Wednesday, May 21, 2014

Rose bud tea



Don't know why.  Since this morning my colleague and I dok sibuk cakap pasal natural and organic food, natural remedies, healthy living etc.  Pastu dia datang dekat my cubicle and showed me she is currently drinking some herbal tea for her period pain.  Woosshhh cakap pasal period pain ni memang endless.  I kalau period pain ni memang tak dapat hidup aman selama 2-3 minggu lah rasa. Before, after, in the middle. Annoying.  Must admit jugak lah, recently baca kisah- kisah wanita muda yang mengalamai kidney failure caused by drugs (painkillers etc) dah cukup menakutkan.  I have a family to look after.  Jadi kena jaga kesihatan.

So my friend bagi lah I try ni.  Rose bud tea.  Sebelum rendam tu comel-2 kuntum bunga tu.  Geram I.  Me being me memang skeptical sikit nak try menda- menda makan ni.  I suka play safe when it comes to makan.  Eat only what I know.  Takde la membazir.  Gitu.  So before try this dah macam.  Errrr rasa apa ni.  Wangi ke rasa dia (pernah tak makan kat Indian restaurant where they gave you this benda wangi untuk you makan selepas makan.  Hate it).  Payau ke.  Pahit ke.  Didn't know what to expect.

Bila dah rendam tu pon still in doubt.  Mula- mula bau dia rasa macam bau bunga yang dah buruk, dah layu.  Pastu macam emm.  Wangi?  Sweet?  Rasa sikit.  Panas gilerrr sebab tumbler stainless steel ni mak aiiii hehehe.  Bila dah minum sikit, sedap.  Minum lagi, sedap.  Last- last habis satu tumbler.

So I googled lah khasiat- khasiat rose bud ni.  Mainly khasiat dia nampak bersesuaian dengan women.  Yes, it has a lot of benefit.  Mostly for the general well- being.  Some of them yang I boleh pick-up ialah, relieves period pain, kurangkan fatigue,  mencegah dan mengurangkan wrinkles pada kulit, untuk kesihatan uterus, untuk blood circulation yang lancar, dan banyak lagi.  Memang menarik lah.  Rasanya boleh dijadikan amalan minum 2x sehari, pagi dan malam.  Minum suam- suam atau panas- panas.  My friend cerita, ni zaman dinasti Cina dulu- dulu only the queen yang minum tau!  Buat mandi pon boleh.  Waaaa imagine mandi dengan rose bud dalam bath tub.  Tak rasa macam queen ke.  Hehehe.

Ok so jom lah bergegas ke 'sensei' petang ni untuk beli rose tea ni.  Manalah tau period bulan depan dah takde sakit- sakit lagi?  Mana tau, kan?  Tak salah cuba.  Besides ni bukan drugs pon.  InshaAllah selamat :).  Kat mana lagi ada jual kat Malaysia ni ek, selain kedai sensei?  Siapa tau?

2 comments:

FiZura said...

salam sis..
Saya ada jual sis.. boleh wa saya: 019-286 9872.. tq

Unknown said...

Hi,,,kat sini pon ade jual French Pink Rose Bud Tea....
Instagram: @elisebotanicals

~Happy blogging =)