Monday, February 13, 2012

Mati itu pasti... tapi bila?

Hujung minggu dikejutkan dengan pemergian seorang bintang besar, Whitney Houston yang didapati tidak bernyawa dalam bilik hotelnya.  Whitney ditemui oleh jurumekap beliau, dan sekarang keputusan autopsi bagi punca kematian beliau masih belum diketahui.  Whitney dikatakan ada masalah penyalahgunaan dadah.  Lagu- lagu beliau bertahta di hati, bait- bait cinta dan kasih dalam lirik beliau yang selama ini melekakan, telah membangunkan aku dari tidur.

Kemudian pada 12:30am pagi tadi aku dikejutkan, ah well, actually tidak terkejut kerana tahu bahawa sahabat ini memang menderita kesakitan dan admitted ke Hospital Ampang pada Jumaat petang yang lalu.  Sudah hampir 15 tahun tidak bersua muka, dulu cuma kept in touch dengan beliau melalui Friendster (zaman Friendster).  Tapi lepas berpindah ke facebook, beliau tidak ada dalam friend's list saya.  Cuma mendengar perkhabaran dari rakan- rakan melalui group ex-SEMESTA di Facebook yang beliau tenat sakit kanser saraf.  Arwah telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi dan bakal disemadikan di Karak. 

Ya Allah, kau cucurilah rahmat ke atas rohnya Andri Ghazali yang tidak berpeluang untuk aku ziarahi.  Aku harap isteri dan ahli keluarga serta rakan- rakan rapat arwah redha dengan pemergian ini sebab arwah dah terlalu banyak menderita. 

Now, dua kisah pemergian ini cukup menginsafkan bagi aku.  Whitney, seorang penyanyi hebat namun bukan Islam maka tak usahlah kita mendewa- dewakan sangat pemergian beliau.  Namun kejayaan beliau boleh dijadikan sumber inspirasi.  Pemergian Andri pulak, walaupun tak rapat dan tak berhubung cukup menginsafkan sebab pergi pada umur yang sangat muda.  Ermm... Which reminded me of one thing: mati itu pasti tapi entah bila?  Siapa yang tau?  Hanya Pencipta Yang Agung, Allah SWT yang tahu bila, bagaimana, di mana?  Adakah sanak saudara, sahabat handai pada masa itu?  Adakah anak- anak?  Adakah harta- benda yang didewa- dewakan?  Kerja seharian mampu membantukah?  Bersediakah?

Begitulah pendek hidup ni... Macamana nak pastikan aku bersedia untuk mati?  Cukupkah bekalan untuk di sana nanti?  Akan terbela kah hidup kat sana? Ya Allah... takutnya.  Harap- harap ketakutan ini kekal, dan bukan untuk seketika sahaja.  Ibarat orang yang bangun dari tidur, aku tersedar.  Dan sekarang aku berazam nak cuba ubah sedikit demi sedikit, buat bekalan nanti...  

No comments: