I am, proud to say a breastfeeding mother. Yes, my child is breastfed and I feed her wherever I can, whener she's hungry. Satu acara berlaku related to breastfeeding recently membuatkan saya nak share sikit pendapat dan information.
Tertarik dengan perkara berlaku kat Malaysia baru- baru ni, benda yang aku tau dah memang famous kalo kat oversea ni. Kat Malaysia ni tak sangka, sungguh hamba tak sangka ada juga orang yang discriminate pada breastfeeding mom. Hilang akal kot dorang ni, it is the most natural thing to do, feeding your child with love. Agaknye orang- orang yang discriminate ni tak ter'educate' tentang baiknya susu ibu ni, tak diberi kesedaran sepenuhnya tentang breastfeeding. Tapi, c'mon la, orang Malaysia? Atau orang yang mendiskriminasi dalam kes ni bukan orang Malaysia - maklum le kita ni kan famous dengan hiring outsiders.
Alkesah aku dimaklumkan ada ibu yang menyusukan anak di dalam KLCC dan dihalau keluar oleh pak guard kat situ. Eh pak guard KLCC yang gah ni orang Malaysia ke ek? Lupa la sebab dah lama tak pegi sana, tak suka sebab KLCC sentiasa dibanjiri kanak-kanak 'wannabe' dan tiket mahal nak mampos... Heheh sorry KLCC! Pastu terlalu besar dan tak silap aku nursing room dia pon nun kat ground floor area KFC sana ke mana tah. Jauh k, tak sesuai dengan akak dik non... Apa ke bangang sangat pak guard tu? Agaknye dia tak pernah tau kot orang pompuan ni bole menghasilkan susu dan dia anggap benda tu obscene? Teringin gak nak tau, betoi ke KLCC ada policy takleh breastfeed anak sesuka hati? Atau pak guard tu memang bangang.
Pastuh berikutan perkara yang berlaku ni, ibu-ibu di Malaysia bangkit dengan breastfeeding flash mob di KLCC pada 7 August hari tuh. Gempak tak, sempena Ramadhan yang mulia ni ibu-ibu juga bangkit untuk memperjuangkan hak menyusu anak mereka. Isk rugi tau aku tak tau pasal menda ni, kalo tak harus aku heret Amani sekali. Hehehe biar vocal Amani menguruskan segalanye. Pasal flashmob ni kawan aku ada share link di sini untuk korang baca lebih lanjut lagi:-http://cintahati.com/malaysian-epic-the-tremendous-klcc-breastfeeding-flashmob/. Apparently Dynas Mokhtar pun turung padang. Anyway bangga le sesangat sebab ramai ibu- ibu di Malaysia sudi berjuang untuk breastfeeding ni! Ada juga a few recordings dekat you tube kalau korang nak tengok. Sila google yer.
Public breastfeeding - apa pendapat korang?
Sebelum berlakunya breastfeeding flash mob KLCC tu aku ada baca gak blog dekat babycenter.com tentang manusia- manusia kat oversea ni yang discriminate tahap melampau pada ibu yang breastfeed. Dunia oh dunia.
Aku merupakan seorang ibu, a breastfeeding mother yang kekadang disebabkan hebatnye vocal anak, tak dan nak pergi nursing room maka terpaksa la breastfeed anak kat tengah- tengah orang. Kekadang tempat yang takde nursing room pulak, ermmm layan jer kat tengah-2 ni hehehe.
Apa yang aku kadang- kadang tak faham ialah setengah orang bangga sangat dengan formula milk apa yang diorang bagi anak diorang. No offence to non- breastfeeding mom, I understand some of the reasons to NOT breastfeed, of course. Tapi ada ibu yang sengaja taknak breastfeed walau susu melimpah ruah sebab taknak leceh kena selak baju, atau nanti tak dapat kerjasama suami untuk bangun berjaga tengah malam. Yela, kalau anak bangun menyusu badan, mana ada campurtangan ayah nye ye tak? So takleh la kejut suami bangun buat susu.
Bagi aku menyusu badan ni seperti kembali ke fitrah. Rasulullah SAW juga di beri susu badan. Baginda siap ada ibu susuan lagi. It is not against Islam, No? Jangan kita deny hak anak kita dari mendapat yang terbaik! Menyusu badan tu hak anak. Aku pernah terbaca yang penyusuan merupakan hak anak sepertimana hak nafkah seorang suami terhadap isterinya. Cool, huh?
Cuma pendapat tentang menyusukan anak di tempat awam ni mungkin berbeza. Iyelah, maybe ada ibu yang tak breastfeed secara discreet, maybe openly that it causes discomfort to some. Tapi bagi aku, biarpun ibu ni tak pakai nursing cover pun, ianya bukan sesuatu yang lucah! Oooo kalau tengok pompuan pakai baju low cut tu tak lucah, tengok breastfeeding mom adalah lucah? C'mon man, otak ko letak kat mana? Mana? Tapak kaki? Isk isk. Tengok majalah playboy tu ok, tengok pompuan bermini skirt berbaju low cut ok, tengok benda- benda lain yang sama lucahnya tu ok, tapi menengok seorang wanita menyusukan anak tu tak ok? WTF???
Habis tu, kalau nursing room tu ada 10 bilik menyusu ok lah. Biasa pergi nursing room tak? Kalau singgah nursing room the curve tu contohnya, bilik ada 3 je. Setiap kali ko pegi pon kak Bedah, akan kena queue. Punye la ramai makhluk Allah ni menyusukan badan rupanya. Muslim, non Muslim, hitam putih semua ada. Wa tak tipu punya. Pastu nak kata privacy sangat kekadang ada gak bapak orang kat dalam tu.
Pastu kalau dalam satu shopping mall tu ada 3 ke 4 area untuk nursing takpelah juga. Ce ko bayangkan, dah nature nye wanita ni suke shopping, letak lah nursing room di setiap ceruk dan penjuru. Ko ingat best ke dukung anak yang gebu yang takmo duduk dalam stroller jauh- jauh? Sambil tu pulak selagi tak dapat menyusu suara nye seperti tertelan microfon. Perghh kuat kak ooiii.
Ada pulak yang berani suggest kalau dah takde tempat menyusu, sila lah menyusukan anak di dalam tandas. Eeeee geli geli geli. Best ke nyahhh makan dalam tandas? Ko nak ke, kalo aku bagi makan kat tandas? Kalau nak meh le datang rumah aku suapkan ko dalam tandas. Amacam, setuju? Tandas kan kotor, ada najis, ada asap rokok bagi mereka yang tak paham bahase merokok dalam tandas. Lagi mau makan dalam tu ka? Orang yang suggest tu mesti seorang yang sangat pengotor!
Jadi sebelum aku membebel tahap takleh nak baca dah, aku terus buat kesimpulan pendapat aku kat sini. Bagi aku selagi seorang ibu tu maintain the decency in breastfeeding, takde masalahnye. Sekarang ni ada nursing wear, ada nursing bra, ada nursing cover dan bermacam nursing gear kat dunia ni. So public feeding is possiible. Google jerr u'olllssss. Dan kalau ibu tu takmo cover line menyusukan anak, by all means...
Diana Abdul Molok
No comments:
Post a Comment