Friday, September 07, 2012

Taska Update

Heyyy dah Friday pun, that means my daughter has been going to 'school' for 5 days.  5 successful day, can you believe that?  Buat masa ni Mommy belum lah ada apa- apa nak complaint pasal taska tu.  Kalau tengok, basuh botol pun bersih (berdasarkan QC mommy la), makan pun OK, anak pun nampak happy.  Dalam masa 4 hari yang lalu, aku observe sikit perangai dia,

1.  Pandai baca doa, tapi setakat 'Bismillahirrahmanirrahim', kemudian 'Amin'.  Heheh tu jer.
2.  She brought me a book to read to her.  For a while, dulu masa Mommy mula- mula introduce buku pada dia, memang dia ada interest mendalam terhadap buku.  Tapi kemudian minat beliau pada TV lebih mendalam (duduk kat rumah tu je pun kerja beliau).  Maknanye ni adalah improvement yang baik. 
3.  Nak pakai seluar sendiri.  Nak suap makan sendiri.  Semua nak buat sendiri.
4.  Pagi tadi, berkeras nak 'yak' di mangkuk tandas.
5.  Dia lebih appreciate mainan beliau di rumah.
6.  Even though excited tengok Mommy sampai nak jemput dia kat taska, tapi at the same time taknak balik rumah, nak main.
7.  Pagi- pagi nangis jugak kalau takda orang lagi kat taska.  Tapi kalau dah ada, dia sendiri walked away from me without looking back.  Sedih I tauuuuu hahaha.  
8.  Nampak seperti seorang kanak- kanak yang dah besar... 
9.  Semakin pandai express her feelings.
10.  Tapi at the same time jugak makin manja di rumah.  Agaknye sebab taska tak dapat full attention.  Biasalah, anak- anak ramai.

All in all, for now instinct aku tentang taska masih menyebelahi aku.  Aku dah makin rasakan postive nye perkembangan anak- anak yang duduk kat taska.  So for now, I won't bother getting a new maid.  Kita cuba taska dulu :-)

No comments: