Gila minyak naik minyak. Hemmmm. Actually I ni memang peminat segala macam ointment ni sebagai theraphy sejak berkurun lama nya. Sebagai Mommy yang ada anak kecik ni, memang tak berenggang lah dengan segala macam oil atau ointment atau rub sebagai rawatan tambahan bila anak- anak kurang sihat.
Kalau follow, sure tau kan, anak- anak twins I ni dulu keluar masuk hospital agak kerap. Yela, dahla lahir premature, kemudian duduk pula kat taska. Punya kerap masuk hospital dulu, selang 2 minggu je warded, kemudian jadi sebulan sekali, 2 bulan sekali, 3-4 bulan sekali... Now dah 2 tahun tak masuk wad Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat kesihatan dia beri pada anak-anak.
Anak- anak bila dengan ubat- ubatan ni dah macam candy dah. Nampak botol ubat, seronok macam nak makan candy. Eee risau kan jadi mak- mak ni. Drugs tu masuk dalam badan anak kita terlalu kerap dan lama- lama dia dah jadi racun.
Jadi sebagai mak prihatin, I mula lah cari alternative dengan cara beri supplement bila diorang dah old enough untuk makan supplement. I bagi diorang habbatussauda la, scotts emulsion la, buat percussion la untuk kurang kan kahak, sapu herbal oil la, siap buat olive oil and garlic socks tu bagai la, dan sambil tu bila dah besar sikit mula try essential oil sebab realise goodness dia. Kemudian syukur pada Allah, segala ikhtiar dengan izin Nya, dan partly sebab diorang dah capai age stabil sikit, immune badan diorang dah nampak semakin kuat. Nak kata lansung takde sakit tu bohong lah. Anak- anak duduk dekat taska ni surely akan ada infection juga. Tapi tak lah seteruk dulu- dulu.
Bila diorang dah besar tu kita berani sikit nak experiment kan. Contoh, bila muntah dan cirit birit, ubat pon tak boleh makan, I bagi diorang Yakult, yogurt, banana dan bagi porridge sikit- sikit. Pernah tahap, suap 2-3 sudu every hourly ye. Masa ni ubat pun dah tak jalan so baik cuba cara ni.
Contoh lagi, bila selsema gunakan lavender essential oil (diluted dengan VCO) sapu pada hidung. Amazingly, memang cepat sangat kering. Kat diri sendiri pun, bila sakit sana sini surely bermassage guna oil jugalah. Dah banyak juga brand cuba, sebelum bertembung dengan satu brand ni. Cheaper brands yang I dah try, which of course ada yang works ada yang tak...Hemmm tapi... ada tapi... Brand yang I pakai sekarang bau dia fresh sangat, dan datang dalam packaging dan offer menarik juga walau harga dia agak on the high side compared dengan brands lain I pernah guna. Dan dia memang therapeutic grade oil so kita rasa selamat nak guna. 100% original oil. Kena pandai tengok bila beli oil ni.
Tadaaaaaa. Presenting to you my current obsession - the Young Living Essential Oil. Sure korang cakap, eleh Mommy nak promote la tu MLM tu wehhh. Takde maknanya... Mommy antara kategori manusia tak berapa reti berniaga sebab selalu terpedaya memberi diskaun hingga tiada untung. Hahahaha percayalah punya kesian sampai postage pon I tanggung. Kenapa you rasa I stop jual telekung hahahaha. Hati mudah cair. Nampak je garang tapi dalam hati ada taman.
Kenapa lah kan... Suka sangat pakai EO ni? EO ni terus terang cakap, kalau korang nak fast remedy, sila lah terus makan ubat. Tapi kalau korang macam I, ada sikit rasa serik, takut anak banyak sangat makan ubat, maka cuba lah cara alternative pula. Sebagai Mommy prihatin, I cuma share bila I rasa sesuatu tu betul ada benefit pada I dan anak- anak.
Guna oil ni, mesti guna cara selamat. Ada pengguna, choose untuk ingest (makan) essential oil ni dengan cara drop dalam minuman dan sebagainya. Ok terus terang, I bukan doktor dan sebagai seorang bukan doktor, I memang gila tak berani nak telan. Sedang kan ubat yang di endorse KKM pon tak ku telan hahahaha. Ini kan pula EO.
I guna beberapa cara je,
1. Sapu pada bahagian tertentu pada kulit (mostly memang I guna cara ni pon sebelum I ada diffuser). Ikut jenis minyak, ada yang I dilute dengan VCO , ada yang tak. Tapi yang pakai pada anak, semua I dilute.
2. Now I juga gunakan diffuser untuk dapatkan kebaikan EO ni melalui aroma yang diffused by the diffuser. Nak buat macam ni, kena educate diri juga tengok oil apa sesuai eh untuk diffuse around children. Please la korang jangan main ikut- ikut aje.
3. Kegunaan luar seperti titis pada bantal (jangan risau nama je oil tapi dia tak oily dan tak tinggal bekas kat bantal pon), drop dalam air mop untuk cuci lantai, masuk dalam dish washing liquid, masuk dalam spray untuk spray kitchen.
Alhamdulillah, setakat ni beberapa usaha ni memang berkesan dan memang sangat berkesan semasa mild symptoms. Bukan setakat guna masa symptoms je, religiously sapu sama seperti I paksa diorang makan vitamin hari- hari untuk kuatkan immune sebab budak- budak ni bukannye nak makan sayur. Selected oils range memang boleh guna untuk kuatkan immune in shaa Allah.
Nak cakap apa, dengan izin Allah resdung pon dah tak begitu kuat macam dulu bila dok amal sapu EO hari- hari. Setakat sakit kepala manja- manja boleh lagi tahan jangan makan painkiller sebab sekarang bila makan painkiller, mata pula bengkak.
Kadang ada orang tanya juga, Dee pakai apa Dee sampai kau cakap selsema kau lega tanpa ubat... So bagi la jawapan. Tapi kita sebagai pengguna ni harus juga ingat, sepertimana drugs yang kau ambil tu, EO ni ada keserasian juga lah. Apa yang berkesan pada I, tak semesti beri kesan sama pada you. Hence the trial and error which end up you dapatkan bermacam jenis dan cuba. My most favourite I can tell you, adalah Cedarwood walaupon ada yang tak suka bau, lavender oil, lemon oil, dan oil blend oleh Young Living iaitu Stress Away. Bau dia membuai dan hemmmmmmmmm. Sedap. Melegakan.
Korang pon kalau nak cuba kena buat benda sama. Educate yourself. Jadi pengguna berilmu dan bijak. Pilih yang sesuai dengan diri. Rasa brand I pakai ni mahal? Tepuk dada tanya selera. Pilihan masing- masing lah tu.
Cukuplah bebelan malam ni pasal minyak. Kalau ada masa, I nak share sikit- sikit tentang kebaikan beberapa jenis essential oil yang sesuai kita guna untuk anak- anak kecil kita, Seronok sharing supaya mommies lain dapat cuba dan elak dari menggunakan terlalu banyak drugs untuk anak. Tunggu separate post ye.
P/S: Untuk masa ni Alhamdulillah kids dah boleh stop flixotide tu untuk pencegahan asma. Ventolin puff tu lagi lah dah sampai expired duduk dalam casing tu dah tak perasan. Punya lama tak guna.
No comments:
Post a Comment