Geram masih ada kat tekak, kat hati kat jiwa eventho benda dah seminggu lebih berlaku. Menggerutu I tauuu dengan satu restaurant kat Jusco Cheras Selatan ni. Dah berapa kali terkena kat sana, dan juga di rangkaian lain restaurant yang sama! Aku agak muka aku ni memang bad luck when it comes to food... Hehehe. Apa- apa pun aku try la not to be rude to the waiter or waitress just because they are who they are. Kang orang kata kita ni tak berhemah yer tak.
Malam tu, buat kesekian kalinya la bukan sahaja service lembab merangkak tahap kura- kura. Tapi siap salah bagi makanan. Yang aku paling menyampah, bila aku cakap makanan aku salah, dia boleh jawab balik 'akak cek dulu ek makanan tu betul ke salah. If dah confirm salah baru panggil saya...' erkkk adik pernah rasa tak tapak kasut akak yang baru beli ni?
Dah tu panggil nak bayar pun sama jugak. Korang ni agaknya dah kaya sangat susah nak bawak datang bil. Memang lerrr lebih afdal kalo bangun sendiri gi bayo kat kaunter. Tapi agak- agakla kita dengan anak lagi... Datang je la bawak bil ambik duit.
Dah bayar, tunggu 15 minit tak sampai- sampai duit balance. Paling pening anak mengamuk dah. SO tanya la dengan adik yang tengah duduk memprint bil kat situ. 'Dik, saya punya balance mana?', kata kakak yang comel itu. 'Kak kaunter cashier kat sana ye...' dalam hati dia mesti menggerutu menambah 'akak ni nampak muka saya macam cashier ke? puhhhleeezeeeeee'.
Tunggu pulak kat tempat yang dikatakan cashier yang takdek orang pun tunggu. Ade la dalam 5 minit lebih. Bila tanya, datang dengan muka yang tak friendly dan tanya, 'duit akak?', dan bagi balik change. Bluwekkk aku sepak muka kau baru tau.
Kesimpulannye lepas ni jangan I makan kat tempat ni dah. Tak kesah cawangan mana, I boikot... Ni dah restoran ke-2 I boikot hehehe. Tapi yang satu tu I boikot mengikut lokasi jer. Yang ni dah banyak tempat kena. Nasi mentah dah 3-4 kali kena. Bila tanya dia bole jawab, nasi tu memang macam tu. Erkkk? Service cam hampeh toksah citer la. Babaiiii ko memang tak merasa la duit aku yang ciput ni lepas ni. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment