Thursday, January 13, 2011

Kembung... Punca tangisan Amani.

Sejak dari awal kelahiran lagi Amani kuat kembung.  Aku kadang- kadang dah naik pening, not sure how to handle her crying because of bloating.  Inikah colic??? Amani akan menangis pada waktu yang sama setiap hari (around 7pm- 10pm) and the crying will last at most 2 hours.  Crazy, right?  Stressful, especially when I started working.  Siapa yang pernah be around Amani at that time surely dah pernah tengok betapa teruknya dia menangis.  Amani nangis teruk, mula lah mommy dia ikut nangis sekali. 

Ni lah kalau dah breastfeeding.  Punca kembung Amani boleh datang dari pelbagai punca, antaranya aku makan benda yang sejuk dan angin- angin ni, mungkin susu masa kat nursery tak dipanaskan dengan betul, atau her little tummy is simply a little too sensitive!  Yes, I know she will grow out of it, tapikan kesian lah tengok anak nangis hijau biru.

Ni dah nak masuk empat bulan, kira mommy dah terer la handle kembung Amani... Lagipun aku kan rajin nak membaca tentang baby dan kanak- kanak ni so kira bermacam trick lah yang aku dah apply.  Hehehe... Obviously after several trial and error, I figured the following helped eased/ reduce her bloating:

1) Makanan: Jangan makan benda- benda sejuk.  Itulah tips berguna dari orang- orang tua.  Aku takleh makan cabbage, timun semua tu.  Kena particular sket part makan.  Aku ni jenis degil tau, tapi tah camana agaknya sebab sayang sangat kat anak, boleh je pantang makan.  Amani tak tahan lagi satu ialah cili padi!  Wah nak tengok teruk ke tak, try la makan berlebihan pedasnya.  Habis dua-dua ibu dan anak sengsara.  Amani juga tak tahan dairy products seperti chocolate dan susu. 

2) Minuman: Aku dah notice yang Amani paling tak tahan kalau aku minum Nescafe.  Kalau tahap secawan ok lagi, kalau lebih, confirm.  3 in 1 coffee pon tak boleh.  Tapi part coffee ni mommy ada sikit degil, knowing that caffein can get into breastmilk if you drink too much of coffee, I take de-caffeinated coffee instead.  Amani ok dengan de-caf.  Dia tak tahan juga kalau caronated drink, walaupon sikit, susu especially susu pekat manis.

3) Cara pegangan:  Kalau tengah kembung sangat, try football hold.  Yang ni memang berkesan dekat dia.  Kadang- kadang terus kentut.  Lagi satu dukung dengan tummy to tummy position.  Tengok muka pun tau dia lega macam tu.  Aku rasa trick nya ialah dia akan lega kalau perut dia terhimpit.  Google image kalau nak tengok macamana rupa football hold ni. 

4) Minyak: Apa beza minyak- minyak yang digunakan?  Aku tak sempat research hehe, tapi aku dan experiment bahawa kembung Amani cuma lega dengan minyak telon.  Apa brand pon tak kisah (sekarang pakai Eagle Brand).  Mula- mula pakai minyak yuyi (betol ke eja camni), tapi macam takde kesan je.  Dahla macam terlalu panas untuk kulit si kecil.  Jadi aku bertukar ke minyak telon.  Sapulah kat perut, belakang, belakang betis dan tapak kaki.  Tapi sekarang kena careful, kalau sapu minyak kat perut kena cepat- cepat pakai baju.  Kalau tak siap la, dia sapu dengan tangan dia kena kat tangan.  Pastu confirm lepas ke mulut sebab Amani suka makan tangan!

5) Tutup jalan- jalan angin: Kata orang angin masuk ikut ubun- ubun dan kaki.  Dulu masa kecik bolehla nak tutup ubun- ubun.  Sekarang kalau aku tutup confirm satu Malaya dengar Amani marah, hehehe.  So aku pakaikan socks je.  Dia memang siang malam bersocks la kan.  Dah nama perut sensitive.  

6) Mandi air suam:  Di kala tengah menangis menjerit kuat- kuat tu lah aku prepare air suam, dan pujuk dia dengan mandian.  Wah terkejut dengan hasilnya masa mula- mula dulu ok!  Mandian suam memang melegakan.  Dia suka lah main air!

7)  Urutan: Trick ni kadang- kadang jadi, ada masa tak.  But most of the time it works!  Di saat tengah menjerit tu, letak dia kat atas tilam ke, sofa ke, then tarik kaki dia dan buat urutan betis perlahan- lahan.  Usap je sebenarnya.  Dia kan kecik, urut lebih- lebih kang teralih pulak tulang heheh.  Lepas usap tu, angkat kaki dia dan buat gerakan berkayuh.  Memang menjadi!

Itulah cara- cara yang aku dah cuba dan berjaya.  Kalau nak try kat anak korang yang jenis sensitive tahap gaban macam Amani, cubalah.  Try google jugak sebab banyak info boleh dapat dari situ.  So sapa nak try kat Amani, meh la datang jaga Amani sehari semalaman.  Hahaha...  

No comments: