Puasa sudah... raya pon sudah... keracunan makanan akibat terlebih makan di merata tempat, pun sudah. Tapi saya baru nak ucap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kat blog. Hehehe. Salam lebaran pada rakan taulan yang membaca dan melewati blog saya. Belum terlambat, kan? Raya kan sebulan. Jadi kalau ada salah silap saya pada rakan- rakan semua, harap diaampunkan. Begitu juga saya, terhadap kalian.
Tahun ni gambar raya tak banyak, sebab tahun ni turn saya raya di you know where. Kat sana, tak ada budaya bergambar family, bermaaf- maafan raya keluarga bersama, sarapan hari raya pertama, tak ada riuh rendah suara. Tak ape lah, sebab kali pertama menghadapi raya kat rumah mertua sebab tu hati saya tak gembira dan terkilan. There's more raya to come, Insya Allah I will get used to it. Kemeriahan raya tu saya akan dapat bila dah kembali ke rumah ibu bapa saya.
Apa pun, ni jela gambo raya yang ada. Biarlah hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu apa yang berlaku dan apa yang berada di dalam hati saya pada ketika itu. Takpe la, yang penting saya dapat bersama suami dan anak. Walaupun ditinggal keseorangan di pagi raya, I'm sure hati dan jiwa mereka bersama saya pagi itu...
Sekali lagi, salam lebaran dari saya dan keluarga. Maaf Zahir & Batin...
|
She's my heart and soul... My everything... |
|
Hey, mommy! Look at me, I'm growing up. Sob sob... |
|
Yeah try and catch me if you can! |
|
Daddy had to spoil this photo by crossing his legs. Bleurggh didn't realise this til later. |
|
With my beloved mak. Ajak je bergambar, anytime! |
|
Hey, do we look alike? |
|
Or do I look like Mommy now? |
Love,
Diana
No comments:
Post a Comment