Tuesday, October 11, 2011

Anak, amanah Allah yang tidak ternilai...


Anak- anak anugerah Allah...
Terkedu, stress, menangis bila baca tentang child molestation, dera, buang anak dan sebagainya.  Kadang- kadang terfikir gak, kat mana kepala otak diorang ni letak ek?  Kat jamban?  Agaknya hidup orang yang sanggup buang anak, dera anak, rogol anak, liwat anak ni, terumbang- ambing.  Jiwanya kacau tanpa panduan.  Hidupnya kelam tanpa petunjuk Allah S.W.T.  I mean, how could you? 

Teringin tengok diorang membesar depan mata...

Dah baca kes bapa liwat anak umur 23 hari? 
"Gombak: berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin."
Astaghfirullahalazim.  Binatang pun tahu kasihan kat anak... Agaknya orang macam ni kena bagi sunat banyak kali baru nafsu terkawal.  Syaitan apa yang merasuk?  Kita pegang anak umur 23 hari, dengan airmata terharu.  Penuh kasih dan sayang, sebak dalam dada tengok ciptaan Allah yang sangat indah.  Itukan amanah Allah pada kita?


Bagaimana pula dengan yang mencampak anak baru lahir dari tingkat 2 sebuah flat.  Ada anak yang dimakan anjing sebab dibuang?  Anak yang dibuang dalam perigi?  Ada anak yang didera sampai mati... Anak yang sempurna sifat nya diperlakukan demikian rupa?  Salah anak tu ke yang dia dilahirkan luar nikah?  Salah anak tu ke yang kau tak dapat melawan nafsu kau sampai melakukan dosa dengan pasangan, lalu terjadi lah anak tidak sah taraf tersebut?

Agaknya manusia- manusia macam ni terlalu keji, tak ingat mati, tak ingat dosa.  Tak ingat seksa kubur, tak ingat akhirat.  Lupa amanah paling indah dari Allah SWT.  Lupa yang ada manusia lain dalam dunia ni yang berusaha keras untuk mendapatkan walau satu zuriat sekalipun.  Lupa ada manusia sanggup berhabis wang ringgit nak dapatkan seorang anak.  Lupa ada seorang wanita lain sangat teringin menjadi ibu.

Ermmmmm sedih sangat tak terhingga....

2 comments:

Lawa Creative said...

for me they are animals...tapi maybe worse than animal actually, binatang pun tahu sayangkan anak...must be mentally ill depa tu...

anyway gambar hiasan tu saya suka :) chomel dua2...dah besar kan :)

Diana Abdul Molok said...

kan,
semulia-mulia Allah jadikan manusia, disamakan dengan binatang kerana kadang-2 binatang itu lebih menyayangi anak sendiri.
waddehel la.

I love the photos too... Its a reminder to ourselves. Love your children. Love 'em, not beat 'em.