Wow, sekejap je satu Ramadhan telah kembali. Aku nak ambik kesempatan ni mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa bagi rakan- rakan yang membaca blog ni. Harap diampun dan dimaafkan segala salah dan silap, dan semoga di satu Ramadhan ini bermula satu lembaran baru dalam amalan dan kehidupan kita....
Nostalgia
Rasa macam baru semalam beraya buat kali pertama dengan suami. Bila dengar pengumuman puasa, hati mula mengenang nostalgia masa kecik- kecik dulu dengan adik- beradik aku. Kalau dengar pengumuman puasa, raya, sure melompat seronok sangat. Dulu, kalau start puasa tu means dah dekat nak raya lah tu sebab tu yang seronok dia lain macam hahaha.
Nakal dulu masa kami kecik- kecik. Curi- curi minum, curi minum dalam bilik air kalau dah tak tahan. Kalau mak 'up' kan sikit reward baru lah semangat lah konon nak puasa. Tapi along aku paling bagus dan paling consistent time puasa ni tau. Dia dari kecik lagi mak dah latih puasa penuh, dan aku rasa along aku ni memang jenis jiwa kuat. You can see that now too, he has that in him.
Lepas tu kan, kalau mak buat kuih raya, nanti malam atau time sahur siap lah kami belasah nak abis satu tupperware. Mak dulu- dulu kalau buat kuih samprit dan biskut arab mesti ada. Dia tak reti kot yang modern- modern ni. Tapi air tangan mak memang lain macam. Kami try buat walaupun pakai resepi yang sama, tak jadi tau!
Kalau makanan berbuka puasa pula, Subhanallah... Macam- macam mak akan masak. Nasi ulam (makanan tradisi dalam family kami dan kampung kami), ayam percik, dan macam- macam lauk- pauk. Kuih mesti ada. Mak mesti akan buat kuih sejenis dua, atau bubur. Mak tak beli tau, sebab abah cerewet makan kuih orang tak sedap katanya. Walaupon beli kat bazaar Ramadhan, mesti ada jugak kuih buatan sendiri. Favourite aku ialah lompat tikam. Nyam nyam... Jangan kata membazir tau makanan kat rumah kami, confirm habis punya lah!
Aduh kalau nak ditulis nostalgia kitorang kecik- kecik dulu memang lah tak tertulis, sangat banyaknye. Rindu sungguh...
Kini hidup di lembaran baru...
Sekarang kami semua dah besar... tinggal adik seorang di Universiti, dan seorang lagi nak ambik PMR tahun ni. Along dan aku dah kawin, kakde pon dah keje. Jadi bila dah ada family sendiri, tinggal di KL pon bawa haluan masing- masing. Tapi kira kitorang ni agak bagus juga dalam catching up. Selalu balik kampung sama- sama. Kalau tak balik kampung, kitorang berkampung la kat rumah along di Kajang.
Aku pulak, tahun ni sekali lagi berpuasa dalam situasi berbeza. Kalau last year dengan suami buat pertama kali, tahun ni pulak dengan baby tengah boyot kat dalam perut. Hujung bulan 9 ni nak due dah, so boleh bayangkan betapa size orang kat dalam perut ni sekarang... Hehehe...
Aku akan cuba berpuasa sebanyak mungkin di saat hamil ni. Hari ni didn't start off really well, tapi aku masih berpuasa. Keadaan anemia ni mungkin akan menerukkan keadaan. Loya dan mabuk pun ada balik pagi tadi sebab terasa sikit lapar walaupon aku dah bersahur. Tapi aku made sure aku minum at least 3 glasses of warm water tadi. Akibat dia aku tengah tanggung la ni hehehe. Kurma pon aku makan tadi sahur 3 ulas sambil berdoa kepada Allah SWT supaya kuatkan hati, dan pelihara anak dalam kandungan aku. Semoga anak dalam keadaan baik walaupun mummy berpuasa.
Aku ada jugak terbaca beberapa article agama yang mengatakan, jangan lah mencari keredhaan Allah SWT sehingga membahayakan janin di dalam kandungan. Aku tak terniat pun nak sehingga membahayakan anak demi keredhaan diri sendiri. Ini lebih kepada menunaikan kewajipan aku terhadap agama dan Allah SWT mengikut kemampuan diri sendiri. Kalau dah nampak bintang beribu, aku akan batalkan puasa. Alhamdulillah walaupun dah banyak cabaran pagi ni, aku masih menguatkan diri. Gerakan anak pun ada. Cuma sugar dah rasa low kot sebab aku sangat pening sekarang.
Inilah kehidupan...
Anyway begitulah kehidupan manusia kan... dari kecil, sampai dewasa, kita akan sentiasa menerima pengalaman baru, menimba pelajaran tentang kehidupan dari kehidupan itu sendiri. Apa lagi bakal berlaku di masa hadapan, tiada siapa yang tahu. Yang aku tau, tibanya Ramadhan tahun depan, kami dah bertiga. Dah ada anak. Mak dan abah semakin tua, kami juga semakin tua. Kalau nak fikir, takut untuk fikir segala kemungkinan yang akan berlaku nanti. Tapi inikan kehidupan, ada pahit manis dan getir nya. Kita cuma perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan. Masa yang lalu kita jadikan pengalaman dan pengajaran...
Diana Abdul Molok @ TRS
4 comments:
yurp... btul tuh...aku rindu btul dgn ramadhan diana...
nilah masa kita nak beribadah kan Julie... semoga dapat menyucikan batin waktu Ramadhan ni...
ahah..tp kan diana...aku mlm td da naik bendera merah..heheh...
LOL, sure ko akan kena 2 kali kan beb. Hujung puasa nanti lagi skali. Slalu cenggitu lah!
Post a Comment