Monday, May 30, 2011

Makan- makan dengan Amani...

Memulakan solid food untuk Amani adalah satu pengalaman baru bagi Mommy... Mommy seronok tau, semua benda yang nak suap kat Amani tu Mommy try juga ke mulut sendiri hehehe.  Kecuali makanan yang Mommy ada campur breastmilk la, geli plak nak telan kot. 

Saja nak cerita... Mula- mula suap Amani makan dulu, dia buat muka macam 'yucks', termenung kejap, pastu e'eh Amani suka laaaa hahaha. Tersenyum- senyum dia makan pumpkin and sweet corn Heinz tu.  Rupanya Amani memang suka makanan.  Sampai sekarang kalau tengok orang bawa makanan, sure Amani kejar.  Bukan Amani je seronok makan, Mommy pun seronok memberi makan. Kwang, kwang kwang....


Si Comot Ayesha Amani makan homemade pureed pumpkin.
Membeli untuk Amani memang le seronok kan.  Salah satu benda yang Mommy baru discovered recently ialah these baby cubes (Refer gambo bawah ni).  Purpose: easy storage of pureed food or ingredients.  Sebelum ada ibu- ibu kat luar sana yang nak complaint kenapa aku bagi frozen food, walaupun homemade (ehem, sebab salah satu tukang complaint ialah ibunda ku sendiri, hahaha), puan- puan kena faham ye, working mothers takda the privilege untuk spend hours buat ingredients to prepare porridge or whatever food setiap hari.  Lain la kalau kerja kita tu by nature nye sangat convenient.  Mine, tidak mengizinkan.  Balik dengan kena melayan kerenah Amani yang sangat baik, memang tengah- tengah malam la menyiapkan makanan jawabnye.  Jadi tugas Mommy sekarang, every weekend sediakan ingredients dan pureed food menggunakan baby cubes.  Terdapat dalam 3 size, yang kecik tu tak ingat berapa ounce, yang besar boleh taruk 2oz dan apparently ada yang 4oz tapi kat Mom's Care tak jumpe plak.  Peti ais Mommy penuh le dengan menda alah ni, dengan minced chicken, carrot, pureed pumpkin, avocado, broccoli and peas.  Semuanya khas untuk Ayesha Amani yang suka makan...


Dah nak penuh peti ais Mom. Daddy, nak peti ais baru boleh?

Siap sticker lagi.  Sticker ni Aunty Timmy buat kat Giant Kelana Jaya. 

Salah satu favourite Amani ialah Avocado.  Mommy blend sikit ler, kadang- kadang campur breastmilk.  Kekadang tak.  Either way she loved it, and apparently ia sangat mengenyangkan Amani.  Tapi ingat ye, kalau ada sesapa nak cuba pakai breastmilk.  Breastmilk yang dah frozen, kemudian di cairkan, campur dalam pureed Avocado ni tak boleh di re-freeze.  Kalau nak buat frozen stock, sila lah pakai breastmilk yang segar bugar.  Avocado ni mengandungi lemak- lemak yang baik.  Kalau ada orang macam bising kenapa bagi anak Avocado, suruh dia diam dan pergi baca dulu kebaikan Avocado untuk babies.  Ini bukan masanya untuk anak berdiet- diet ni.  Janji kita bagi makanan yang sihat untuk anak, bukan benda mengarut.  Grrrrrrrr takleh cerita pasal makanan mengarut, nanti aku naik darah. 


Pureed avocado + breastmilk untuk anak tercinta...
Hasil Avocado tersebut? Anak yang comot, baju yang comot... tapi tersenyum puas hehehe.
Tapikan, aku ni kekadang takde la disiplin sangat.  Sometimes makan kat luar juga, pastu Amani harus la nak makan juga kan?  Jangan tak bagi, kena bagi makan.  Kalo tak jap lagi Amani jilat- jilat bibir tanda protes.  Andaikata tak sudi melihat Amani throw tantrum kat kedai makan, sila lah order makanan yang sesuai untuk Amani.  Volume Amani sangat kuat tahap tak bole blah, jadi sebagai langkah berjaga- jaga Mom and Dad memang akan pergi tempat yang agak- agak ada makanan yang sesuai dengan Amani.  Oven grilled chicken ke, chicken soup ke, kekadang suap juga dekat dia.  Dengang syarat aku betul- betul sure la apa ingredients nya. 

Inilah rupa Amani makan kat luar. Tak sopan lansung hehehe.
Anyway itulah di antara moments yang dapat aku capture dekat phone.  Nak moments yang lebih indah kena beli kamera yang indah jua.  Sony cybershots dah hilang, kalau tak boleh juga tangkap gambo semenggah sikit.  Maybe aku kena consider buying a higher end camera ni (cewahhhh konon la tu).  Kena ni, ermmmm new camera?  Maybe?

2 comments:

Lawa Creative said...

babani ni...geram geram...nway camera is good for memories, tp kdg2 payah nak bergambar dgn camera beso, baik pakai hp je...mana nak kejar dia lagi, mana nak say cheese lagi...hehehe...good job mommy babani :)

Diana Abdul Molok said...

sekarang dah besar... even pakai hp pon tak dapek nak tangkap, asyik nak berlari je kejenye hehehe