Wednesday, December 27, 2017

Ayesha and Sinusitis + Asthma


Ni anak sulong kesayangan, now 7 years old going to 8, next year (in a few more days) she will be in Darjah 2.  Kakak achieved so much during her first year of primary school.  The kinda girl who continues to make Mommy proud, and in shaa Allah Mommy harap Kakak akan berterusan begitu. 

Tapi, sejak Kakak mula sekolah rendah ni sinusitis dan asthma Kakak tambah teruk.  Yelah, Kakak spent most of her daytime in school, eating whatever she like.  Macamana lah nak pantang kan anak ni.  Tau tau balik bintik sana sini, kemudian semput.  Dah few times juga this year bawak pergi neb.  Compared to previous years she was in kindy, sekarang lebih teruk.. It was never this bad kecuali masa Kakak kecik.  Tapi tula, Kakak memang baby yang sensitive dari kecik kot.

Terbaru, dahla semput, selsema tak lut dek ubat, naik plak bintik bintik kat muka.  Satu perangai Kakak ni, if she thinks she can handle it, memang toksah la nak bagi ubat.  Dia lebih suka Mommy cari alternative, sapu sapu ke, inhale ke, apa yang boleh bagi dia lega.  In a way this is good, sebab you tau too much drugs is bad.  Tapi kalau nak solution yang cepat sikit, pilihan memang ubat.  Tapi rasanya over the years kita pon dah learn untuk situasi asthma dan alergies kakak ni ubat cuma 'control' situasi dia dan tak de healing sangat lah jugak, and tak juga cepat seperti diharapkan.  So, Kakak sendiri dah tau bila ada apa- apa problem dia tanya, 'Mommy, oil apa yang sesuai untuk Kakak'. 

So Mommy memang dah berbulan cuba control sinus infection dan alergies Kakak guna essential oil.  Atas pilihan Kakak sendiri,.  Actually dengan essential oil ni lebih dari satu oil yang sesuai untuk rawat sinusitis dan asthma ni.  Sama macam ubat, kadang Doc cakap dengan I, tak serasi.  Oil pun I agak ada keserasian dia dengan anak.  Choice I adalah Eucalyptus blue.  Sebab hasil dia I nampak lebih cepat dari minyak- minyak lain yang I cuba.  Kemudian untuk rashes pada muka I guna frankincense, kemudian I diffuse dengan Peppermint.  Semua cara 'topikal' atau penggunaan luaran ni I dilute dulu dengan Young Living V6 (carrier oil).  Keyword adalah kekerapan.  Kalau kita nak harap sekali sapu, work like magic memang tidak lah bila keadaan kesihatan ni dah agak teruk.  Elok lah ke hospital terus dapatkan rawatan kalau nampak macam takde perubahan. 

I guna macam ni,
1. Eucalyptus Blue - Untuk legakan selsema, semput (disamping nebuliser kalau perlu neb lah) sapu pada crown, forehead, temples, cheek, chest and back - 1 to 2 drop Eucalyptus blue with 5 drops carrier oil.  I topup bila agak - agak tak cukup untuk sapu. 

2. Eucalyptus Blue + Peppermint - Untuk digunakan dengan cold air diffuser (I guna Young Living's Dew Drop diffuser) , ikut separuh dari aras merah pada diffuser (lebih kurang 200ml ke?) - I drop 4 peppermint dan 2 eucalyptus.

3. Frankincense - Untuk legakan rashes, maintenance kulit, dilute 1 drop dengan 5 drop carrier oil dan sapu pada rashes kat muka Kakak sekerap mungkin. 

Korang pulak?  Apa pilihan natural remedy korang?  Apa korang guna untuk bantu pemulihan anak kalau anak dalam keadaan tak sihat? 

No comments: