar pada masa sahur, banyak besedekah dan menahan kemarahan dalam usaha mereka untuk mendapatkan Syurga Allah. Menurut kajian sains, untuk menjadikan sesuatu perkara itu habitual, ianya hendaklah dilakukan selama 21 hari berturut-turut. Jadi, latihan 30 hari di bulan Ramadhan adalah untuk membantu kita membentuk habit yang disenaraikan oleh Allah sebagai ciri2 ahli Syurga. |
No comments:
Post a Comment