Bila pregnant ni, kita orang Melayu terutama selalu terpedaya dengan mitos- mitos berkenaan dengan supplement provided by our O&G specialist. Takyah tengok jauh, mak mertua dengan mak aku sendiri orang paling utama percaya dengan mitos ni. Kalau makan anak jadi besarlah, ape lah. Kalau iye pon anak besar, tak happy ke anak membesar dengan sihat? Kita lagi redha badan kita je gemuk, anak keluar tak cukup khasiat? Iye, memang besar susah nak push, tapi, have we ever tried to educate ourselves with the reasons why the supplements/ the vitamins are important for us, for the child we are carrying? Have we ever thought that, if we are lacking any of it, the baby may not have enough and this may cause harm to the baby. Deficiency in certain vitamins can cause birth defects! Ingat tu!
Based on experience, masa first trimester ni doctor akan bagi folic acid yang paling utama nye. Additional to the folic acid would be iron tablets, B-Complex, Calcium (kalau tak minum susu dan mabuk- mabuk nye time ni sesuai makan). Masuk second and third trimester, doctor bagi obimin dan additionally aku ambik calcium lah, as usual. Obimin ni tak silap aku contains combination of all.
Bear in mind, vitamins ni ada je dalam makanan kita kalau kita makan makanan seimbang. Tapi dah nama pun mengandung, kena topup sikit in case kurang. Kalau kena mabuk takleh makan macam aku, hemmm. Lagi la lembik kalau tak makan vitamin, apa la khasiat yang anak ada kan. Tapi kan, kalau tengah mabuk giler makan B-Complex memang ko sendawa menda alah tu je la sampai ke sudah sampai meloya. Hehehe.
Jom nak highlight sikit, extracted from several different sites, tentang each vitamin yang aku ambik dan kenapa penting nye vitamin ni.
Folic acid - membantu menyokong placenta dan mengelakkan spina bifida dan other neural tube defects (which affects the brain and spinal cord). Cer google sket spina bifida tu, aduhai. Atau leh baca kat sini: http://www.lucinafoundation.org/birthdefects-spinabifida.html . Na'uzubillah. Semoga Allah jauhkan anak- anak kita dari birth defect sebegini :-(
Keadaan spina bifida. Courtesy Mr Google. |
Iron - membantu menghasilkan hemoglobin, prevents anemia, low birth weight dan premature delivery. Iron ni mostly dalam red meat, macam aku dulu kurang iron diorang suruh makan kerang. Tau tak, kalau ko anemic bole menyebabkan preterm delivery. Kesian kat anak... Cubalah ek, makan makanan yang kaya dengan iron ni. Makan bayam pon ok. Tapi tulah, bila dah mengandung ni, nutrient kita banyak diserap anak, so nak bagi cukup try la makan supplement.
Calcium - Oh btw kalau anda macam saya, dah la lactose intolerance, nak makan apa pun tak boleh, dan baru sikit mengandung dah sakit belakang, sakit kaki dan sebagainya, silakan la makan pil calcium. Calcium ni untuk strong bones and teeth, prevent blood clots and also helps muscles and nerves function.
B- Complex -eurhhh rasanye, baunye, sangat tidak memberansangkan. Busukkkkkkkkkk. Apa ada dalam B- complex, ada thiamine, niacin, folic acid, biotin, pantothenic acid, vitamin B6 dan vitamin B12. Doctor bagi kat aku, apparently untuk bagi selera sikit makan. Antara kebaikan B-Complex adalah to support and increase metabolism rate, maintain healthy hair and muscle tone, enhance immune and nervous system function, promote cell growth and division, including that of the red blood cells that prevent anemia, and also reduces risk of pancreatic cancer. Fuhhh berjela kebaikan nye. Tapi jangan lah ambik over sangat, ikut apa yang doctor prescribe.
Obimin - Obimin pulak mengandungi combination of essential vitamins and mineral. Aku masa dah masuk second trimester memang makan obimin dan calcium je. Tak makan dah individual vitamin tu. Tu yang MIL tengok, eeee makan vitamin nanti anak besar. Erkkkk. Sila tambah ilmu pengetahuan sebelum berkata- kata. Maaf.
Generally how obimin looks like. Courtesy Mr Google. |
Ermm ada lagi tak, vitamin atau supplement yang maybe aku dah lupa? Korang pulak? Apa experience korang ambik vitamin? Atau mitos- mitos yang korang biasa dengar atau dibincangkan, atau baca kat mana- mana blog atau forum? Atau cuba share jenis supplement yang korang ambik masa pregnant?
No comments:
Post a Comment