Monday, September 28, 2009

Syioknye Raye















Syawal menjelma lagi, setelah sebulan menjalankan ibadah puasa. Kali ni persiapan raya aku lain macam sikit, almaklumla kali pertama berpuasa dan berhari raya sebagai seorang isteri. Seronoknye membeli, tapi kena la berhati- hati takut nanti tak sampai tengah bulan duit gaji dah habis di joli.

Disebabkan ini kali pertama bagi aku untuk segala- galanya dengan suami tersayang, kami merajinkan diri ke jalan TAR, tempat rakyat Malaysia membeli-belah dan mencuci mata melihat barangan hari raya. Ni kira pecah rekod la, selalu tobat la aku nak pegi tempat-tempat macam tu. Tapi disebabkan semangat raya berdua, aku gagahkan diri juga, sampai 2 kali kami pergi. Minggu last puasa hari Isnin sekali, sekali lagi Jumaat malam sebelum balik ke kampung. Meriah betul suasana jalan TAR. Walaupun bau manusia bermacam-macam, dan bermacam ragam, aku tengok semangat peniaga- peniaga muda yang ghairah melelong di saat akhir. Ada yang lengkap berbaju melayu berserta sampin dan songkok untuk memperagakan baju melayu jualan mereka. Ada pulak yang siap bertudung dan berbaju kurung, menari dangdut walaupun misai ternyata melintang kat muka... Hehehe seronok pulak hati aku tengok.

Lepas habis di jalan TAR, kami teruskan perjalanan untuk balik ke Pahang. Tahun ni aku beraya di Pahang sampai raya ke 3, dan terus habiskan cuti di Perak sampai petang raya ke 7. Bayangkan perjalanan yang memenatkan, hubby dah tersengguk- sengguk drive dalam jam. Dari Sri Gombak ke Tol Gombak- 1/2 jam. Dari Tol Gombak ke Bentong, 3 jam, dan dari Bentong ke Kuala Lipis - 2 jam. Kesudahan nye kami sampai pukul 6 pagi di kampung, tak sempat bersahur pon. Gelagat pengguna jalan raya juga boleh menaikkan darah. Mungkin disebabkan announcement yang MTD offer free tol untuk pengguna Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada 18 September bermula 12 malam hingga 5 pagi, ramai orang merebut peluang tu. Masalahnye kawan-kawan, tarikh kami balik tu dah 19 haribulan. Ada gak manusia yang tak reti kira. Siap ada yang dah tau diri tuh takde Smart Tag, tapi masuk lorong Smart Tag, mungkin sebab ingat tol free atau sengaja buat bangang sebab lorong tunai tengah sesak.

Anyway, perasaan beraya dengan hubby bercampur- baur. Ada rasa sedih sebab tak dapat duduk rumah mak lama- lama. Ada rasa seronok sangat sebab perasaan dengan pasangan kita tu, lain sikit rasanya dari bersama rakan- rakan. Entahla, susah sangat aku nak terangkan.

Tapi, yang penting sekali tu pengalaman beraya di kampung dia... Dengan family dia... Walaupun dua- dua dari kampung, tapi suasana kampung kitorang sangat berbeza. Pakcik- pakcik aku ramai yang dah tinggal di pekan- pekan. Jadi rumah pun dalam kawasan taman. Makanan, memang cara kampung tapi kami takde yang duduk sangat di kawasan sungai sungai ni. Lain pulak cerita dengan pakcik makcik hubby. Kawasan rumah sedara- mara dia, kat belakang, ada sungai. Depan rumah, ada batu- batu yang macam dekat kawasan lata. Ada pakcik dia yang kita panggil Pak Lang ni, disebabkan kawasan rumah dia banyak batu lata, siap dijadikan hiasan. Ada sebahagian dijadikan dinding tandas.

Dalam banyak- banyak benda pengalaman beraya di tempat orang,yang paling aku ingat ialaha masalah 'kepedasan'. Bayangkan kat rumah aku tahap pedas adalah sederhana. Makan di rumah hubby atau sedara- mara dia, perghhhhh air mata, air hidung semua turun... Lepas tu, apa lagi, angin kat perut, cirit- birit, semua datang. Semua orang sana suruh aku belajar makan pedas, masalahnya nak belajar camne kalo pedas tahap 'killer'. Beratus biji cili atau diorang panggil 'cabai' digunakan untuk sambal tumis sahaja.
Yang sama, ada dodol dan lemang. Kat kampung aku, yang ni wajib ada. Ketupat ni kami tak berapa sangat. Apparently kat kampung hubby ketupat agak famous jugak. Dodol kurang sket. Kalau kat lipis boleh tengok hampir setiap rumah ada dodol. Kat kampung aku le, kampung lain aku kurang pasti.

Hemmm apa pun kenangan beraya tahun ni akan aku abadikan sampai bila- bila. Sangat manis dan bermakna bagi diri aku... Tersenyum sorang aku bila mengenang nye.

Diana Abdul Molok @ TRS

No comments: