Monday, February 14, 2011

Rude cleaning lady @ hentian Sungai Buloh.

Semalam balik dari Sungkai, singgah buang air di Hentian Sg Buloh (the one right before the Sg Buloh exit, not the Restoran Jejantas one). Hujan dahla lebat, nak terkucil, anakanda pulak perangai sikit punya baik taknak duduk car seat. Redha jelah hehehe, sampai ke hentian ni, nekad turun jelah.

Dah selamat tu, aku keluar dan tiba- tiba makcik cleaner yang berbaju seragam putih bertulis 'Kontraktor Propel' masuk sambil menghentakkan mop nye kelantai, dengan nada yang kurang ajar dan tinggi berkata, "Haiii lain kali nak masuk tandas basuh la dulu kaki tu kalau dah tau selipar tu kotor". Sambil tu dia terus menghenyak- henyakkan mop nye dalam keadaan marah.

Aku pulak boleh tergamam, mula- mula rasa nak minta maaf kat kontraktor Propel tu, tapi bila tengok cara dia yang seolah- olah melepaskan rasa penat dia kat aku, tak jadi nak kesian. Aku pun dengan selamba dek nye jawab sambil membasuh tangan dan blah, "Kau ni bodoh ke apa nak suruh aku basuh kaki sebelum masuk tandas awam. Dah keje kau kan, lap jelah".

Yes, I called this kontraktor Propel rude and you should call me rude for answering back this way. Tapi takkan nak expect aku senyum dan sembah kaki dia sambil berkata, "Oh makcik, maafkan lah saya. Lain kali saya basuh kaki dan lap sendiri ye kalau lantai tandas ni kotor. Makcik sila lah makan gaji buta duduk kat luar tu mengumpat sesama cleaner lady yang lain," setelah dia mengasari aku dengan mop tersebut hehehe. Terguris perasaan I, nyah...

Anyway in my defense,

1) Aku tak perasan selipar aku kotor. Yelah, aku dari kampung, hujan lebat kat luar, aku pergi tandas pun tergesa- gesa.
2) PLUS Expressways selaku pihak yang manage hentian ni tak pula menyediakan paip air atau tempayan macam kat rumah kampung tu untuk aku membasuh kaki dulu.
3) Takda pulak signage "Sila basuh kaki sebelum masuk ke tandas ini." PLUS Expressways atau PROPEL sila ambil perhatian?
4) Takda juga alas kaki untuk aku lap kaki dulu?
5) Tak pernah tahu yang aku perlu basuh kaki sebelum masuk tandas awam.
6) Tak pernah tahu juga yang aku tak boleh masuk tandas kalau kaki aku kotor.
7) Kat luar kering, tandas pula tak dikeringkan dengan betul oleh cleaning lady ni. Haruslah kotoran tanah tu melekat?
8) Kalaupun aku yang salah, tak boleh dia cakap elok- elok. Have some respect, you are doing your job.
9) Aku ni manusia biasa, I made mistake, so did she.
10) Dah kerja dia 'cleaner', aku pulak bukan 'cleaner'. Nampak kotor, ko cuci. Kerja kau lah kot.

Ni memang tahap post melepaskan perasaan amarah yang bergelora di jiwa ni. Apapun pada pendapat aku memang tak patut dia meninggikan suara macam tu dan menunjukkan perasaan dia yangg tergores sedemikian rupa. Oh boy, now I wish I recorded her act and what she had said.

1 comment:

Renee Meow said...

hoh dis happened to me too..!!! serious buat my blood go upstairs..!! mmg nak pang je rase tp i wat dunno je le..im not d type yg nak snap balik... but seriously it's their job to clean d toilet kan, if bising toilet kotor then jgn keje CLEANER lah.. haiyoh~

meow~
http://reneemeow.blogspot.com
http://reneemeowwedding.blogspot.com