I have a bit of a problem. An issue, rather, with bringing up my girl. All that fun and jolly moment is still there, of course but teaching the girl what's right and what's not I think is pretty tough. Anak aku ni menunjukkan ciri- ciri aku, perengus, suka marah- marah dan melawan. Whose fault is this? Mine, sebab the best teacher is at home, and it was my behaviour at home that this girl had copied and became her 'intollerable' behaviour. Sedih I tau...
The most recent behaviour - was when I came back from work, sibuk melipat- lipat kain dan dikacau Ayesha Amani. Bila mommy marah Ayesha membuat aksi meludah. OK, sentap k. She is 1 year 3 months and dia meludah ke arah mommy sebab tak berkenan mommy marah dia. Know this - my daughter does not have any friends at home because she's taken care of by my maid. Namun, saya syak Ayesha ada berkawan dengan cucu- cucu makcik-makcik jiran kami yang sebaya atau lebih besar sewaktu ketiadaan saya. I geram tau, terus ambik hanger dan acah kat tepi mulut dia. She got scared and never repeated this ever again.
She has also learnt to scream at the top of her voice whenever she doesn't get things done her way. Seriously, jeritan- jeritan itu memang sangat mencabar tatkala kepenatan baru pulang dari kerja dan sibuk mengisahkan kain baju laa... pinggan mangkuk la... makan malam la.
Aku pun often ikut perasan, bila marah anak kadang- kadang dengan nada terlalu garang. Walaupun tak guna perkataan kesat (minta dijauhkan) but I have always used tone yang kadang- kadang nampak airmuka anak itu ketakutan.
Mendidik dan mengasuh anak ni perlukan kesabaran yang tinggi, dan ilmu yang tinggi untuk melaksanakan nye. Anak tu amanah Allah, dan aku akan sangat sangat sangat malu kalau tersalah didik, dan akhirnya anak saya mengaibkan saya dikemudian hari dengan tingkah laku yang tak elok.
Anyway all stories put aside, yes I have educated myself dengan articles mendidik anak- anak, secara Islam, secara yang baik dan sebagainya. Namun kadang- kadang kesilapan yang aku buat mungkin disebabkan tak dapat mengawal marah, lalu semua prinsip, ilmu pengetahuan terbang bersama angin- angin lalu. Kesilapan yang kadang- kadang tak sedar pun buat. But hey, no excuses huh? Aku sentiasa nekad untuk mengubah cara sendiri, biar tidak seperti ketam mengajar anak berjalan. Dan aku sentiasa juga berdoa semoga Allah kurniakan aku kesabaran, dan menjadikan anakku seorang yang solehah, mendengar cakap, menyayangi Allah, Rasul dan kedua orang tua nya.
Ada sedikit yang saya ingin kongsi, sila baca article di bawah...
Dari Mana Anak Kecil Belajar Merampas dan Memukul?by Prof. Dr. Rozieta Shaary on Thursday, 15 September 2011 at 15:45
Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda, mengapa anaknya suka marah-marah dan merampas atau tidak mahu berkongsi barang dengan kawan-kawannya. Saya perhatikan anaknya itu dan memang ternyata dia seorang yang cepat marah-marah dan tidak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.
Saya bertanya kepada bu mudah itu, adakah sesiapa yang menjaganya yang suka marah-marah. Ibu itu menjawab tidak juga. Saya tahu jawapan itu tidak betul sepenuhnya. Saya dapat merasakan anak itu belajar berperangai seperti itu daripada orang dewasa di sekelilingnya.
Tidak lama selepas ditanya itu, saya melihat anak itu naik ke atas di mana ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira. Dia lalu mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru sesaorang, " Jangan gaduh-gaduh!" Bagi pendapat anda adakah dia melakukan ini semua hanya dari nalurinya atau ada sesaorang yang sering melakukan kepadanya begitu?
Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.
Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.
Namun, komunikas itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.
Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.
Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.

No comments:
Post a Comment