Semalam balik dari kerja dan as always membelek kaki tangan dan badan anak (Standard Operating Procedure Mommy k, sebab Mommy takut anak kena dera dengan maid)… Tiba- tiba… Oh, badan anak saya dipenuhi bendasing (yang memang dah ada sejak Sabtu tapi ni dah penuh badan), lalu Daddy dikerahkan menyetat kereta dan membawa kami ke klinik.
Asal usul cerita nya macam ni, petang Jumaat lepas I got a text message from Siti, the nanny a.k.a maid yg kejap buat kerja, kejap berkurung dalam bilik. Cakap Ayesha Amani demam. Balik kerja tu, terus bawak pergi klinik. Kat area baru ni tak tau kat mana ada paed clinic so we decided to take her to the new GP, Poliklinik Az-Zahrah Bandar Tun Hussein Onn. New clinic, new building, masa sampai klinik kosong lagi so terus dapat jumpa doctor. She checked the temperature and it was 39.6®, memang tinggi gila so the doctor cakap kena masuk ubat bontot la. Disappointed sikit dengan service doctor kat sini sebab dia tak sentuh anak untuk check tekak ke, kulit ke, apa ke. Nurse dia masukkan ubat tu dan pesan dalam 4 jam lagi, kalau demam lagi bagi ubat minum dulu.
Which I did, at 10:30pm. Ayesha pun tidur, macam biasa we all went to bed. Suddenly at around 12:00am aku tersedar anak menggigil, gigi berketap dan tangan agak keras. Ya Allah, cepat- cepat kejut hubby bangun tengok anak. Takut sawan. Husband siap marah lagi, asyik cakap sawan, sawan, sawan seolah mendoakan. Itulah dia, bukan dia yang dukung anak, bukan dia yang tengok anak seolah kesejukan yang amat. Ermm… tak apalah. I said let’s go to the hospital.
And we did, without thinking we were at Hospital Kajang. We were new to the area, didn’t know where to go and only know our way to Kajang. Ramai yang Tanya, why Kajang, why Kajang. Seolah tak faham perasaan saya sebagai seorang ibu yang sedang risau, buntu, tak tau nak bertindak apa pada malam tu. Kalau anda lihat keadaan anak saya malam itu, anda akan faham. While we were there they checked her temperature, and it was 40.6. Tinggi gila, which explained the shivering. Anyway, long story cut short, (I will post about my bitter experience at Hospital Kajang in another post), lepas mandikan dia enam (6) kali temperature dia turun ke 37. Blood test dia untuk denggi pun negative, Cuma diorang kata ada kuman dalam darah. So dia bagi ubat demam, antibiotic. By 4:30am we got home, mandikan dia lagi sekali and put her to bed lepas bagi ubat dan tampal Koolfever.
Over the weekend she was fine, until semalam la… Tetiba makin banyak rashes, da nada few spots yang berair. hehehe… rasa macam kelakar pulak. All that drama, and she actually had chicken pox. The doctor said, confirm chicken pox, its not HFMD! This will be the first time aku handle chicken pox, of course since Ayesha pun anak pertama, and at the moment is my only child. Aku cuma harap dia tak berparut teruk dan meninggalkan kesan parut pada badan Ayesha.
Anyway get well soon honey, Mommy loves you!!!
No comments:
Post a Comment