Saturday, February 11, 2012

The three products I can't live without!

Hari ni nak share tiga products yang I think had worked so well on my skin, and I absolutely love them!  I have extremely dry skin and obvious dark circles no matter how much I slept.  Ketiga- tiga products ni I must say are the best human invention so far.  Percayalah hahaha.

Product 1: My dry skin companion - The Body Butter by Body Shop.


Yang ni aku pakai setiap hari selepas mandi pada seluruh badan dan pada tapak kaki sebelum tidur.  Aku ni memang bermasalah dry skin sikit.  Tapak kaki yarabbiiii, memang tak sanggup nak pegang dan rasa sendiri.  Kalau untuk tumit yang pecah- pecah tu, memang dah macam- macam product aku try.  Tapi I must say this one has worked well on me.  Beli time sale tu yang paling best, buy 1 free 1.  Kalau normal purchase price dia ialah RM55 untuk tub besar ni.  

Body butter ni  datang dalam dua size.  Yang besar tu range 50+ (differ pada jenis bau dia, ada olive, strawberry, cocoa butter dan macam- macam lagi).  Selalunya untuk extremely dry skin, memang kena pakai either Shea Butter dan Cocoa Butter.  Olive pun ok jugak.  Ini adalah favourite Mommy dan juga Ayesha!  Texture dia berbeza untuk body butter ni, this one in particular adalah sangat pekat.  

Aku pakai shea butter ni nampak hasil dia selepas dua hari pakai kat tapak kaki sebelum tidur.  Tapi biasalah, Mommy ni culas sket part berlotion ni sebab bila tidurkan anak, maknye tido skali.  Hasilya?  Kulit jadi silky smooth dan ermmmm wangiiii macam nak makan.  Dah lama dah aku menjadi pengguna setia benda alah ni tau!

Product 2: Cocoa Butter Lip Care Stick by Body Shop.

Aku tak tau apa requirement korang untuk lip balm atau moisturizer, tapi bagi aku yang penting dua benda i) tak mau ada rasa dalam mulut lepas pakai dan, ii) mengurangkan chapped lip.  Aku ni kat bibir pun selalu kering, sebab duduk dalam air cond dan kuat sangat minum kopi.  Jadi, memang tak rugi la beli Cocoa Butter Lip Care Stick ni.  Ini merupakan lip stick paling best aku pernah jumpa.  Dah pakai Nivea, Maybelline semua aku tak minat.  Especially Maybelline punya sebab kalau perasan, bila pakai dia macam tinggalkan rasa 'wangi' kat dalam mulut.  

Cocoa Butter Lip Care Stick ni, berbau wangi tapi tak tinggalkan rasa pelik kat mulut!  Memang sangat- sangat berkesan.  Aku ulang, sangat- sangat.  Bibir rasa halus, lembut, dan tak ada rekahan.  Tak oily, just very moisturizing!  Boleh pakai sebelum pakai lipstick, tapi aku recommend pakai la dalam 15 minutes sebelum.  Takut nanti oil dia mungkin menyebabkan lipstick tak berapa melekat.  Harga?  RM19 untuk size sebesar normal lipstick.  Worth every penny!

Product 3: Clinique All About Eyes Rich


OK product yang ni aku terus terang aku tak beli pun hehehe.  Yang ni aku dapat miniature bila aku beli barangan Clinique above RM300+.  Tapi memang ada jual la kat booth Clinique dalam size 0.5 ounce dan 1 ounce.  Harga tak pasti.  

Aku pakai Clinique All About Eyes Rich ni dua kali sehari, baru try pakai hari ketiga ni sempena aku post this article.  Pakai malam sebelum tidur, dan pagi sebelum bermake up.  

Product ni bertujuan untuk mengurangkan puffiness, dark-eye circles, shadows and fine lines.  Sepanjang aku pakai, hasil dia memang positive sebab aku rasa lines bawah mata aku dah agak kurang kasar- kasar dia.  Rasanya bahagian bawah mata pun dah mula rasa kelihatan 'fresh' sebab undereye circles dah agak berkurangan.  Pendapat aku, kalau pakai long- term hasil dia akan lebih ketara.  Dia tak berminyak, mudah menyerap, bau natural so tak annoying.  Kalau hidung korang macam hidung aku yang suka alergic bersin bila product terlalu wangi, jangan risau bagi aku cream ni berbau natural.  Texture dia nipis dan berwarna peach lembut.  Gosok pelan- pelan in circular motion kat bawah mata tu, dia akan meresap dengan cepat!

All in all, these are by far the best skin and beauty products I have on my dressing table right now.  Memang I repeat, worth every penny!  

1 comment:

Kit said...

I love the Body Shop's Shea Body Butter too!!!

Have a couple of the All About Eyes (samples/free) but have not have the chance to try them out yet hahaha