Wednesday, July 25, 2012

Ramadan Kareem!

Rasanya tak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat berpuasa pada 5 Ramadan, or is it?  Takpelah kalau terlewat buat entry pun, yang penting bahagia :-)
Image source: freedigitalphotos.net
Dah 29 tahun menempuh Ramadan (ok +- la kan zaman baby tak tau apa-apa tu).  Tapi rasanya ini adalah Ramadan paling bermakna, Ramadan yang paling kuat untuk aku.  Cuma aku je la yang tau kenapa, dan takyah la nak cerita kat sini pun.

Apa pun aku bersyukur ya Allah, kerana Engkau memberikan aku peluang bernafas sehari lagi menempuh bulan yang mulia ni.  Kerana Engkau membuka pintu taubat bagiku, kerana membuka ruang untuk aku sedar yang hidup ini bukan untuk selamanya.  Kerana aku tidak sempat untuk tersungkur jauh baru sedar. Terima kasih kerana kasih Mu pada hamba yang hina ini. 

Semoga puasa dan ibadah ku tidak sia- sia.  Semoga Ramadan ini memang, yang lebih bermakna dari yang sebelum- belumnya... Dan biar ia kekal begitu...

No comments: