Payah ye jadi mak ni rupanye. Macam- macam decision nak kena buat. Kalau kawan- kawan ada baca posting masa pregnant dulu, tengah cari daycare. Masa tu pertimbangkan nak ambik maid ke tidak. Pastu, lepas bersalin, tengok anak yang kecil je dengan berat 3.0kg, rasa macam tak sampai hati nak tinggal alone with a stranger. Dengan rumah yang takde CCTV, perangai anak yang super baik and what not. Mak pulak kurang setuju dengan kehadiran orang asing, especially a stranger macam tu untuk tinggal dengan cucu dia. So decision made, daycare it was until she reaches 8 months and suddenly everything changed.
Ayesha Amani yang duduk kat nursery atau daycare tu adalah seorang yang sangat peramah ok. Akakkk ada juga la baca, anak yang bergaul dari kecil ni, social skill dia lebih baik dari anak- anak yang takde exposure pada orang ramai. I have to agree with this, sebab kalau dibandingkan anak- anak orang yang aku kenal yang tinggal dengan maid, yang tinggal babysitter, dan tinggal kat daycare, memang beza lah perangai diorang. Amani jenis boleh la dipegang- pegang, ajak bermain. Tapi malam sorry ek, I prefer mommy yang comel katanye hahaha.
Dalam keadaan aku ni yang terperasan seperti kerja ni convenient, tetiba la pulak kan kena send assignment di Seremban. Just imagine, ulang alik dari March ke April, keluar 6.30 pagi sampai rumah 8.30 malam everyday. Paling awal leh sampai dalam kol 6.30 la kot. Dah jadi jiwa kacau. Poket berlubang, badan penat, overtime anak bertimbun sebab daddy takleh pickup Amani dulu, Amani tak suka daddy sangat, paling kesian ialah anak lagi banyak tengok muka caregiver dari muka mom yang comel? Grrrrr, akak tak suka. Makan dalam ok. Tapi akak sabar lagi. Dah start searching for maid dah masa tu, kot- kot berjodoh.
Dah habis posting Seremban, balik office, Amani kena Samonella Virus dek kerana telur separuh masak disuap caregiver. Dia yang sangat disayangi Amani memang suka bagi macam- macam sebab Amani suka minta macam- macam juga. Perghhh, sakit Amani, mommy yang tanggung juga. Sedih tengok anak sakit, akhirnya kuatkan hati, tawakal, I made the phone call ke agent mencari maid lagi skali.
Turns out that maid dari Indonesia dah tak masuk buat masa ni. Katanya gaji juga dah up, lebih dari RM600. Aku dah tahap, takpalah, OK jer. At the same time, call mak aku juga mengadu. Mak pun cakap, nanti dulu, jangan submit apa- apa document. Ada sorang budak yang keje dengan mak, yang baik tingkah laku, pandai jaga budak, sekarang tengah makan hati dengan perangai maknya sendiri. Jadi mungkin dia nak la, tinggal jauh sementara dengan mak dia. Mak aku nak tolong tanyakan.
Alhamdulillah le kan, budak tu nak. Lega sangat rasa di hati. Buat masa ni simpan dulu document dan duit deposit hehehe. Kot- kot tak ngam, masih lagi akan mengambil maid Indonesian la jawabnye. Budak ni yang namanya Siti akan jadi full time nannny kepada Amani. Not so much of a maid, sebab bagi aku definisi maid ni ialah dia akan bantu buat semua kerja kan. Aku made it clear pada Siti, yang tugas dia di siang hari ialah layan kerenah Amani (yang makin besar makin banyak pe'el). Malam aku akan jaga anak, so baru dia boleh tolong kerja sikit- sikit.
Apa pun, keputusan tentang anak bukan nye mudah. Aku baru faham, setelah 8 bulan menjadi seorang ibu. Berat kepala fikir, especially bila husband tercintan serahkan keputusan kat tangan aku. Dia ikut je katanya. Aku, cuma mampu berdoa yang aku tak salah buat keputusan. Aku serahkan selebihnya kepada Allah SWT sebab dia lebih mengetahui. Apa yang dia dah tentukan untuk aku di masa hadapan, aku redha. Buat masa ini, inilah keputusan terbaik bagi aku. Biarlah apa orang nak kata, kenapa tak ambik Indonesian ke? Atau yang lebih tua ke? (walaupun aku pelik kenapa ada setengah orang yang pro- Indonesian dari orang sendiri. Nothing against them, of course, sebab aku pun bersahabat dan sangat baik dengan beberapa Indonesian.) Buat masa ni Allah tentukan rezeki anak aku sebagai Siti, jadi aku terima jela seadanye. InsyaAllah, kita doa yang baik- baik je ye.
P/S: Sekarang tinggal dilema camana nak bagitau akak yang baik sangat dengan Amani ni yang aku dah taknak hantar anak kat dia. Aku taknak la dia fikir yang aku lari lepas insiden telur kan. Yang penting juga, Amani confirm akan rindu kat dia. Ermmm...
No comments:
Post a Comment