Thursday, November 05, 2009

Berminat menonton filem melayu?

Aku ni merupakan salah seorang Melayu yang konon nye tak minat nak tengok filem Melayu dekat cinema.  Ramai yang mungkin berkongsi perkara yang sama, tau sebab- sebabnye.  Dulu aku selalu rasa yang membazir je tengok filem melayu ni kat wayang, sebab balik- balik tengok kisah yang sama.  Boring, plot tak bagus dan macam- macam lagi la.  Dapat pulak pelakon yang harap muka je boleh jual, tapi berlakon tak lah sehebat mana. 

Tapi perception aku mula berubah lepas aku tengok beberapa filem yang aku kira, ok la untuk di tonton.  Contohnye Remp-It, Impak Maksima, dan ada beberapa lagi filem yang aku tak berapa ingat tajuk.  Sebut kang salah plak.  Since then aku dah mula ada pelakon idaman dan favourite aku... hehehe, Zul Huzaimy.  Ramai gak kawan- kawan yang tertanya-tanya kenapa aku minat sangat kat mamat ni.  Bagi aku dia ni pandai memainkan watak, seorang pelakon yang bagus dan berbakat.

Company tempat aku bekerja sebelum UEM, iaitu KasehDia Sdn Bhd yang salah satu product terbarunya ialah produksi filem, banyak juga mengubah perception aku terhadap filem melayu.  Aku tengok kesungguhan boss aku, Puan Jumaatun Azmi menghasilkan filem pertama nya Haq dengan kerjasama C L Hor yang telah menghasilkan antaranya Purple Mirage.

Sejak itu, aku pon mula la menjinakkan diri tengok drama melayu dan mula mencari akarku... Dah nak start jadi Melayu sejati la ni.  Hehehe... Sentiasa aku terfikir, kalau bukan kita yang menyokong orang- orang Melayu kita, siapa lagi?  Jangan asyik nak berpolitik, banyak lagi yang menarik dalam kehidupan Melayu ni rupenye...

Anyway, filem Haq yang dihasilkan oleh KasehDia Pictures dengan usaha sama Black Box ni bakal ditayangkan pada tahun 2010 ni.  Bulan berapa, aku belum pasti lagi, tapi trailer dia aku dah tengok.  Nak tengok trailer dia boleh tengok kat profile facebook Haq di http://www.facebook.com/pages/Haq-The-Movie/34037267985 .  Menarik betul aku tengok!  Dan yang best sekali, pelakon favourite aku ada dalam movie ni... Heheh siapa lagi kalau bukan Zul Huzaimy.  Seronok betul dapat ambik gambar dengan dia masa masih bersama KasehDia.  Aku berpeluang jumpa Adi Putra, Nanu Baharudin... Nanu ni cantik wooooo, bagi aku la.  Dia walaupun mungkin dah berumur (tak sure plak umur dia berapa), tapi kelihatan anggun.  Zul Huzaimy plak nampak macam jenis- jenis manja gitu.  Malu- malu kucing la jugak aku tengok dia... Ouch.  

Tunggu jelah filen Haq ni keluar nanti, dan korang make your own judgement.  To me, bagilah peluang kepada orang- orang kita untuk improvise dan menjadi salah seorang pengarah terhebat tanahair dan international.  Kalau tengok trailer dia, aku cukup kagum dan bangga!  Tumpang bangga , malu tak hehehe.  Aku update blog ni hari ni pun sebab baru di update dengan trailer Haq ni di facebook.  Terngaga kejap.

Blah dulu ek... Bubye

Diana Abdul Molok @ TRS

No comments: