Tuesday, May 23, 2017

PanAway Essential Oil

Hmmm akhirnya jumpa juga masa untuk tulis lagi kat blog nan berhabuk ni.  Sibuk tau, tentang kerja, personal, rumahtangga dan sebagainya.  

Rasanya masa last post ada mention nak buat oil review *grin*.  Slowly, but surely.  Saja nak berkongsi sebenarnya betapa cemerlang nya perasaan setelah mula oiling ni.  

Harini nak cerita pasal  PanAway® .  I beli  PanAway®  ni sebagai sebahagian set Everyday Oil Set.  Kebetulan few weeks ago I was training for another run (which konon I take up as 'me' time - sila gelak).  Hmmm walaupon takdelah run setiap hari pon kan, atau aerobic setiap hari, tapi rasanya without failed memang every alternate days cuba move it juga.  Maklumlah, golongan manusia berbadan berat hahaha.  Kena lah paksa diri.  



Anyway, bila push diri tu, terasa juga lah sengal- sengal badan ni.  Nak urut, rasa macam pernah terbaca kalau lepas run tu tak boleh urut within 24 hours tu.  Dalam dok penat- penat fikir lahhhh.... Jom apa kata kita experiment pakai PanAway® untuk segarkan badan yang dah lepas exercise secara total. 

Untuk pengetahuan, I dah cuba guna PanAway® masa company buat fire drill haritu.  Ya Allah 43 tingkat I turun naik staircase you all, tak tipu tau.  Nak patah rasa kaki dan pinggang ni keesokan harinya.  Mula-2 dok berurut pakai PanAway®, tersalah teknik agaknya mungkin ratio VCO yang I guna untuk dilution tu tak padan dengan berapa drops I letak, jadi takde kesan.  Kemudian consult a friend yang juga pengguna Young Living Essential Oil ni, dia kata rasanya ratio I tu tak ngam.  Suruh I improvise, and I did.  The result?  Wow.  I didn't have anymore complaints of achy feet and back. Tapi tu cerita masa fire drill.  I guna kan oil tu secara topical, by diluting the essential oil with a carrier oil and used it for massage.

Kemudian bila dah masuk minggu training hard macam I mention kat atas, mula lah nak creative.  Ye lah, uruskan anak 3 orang dan rumahtangga, kerja sibuk, duduk je memenatkan dan sakit muscle bahu, tambah pressure kat Exercise lagi, terkejar- kejar.  My whole body was aching.  Entire body.  Rasa macam tunggu masa nak rapuh.  Apa I buat?

I gunakan 4-5 drops PanAway® oil dalam air mandian (berapa litre tak ingat lah, tapi lebih kurang dalam 1-2 gayung gitu.  I guna untuk bilasan akhir mandi, basuh dari tengkuk ke bawah.  

Lepas siap mandi, I dilute sikit dalam 1:3 ratio dengan carrier oil.  Sapu kat tempat-tempat yang rasa berat.  Harus diingatkan PanAway® adalah golongan minyak mahal.  Hahahaha.  Jadi gunalah secara berhemah.  

Berkesan ke?  Alhamdulillah, walaupon rasa macam mandi minyak angin, tapi badan berasa lega, ringan, sakit hilang, bersemangat.  Mesti rasa macam hhhmmmm apa la makcik ni bebel, minyak apa ni?

Meh nak cerita sikit apa ada dalam minyak PanAway® ni,
  • Wintergreen leaf oil - Wintergreen oil ni multipurpose sebenarnya, tapi antara kegunaan dia adalah untuk uplift mood sebab bau dia yang segar, hampir macam mint juga, digunakan untuk treat infection, dan juga sebagai pain relief.  
  • Helichrysum flower oil - Mengandungi khasiat anti-inflammatory, merawat kembung, sakit perut, menaikkan metabolisme dan sebagainya. 
  • Clove bud oil - Clove oil ni pun multipurpose juga, dan bersifat 'anaesthetic' jadi banyak digunakan dalam rawatan pain relief.  
  • Peppermint oil - Peppermint ni I personally pun guna single oil dia untuk pelbagai rawatan juga termasuk sinus, batuk, sakit kepala, sakit muscle.  Yelah, dah la bau fresh sangat, khasiat pon pelbagai pula termasuk merawat kembung, respiratory issues, stress relief dan banyak lah lagi.

Jadi seikhlas hati sebagai seorang pengguna minyak PanAway® tak rugi pun kalau kita beli dan simpan kat rumah.  Boleh lah capai bila masa berasa sakit- sakit tu.  Takyah nak tunggu sakit, nak cegah pon boleh contoh nak sapu sebelum mulakan exercise kat gym tu ke, kan? Sekurang- kurang kalau kita tak dapat nak bernatural sangat kat makan kita cuba dulu dengan yang ini.  Kemudian boleh laaa pelan-pelan mula untuk ber-natural kat lain pulak (I dah mula kat makan dah, sekarang lebih banyak telan salad walaupun tak berapa lalu hahahaha).  Hah lagi satu yang penting, PanAway® by Young Living ni adalah essential oil high grade, 100% pure, therapeutic grade.  In shaa Allah 100% selamat.

I guna, I percaya.  Dah terjebak, susah nak berundur. Hmmm.


No comments: