Dalam 2 hari ni, aku dok dengar kisah kawan- kawan kena scam. Ada 2 peristiwa, satu berlaku over the weekend and this week. Haih, kesian pulak bila dengar benda- benda macam ni terjadi dekat kawan kita sendiri. Cuba imagine benda tu terjadi kat kita? Sakit tak hati?
Nasib Pertama
Sabtu 20 March, 2010. Aku dengan hubby, dan rakan- rakan pergi tengok Hot Air Balloon Fiesta Putrajaya 2010. Agak lama kitorang kat sana. Lamanye sampai aku terduduk kepeningan lah.
Nak dijadikan cerita, sorang kawan aku ni, husband dia terlibat dengan hot air balloon show ni sebagai driver to participant. Dia ada 4 wheel drive kan, so merasa la berada dekat dengan hot air balloon dan juga participants yang datang dari seluruh pelusuk negara. Malam tu, sebelum pertunjukan kembang api dan firework, my friend ikut husband dia masuk ke dalam kawasan pertunjukan. Yelah, diorang tu romantik in their own way, hihihi. Kami ni tunggu kat luar, sampai show dah nak dekat habis, my other friend cuba panggil kawan yang masuk ni. Call tak dapat, call banyak kali pun tak dapat. Kitorang pun macam, tunggu je lah. Sebab dah tau hari tu memang line tak berapa nak dapat, mungkin disebabkan radio wave yang ada di sekeliling. Rupanya, handphone member kita tu hilang. Kitorang dapat tau pon sebab kawan yang sorang lagi ni call husband member, husband member tu kata handphone hilang.
Syak hilang kat kereta, atau kat dalam bekas makanan yang kawan ni tadi tapau untuk husband dia. Rupanya ada sorang makhluk Allah ni jumpa. Tapi, seorang makhluk yang tidak jujur, sebab pulangkan phone tu, bersyarat. Dia 'pau' husband member ni RM500 untuk dapatkan phone tu dari dia. Sedangkan member dah niat nak hulur sikit sebab tolong. Aku memang terkejut beruk dengar citer tu. Eh hello, orang punya barang, ko jumpa, nak pulangkan, logik di akal ke ko nak mintak duit? Manusia jenis apa ko ni? Dalam otak aku pikir benda tu je. Ni kategori penganiaya dah ni. Lansung tak masuk akal. Member pun negotiate, dapat la kurang RM300 je la untuk ambik balik phone dia tu. But still???? Aduhhh aku masih takleh terima sampai sekarang.
Nasib Kedua
Yang cerita ni, memang agak famous dan biasa juga didengar. Fraud dengan telco. Pernah dengar? Actually yang terjadi dekat member sorang ni bukan yang pertama aku dengar. Cerita dia begini, semalam ada U Mobile call untuk tuntut bayaran bagi dua postpaid line yang didaftarkan atas nama kawan aku ni. Jumlah dia lebih RM2k kalau tak silap aku. Tersentap lah member apa lagi. Subscribe dengan U Mobile pon tak pernah, inikan pulak nak ada bil tertunggak. So member ni decided to buat police report dan laporkan fraud ni, untuk fight balik U Mobile. Apparently fraud ni berlaku di Kajang dengan menggunakan IC beliau.
Gila, kan? Ingatkan pakai IC yang ada chip ni selamat lah. Rupanya, macam takde bagus nya pun sebab nak sign up untuk new number dia tak verify pakai chip tu pun. Cukup setakat ada IC, ada orang nya. Muka dalam IC dengan orang yang bawak tu tak sama pun tak kisah. Yelah, dah dasar tamakkan business.
Kalau korang google 'U Mobile scam' korang akan jumpa juga scam billing daripada pihak telco ni. Wallahualam. Kebenaran nya aku tak tau. Tapi memang terdapat forum- forum yang membincangkan scam dari pihak ni. Aku taknak kena saman so aku taknak sebut lebih- lebih.
Moral of the Story?
Jadi apa kita belajar atas apa yang dah belaku? Bahawa kita sesama manusia pun dah tak boleh percaya mempercayai? Yang manusia ni dah hilang nilai- nilai nya? Yang kita ni dah tak ada budi pekertinya, sanggup hidup dengan duit haram? Taubatlah. Kita doakan penganiaya di atas supaya sedar. Ingat lah, Allah SWT Maha Besar, Maha Kuasa. Kalau Dia nak bagi balasan, tidak di atas dunia, di akhirat pun dah tentu akan dapat balasan setimpal.
Bagi kes telco, kadang- kadang ada terfikir jugak mungkin ini helah sesetengah telco untuk dapat duit, lebih- lebih lagi bila bisnes tak elok. Tapi adakah benda tu, benda yang elok dan baik untuk kita? Menipu tu bagus ke? Ada faedah nya ke?
Mungkin pihak- pihak berkenaan boleh buat sesuatu tentang pendaftaran telco ni. Apa guna IC kita ada chip? Kalau IC tak pernah hilang pun benda ni boleh dilakukan? Masalahnya terlalu banyak agent- agent telco kecil yang tamakkan bisnes sekarang yang sanggup melakukan apa sahaja.
Bagi tukang 'pau' duit, ingatlah. Benda ni tak jadi kat awak. Tak halal duit awak makan tu. Kenapa perlu minta duit jika hati ikhlas untuk pulangkan phone tu? Haihhh... Inilah dunia namanya.
Diana Abdul Molok @ TRS
No comments:
Post a Comment