Saturday, November 07, 2009

Penggunaan pengangkutan awam negara bawah paras peratus dunia

An old article I found at Malaysia-Today.net.  Hai... masalahnya, selain dari cakap- cakap untuk improvise sistem jalan raya dan meningkatkan penggunaan kenderaan awam, apa usaha yang dilakukan untuk menaikkan lagi taraf perkhidmatan kenderaan awam.  Dahla delay tahap tak ingat, berasak- asak pulak.  Bukan mereka yang duduk kat atas ni yang merasa kesusahan nya.  Kami ni yang sengsara.  Kereta ada, tapi parking tak SESUAI.. So, next option is public transport.  Tapi menunggu je kadang- kadang dah 45 minit.  Akhirnya lewat sampai office.  Prestasi pun terancam.

Kalau ada sesiapa lagi yang jumpa artikel berkenaan kenderaan awam ni, digalakkan berkongsi.  Penat gak buat research sebab teringin nak tengok what actions are being taken by the responsible parties in order to improve public transportation issues.  I seriously do not care if their intention is to lessen traffic congestion whatsoever.  Whatever it is, do something about the public transport overall system, then maybe your rakyat will consider taking public transport as their first option on the road. 

Diana Abdul Molok @ TRS

Tuesday, 15 January 2008 00:13
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Satu pelan pengurusan yang mengambil kira unjuran keadaan lalu lintas sekurang-kurangnya 30 tahun akan datang perlu diwujudkan bagi menyelesaikan masalah kesesakan di Lembah Klang sekarang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana kebanyakan kaedah penyelesaian masalah lalu lintas sedia ada hanya mengambil kira unjuran kesesakan untuk tempoh setahun atau dua tahun dan ia langsung tidak dapat menyelesaikan masalah.

Beliau berkata, apa yang lebih penting, pelan pengurusan tersebut perlu menjadi rujukan tunggal kepada semua pihak yang terlibat dengan perancangan dan pembangunan infrastruktur dalam melaksanakan setiap projek berkaitan pengurusan lalu lintas.

Katanya, ia sekali gus membolehkan koordinasi antara agensi-agensi kerajaan dan pemberi perkhidmatan pengangkutan dapat dijalin sekali gus dapat mengelakkan kekeliruan perancangan yang akhirnya menimbulkan masalah besar kepada warga kota.

``Masalah kesesakan ini sudah menjadi perkara serius dan setiap penyelesaian yang dicari haruslah bukan sekadar bertujuan melegakan kesesakan untuk tempoh setahun dua sahaja.

``Ini bermakna ia perlu mengambil kira unjuran keadaan lalu lintas lebih 20 atau 30 tahun yang akan datang dan inilah perkara paling asas sekali yang perlu diselesaikan,’’ katanya.

Beliau berucap merasmikan ``Retreat Memperkasakan Sistem Pengangkutan Awam - Sistem Lalu Lintas Di Kuala Lumpur - Hot Spots ‘’ di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam menggariskan beberapa faktor lain menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang tidak dapat diselesaikan sampai sekarang.

Beliau berkata, peningkatan jumlah kenderaan persendirian yang begitu ketara merupakan faktor utama kesesakan menjadi semakin buruk kebelakangan ini.

``Penurunan harga kereta di pasaran dan juga kewujudan kereta berharga murah untuk rakyat berpendapatan rendah didapati mengeruhkan lagi keadaan kesesakan sedia ada,’’ katanya.

Beliau menambah, kelemahan sistem pengangkutan awam menyebabkan jumlah warga kota yang menggunakan kenderaan awam berbanding kenderaan persendirian, didapati menurun kepada 20 peratus berbanding 34 peratus sebelum ini.

``Orang ramai memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri kerana perkhidmatan pengangkutan awam kurang memuaskan dan belum memenuhi kehendak pengguna terutamanya dalam aspek kemudahsampaian, sambungan berterusan dan ketepatan masa,’’ katanya.

Sehubungan itu bagi mengurangkan sedikit masalah kesesakan, Najib mencadangkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih menyeluruh bagi membantu memantapkan lagi aliran maklumat lalu lintas dan pengangkutan sedia ada.

Katanya, penggunaan ICT termasuk Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) diperlukan bagi mengumpul semua maklumat yang relevan berkaitan tren dan corak pengangkutan di sesuatu tempat dalam bandar raya secara masa sebenar.

Pada sidang akhbar selepas itu, Najib berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan supaya caj dikenakan kepada kenderaan persendirian yang memasuki ibu negara pada depan.

``Kita serahkan pada retreat ini untuk membahaskan, membincangkan serta menyerahkan cadangan kepada kerajaan mengenai perkara tersebut,’’ katanya.

Dalam hubungan ini katanya, negara perlu meningkatkan lagi mutu pengangkutan awam sedia ada bagi menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan tersebut.

``Di kebanyakan bandar di negara maju, 60 peratus penduduk menggunakan pengangkutan awam namun di negara kita hanya 20 peratus sahaja menggunakan pengangkutan awam, kita di bawah paras peratus dunia,’’ jelasnya.- Utusan

No comments: