Sunday, May 22, 2011

Halal, tetapi...

Semalam sempena weekend yang indah dan setelah berhari-hari perut dah gastric sebab tak lalu makan mengenang anakanda Ayesha Amani yang tengah sakit (high fever, diarhea and vomiting), aku mention kat hubby nak minum ABC. Lapo nasi juga setelah ber'diet' sejak Khamis malam.

Hubby pun bawak la pergi satu restoran dekat dengan Tesco Kepong. Untuk pengetahuan korang, area rumah kami ni payah nak cari makan. Sebab sini area Chinese, so memang kena keluar sikit dari taman lah kalau mode malas memasak datang. Kat simpang tu ada Sekinchan Ikan Bakar, tapi takde ABC pulok.

Anyway, sampai ke restoran tu, syak wasangka mula tiba. Ada tulis Janva Thai Restaurant in English, diikuti tulisan Cina. Dipintu, ada sticker 'welcome' oleh Singha Beer (betoi ke tak eja aku tak tau). Aku cakap ngan hubby, 'Halal ke ni???'. Hubby cakap halal sebab selalu nampak wanita bertudung makan kat sini. Aku tak percaya, aku suruh dia tanya kat dalam.

Dengan penuh gaya cik abe Bob masuk ke dalam dan tanya 'Halal ke?'. Aku jeling ke dalam dan tengok, i) pekerjanya sorang pun tak nampak Muslim, ii) ada la display gambo Agong dan Permaisuri tapi itu tak indicate apa- apa ye, iii) sorang pekerja dia tengah baring melintang kat kerusi. 'Halal, takde serve babi punye', aku rasa pekerja restoran tu jawab.

Aku ikut juga hubby masuk last- last. Perut dah berlobang ni, jam dah pukul 4 tapi baru nak lunch. Duduk, and tengok kat dinding ada logo Halal, tapi pada kalendar ke ape tah. Datang la si waiter bagi menu. Akakkk pun terus order ABC, air kosong. Husband tolong orderkan ikan sweet sour, dan ape tah lagi satu lauk semalam. Aku tanya hubby tu je ke. Perut lapo ni. Belek la menu lagi sekali dua...

Kali ke tiga belek menu Halal tu, jeng jeng jeng. 'Deep Fried Frog Meat' katanya. Rasanya English akak ni cukup power untuk memahami itu. Wahhhh apa lagi baran pun naik, terus ternaik suara kat hubby. 'All these while you makan sini??? Ada daging katak???', volume akakk dah takleh control la kan. 'Pergi cancel order jom balik', kata akak lagi. Hubby pun bergegas bangun and tanya dah buat ke belum, and sempat tanya ada jual katak ke tak? Of course they denied kan???

Soalnya sekarang, ada ke takda ke, since it is in the menu tekak ni dah loya nak makan. Besides, if they call daging katak Halal, I wonder what else they put in their ingredients that they call Halal. Tak sempat ambil gambar menu tu sebab baran nye pasal. This restaurant did not bear any Halal certificate from JAKIM, cuma display the logo Halal entah dari mana.

Pengalaman ini sangat meloyakan. Hingga ke pagi ini terasa dan masih terbayang wajah cik katak melompat- lompat. Hubby saya tidak pernah membaca menu bila datang kesitu. Main order je. Dia juga based on ada Muslim datang makan kat situ. Ermmm entahlah, maybe aku yang cepat sangat melompat tapi hati ni was-was sungguh. Apa pun Allah dah selamatkan aku dari menelan sesuatu yang tidak terjamin Halal nye...

No comments: