Friday, October 28, 2011

Dah tengok ke... Nasi Lemak 2.0?

Saya dah tengok, beli kat Astro First je... Almaklumla Mommy dengan seorang toddler aktif berumur 13 months ni kalau tak cuti, memang tak merasa nak tengok movie kat cinema.  Jadinye kalau nak layan movie melayu, say thank you to Astro First. Clap clap.  Cuma kekadang terasa the RM15 for 48 hours are just not worth spent for some movies...

Sama macam Nasi Lemak 2.0.  Baca sinopsis, macam best.  Tengok trailer, menarik.  Baca review, tertawan.  Baca tweet messages dan puji- pujian terhadap pelakon nye, lansung terpedaya dan membeli movie ni di Astro First.  My honest opinion, well, everyone has an opinion right, so please do not condemn mine.  I felt the movie was disappointing.  The only good stuff was pelakon hebat kak Adibah Noor yang saya salute dan juga a big name like Afdlin Shauki buat penghibur seketika.  The rest adalah hambar, penuh sarcasm.  Just not my kind of movie. 

Bagi aku jalan cerita dia biasa- biasa saja.  Lakonan pun takde yang hebat nya.  Tapi mesej yang cuba disampaikan oleh filem ni, kita kena lihat dalam- dalam.  Jangan cepat sentap bila menonton yer.  Sila tonton dengan fikiran terbuka, dengan jiwa yang tenang.  Sila jangan cepat sangat nak timbulkan isu perkauman.  Banyak juga kebenaran dibongkar dalam filem ni.  Sad but true, eh?  Baru anda akan faham apa yang cuba disampaikan.  Namun filem kan bukan sekadar mesej?  Perlu lah ada hiburan dengan cara tersendiri.  Biarlah menarik, dan biarlah berbaloi seseorang tu nak membelanjakan wang.  Jangan lah buat filem untuk famous aje, ye tak?

Apa pun ni ada sikit sinopsis filem Nasi Lemak 2.0 , a film by the oh once controversial Namewee , para pelakon saya tak kenal kecuali Afdlin Shauki, Adibah Noor, David Arumugam, ada kemunculan si cantik Nur Fathia sebagai ister Afdlin Shauki and of course... the man himself Namewee.  Sila baca, tonton kalau mahu dan nilai sendiri:

Chef Huang (Wee Meng Chee) berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakan yang kurang popular, dia dikenali sebagai “Hero Huang” di kawasan kejiranannya. Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkannya terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya. Cef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya.
Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai “hero tempatan” yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam “nasi lemak.

No comments: