Wednesday, September 14, 2011

Hijab, syaitan dan aku...

Alhamdulillah, it has been 8 months I'm wearing my Hijab and learn to dress modestly. Walaupon masih mempunyai cacat cela, tapi aku berdoa sangat- sangat semoga Allah kekalkan Hijab ini di atas kepalaku. Aku berdoa semoga Allah kuatkan hati untuk aku terus memakai nya. Akhirnya Allah bukakan hati dan akal aku untuk menerima bahawa menutup aurat itu WAJIB! Tiada excuse, ready or not.

Walaupun dalam keadaan baru-baru ni macam- macam juga dugaan dan godaan syaitan aku hadapi. Agaknya godaan syaitan nak mematahkan semangat aku,tak?

Gambar hiasan... Kanak-kanak sesuci kain putih, dibentuk menjadi Muslimah yang baik.

Dah bertudung, susah nak berfesyen katanye. Bila abah plak buat remarks,"eh,awak ni..orang gaji pulak lebih 'smart' dari awak"... Iyelah,dah pakai tudung ni aku pakai loose clothing, dan try as much untuk pakai baju labuh bila keluar. Maid aku plak size XL tapi pakai baju size M, makanye dia nampak lagi bergaya kot.

Bila pakai tudung pulak, anak duk tarik-tarik tudung. Haihhh rimas katanye...

Lepas tu kalau basuh rambut, tetiba kena keluar. How??? Habisla kelemumur rambut tu.

Cuaca panas ni, nak kena bertudung litup. I mean, seriously??? Panas wehhh.

Pastu bila tengok wardrobe tak cukup lagi baju-baju sopan dalam wardrobe ni? Macamana la? Maybe aku tersilap langkah? Maybe I should've shopped for decent clothing first, then consider wearing tudung?

Tapi... Ada ke sesape paksa kau bertudung in the first place? It was your own choice!

Itulah dia bisikan syaitannn ye tuan tuan dan puan puan. Dia tak bagi ingat yang, bertudung tu wajib. Kan wanita yang sudah akil baligh di wajibkan menutup auratnya kecuali muka dan tapak tangan? Tutup semua kecuali yang zahir? Haiiiihhhh kuatnyeeee bisikan setan aku ni yer... Ya syairan, jauhkan la diri kau dari aku. Jauhkan la bisikan kau tu dari telinga aku. Aku benci kau. Nyahhhh kau jauh-jauh.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: