Nope it is not my intention untuk burukkan sesiapa. Tak berniat sebegitu, sedangkan aku tau, kemungkinan besar ape saje kelakuan aku masa mengandung ni akan mempengaruhi anak dalam kandungan ni. Saje nak melepaskan geram terhadap sesetengah manusia yang berpangkat sikit, ada rupa sikit, tinggi hidung dia naik macam kondominium mewah. Tak sedar pulak yang kondominium mewah tu satu hari mungkin akan runtuh, seperti Hihgland Tower dan yang sewaktu dengan nya.
Aku nak menulis ni berdasarkan pengalaman aku sejak bergelar manusia dewasa ni. Mungkin aku pun ada sifat- sifat buruk aku sendiri, tapi insyaAllah kalau kawan- kawan sudi nak tegur, tegurlah. Jangan aku lupa diri. Biar aku ni beringat sikit, kat atas dunia mungkin ada perbezaan taraf. Tapi ingat, bila di alam satu lagi nanti, yang membezakan taraf kita ialah amal ibadat, sifat- sifat mulia kita. Yang akan dibawa di hari kemudian nanti cuma 3 perkara: i) sedekah jariah ii) ilmu yang bermanfaat dan iii) doa dari anak yang soleh. Aku sendiri pun sedar tak mungkin aku ada ke tiga- tiga benda ni. Lagikan pulak nak bagi ceramah agama kat sini, sedangkan aku sendiri pun masih 'cetek'.
Tapi yelah, berbalik kepada sebab asal dan logik- logik yang menyebabkan aku tulis pasal ni ialah seorang yang telah merosakkan pagi aku pagi ni dan pagi - pagi minggu yang sebelum nya. Dengan kata- kata email dan mulut yang lancang, dengan mimik muka, dan juga cara 'makhluk' ni melayan Senior Exec dan Exec macam kami ni. Aduhai, seolah pangkat dia tinggi sangat. Seolah ilmu dia dalam sangat. Tak baik dia buat orang macam tu. Rupanye ramai jugak orang yang tak tahan dengan perangai makhluk Allah sorang ni. Ya Allah semoga engkau membuka pintu hati dia, untuk melihat dunia ni dengan mata hati.
Ada pulak, jenis kawan- kawan yang lain pulak alkisah nye. Mana yang suka membangga diri dengan harta yang tak seberapa. Nak menunjukkan lagak, sedangkan kita tau posisi dia di mana. Mebanggakan sedikit duit yang ada. Ingatlah rakan- rakan, harta tu tak di bawa ke kubur pun! Biarlah ada balance cari yang kat dunia ni, dengan akhirat. Carilah harta sampai kaya, tapi jangan sampai menunjuk- nunjuk! Tak elok! Orang lain pun ada jugak, tapi kadang- kadang malas je nak cerita.
Ada pulak yang tak boleh ditegur. Bila ditegur supaya menjaga hati perasaan seorang rakan yang lain, terus taknak berfikir dulu. Taknak bersemuka. Sedangkan bukan niat si sahabat nak ceritakan perihal pada sahabat seorang lagi ni. Cuma meluahkan hati yang terbuku. Rupanye bila ditegur, terus mengelak. Aduhai... silap bukan dari satu pihak. Yang tu aku yakin. Tapi benda boleh bincang, boleh bermaaf- maafan.
Mana yang putus sahabat sebab asyik bercerita hal lelaki? Sampai bila bercerita, macam hilang maruah wanita tu kat diri dia? Jangan sampai kita hilang sahabat sebab kan masalah lelaki. Lelaki yang elok, pasti tak membawa penyakit hati pada kita. Kawan- kawan mesti lah nak dengar, masalah boleh dikongsi. Tapi bayangkan, kalau setiap hari, masalah yang sama? Masalah tu pulak, yang dicari sendiri?
Hemmm entah ler. Sambil menulis ni pun, aku buat peringatan jugak kat diri sendiri. Jangan sampai aku sendiri buat perkara tak elok. Dah banyak aku putus sahabat, mungkin disebabkan mulut aku sendiri. Dan sampai sekarang pun aku menanggung penyesalan. Dah macam tak sanggup pisang berbuah dua tiga kali. Jadi, sama- samalah kita bentuk diri kita, jadi seorang sahabat yang baik, saling mendengar... Manusia yang saling hormat- menghormati, merendah diri dan sentiasa ingat mati. Aku yang dulu terlalu banyak buat dosa yang aku rasa aku sendiri tak mampu nak tanggung balasan nye, rasa aku nak membetulkan diri aku supaya jadi seorang insan yang lebih baik, yang penyabar, yang sedar diri.
Haihhh.... tak mo mengeluh di hari Jumaat...
Diana Abdul Molok @ TRS
No comments:
Post a Comment